Bagaimana Nak Turunkan 16Kg Dengan Mudah?
Menurunkan berat badan bukan sesuatu yang mudah dan ramai individu kecundang untuk mencapai sasaran mereka. Disebabkan itu, seorang netizen telah berkongsi tips bagaimana dia berjaya menghilangkan 16kg dalam tempoh masa 6 bulan!
Kedengaran macam sesuatu yang mustahil tetapi rupa-rupanya mudah sahaja. Bahkan kalau korang baca sampai habis banyak benda yang dikongsi oleh netizen bagaimana untuk mencapai sasaran tanpa gagal.
Memiliki fizikal ramping, kurus dapat tingkatkan penampilan kita. Oleh itu tak terkejut melihat ramai individu akan sentiasa mencuba untuk mencapai paras rupa fizikal idaman masing-masing.
Ada yang ingin memiliki badan seperti artis Korea, atlet sukan atau ingin menjadi lebih sihat sahaja. Tambahan pula, berkerja untuk menurunkan berat badan ialah sesuatu yang positif kerana dapat mengubah corak hidup menjadi lebih sihat.
Photo from Utusan Malaysia
Justeru itu baca sampai habis untuk lihat bagaimana nak turunkan berat badan dengan mudah dalam satu tempoh masa.
Kena Bersungguh Untuk Kekal Motivasi
Photo from healthline
Perkara pertama yang sering memusnahkan sasaran kita ialah makanan. Makanan tempatan yang ada dalam negara mempunyai daya tarikan cukup tinggi dan tidak terkejut kenapa susah betul kita nak tinggalkannya.
Lihat sahaja betapa banyak makanan viral yang dikerumi ramai seperti cromboloni contohnya. Tambahan pula ramai individu sering mencari sebab atau alasan untuk menikmati makanan.
Contohnya ketika sedih kita makan, gembira makan, penat makan. Tabiat ini memang sukar untuk kita tinggalkan tetapi boleh cuba secara perlahan-lahan dengan menetapkan satu matlamat pada diri kita.
Paling mudah kalau korang sedih daripada habiskan kepada makanan apa kata gantikkan dengan berjogging pusing taman perumahan.
Bagaimana Cara Betul Nak Diet
Photo from British GQ
Diet adalah perkataan paling popular dalam dunia nak menurunkan berat badan. Tak ramai orang tahu bahawa terdapat banyak jenis sistem diet yang boleh digunakan untuk lihat adakah iannya sesuai atau tidak.
Diet paling teruk ialah menolak makan dan minuman sepenuhnya. Sebaliknya ambil masa dan belajar sistem diet seperti tidak makan garam dan gula, ketogenik, suku-separah dan paling popular intermittent fasting.
Sistem berpuasa ini boleh digunakan sepanjang masa dalam jangka masa pendek mahupun panjang. Ia lebih kurang sama macam puasa dalam bulan Ramadhan cuma korang wajib mengikut jadual digilirkan masa makan dan berpuasa.
Jadualnya selalu mengikut format begini:
- 16 jam puasa (8 jam makan)
- 20 jam puasa (4 jam makan)
- 23 jam puasa ( 1 jam makan)
Photo from Atkins
Mulakan dengan sistem 16:8 terlebihi dahulu. Bila dah mula selesa baru boleh naik kepada sistem berikutnya dan boleh campur dengan sistem diet lain untuk menambah efisen ketika menurunkan berat badan.
Namun jangan main ikut tanpa kajian yang betul. Baca dan sentiasa ambil tahu apa yang korang cuba lakukan supaya sasaran ditetapkan dapat dicapai.
Jangan Lupa Untuk Cergaskan Diri
Photo from New Straits Times
Untuk menjaga kecergasan bermula dengan melakukan aktiviti fizikal. Antara paling popular ialah bersukan dan korang tidak perlu untuk pandai dalam sukan pilihan kerana sudah memadai untuk mengeluarkan peluh.
Ini dapat memastikan badan sentiasa cergas serta kekal aktif. Selain itu aktiviti paling mudah untuk lakukan ialah dengan berjogging sepanjang taman sudah cukup untuk kekal sihat, cergas.
Seterusnya bila berjogging pula tidak perlu untuk mengejar kelajuan sebaliknya kekal satu ritma yang sekata. Ini dapat memastikan korang tidak memaksa diri yang boleh mengundang banyak masa seperti kecederaan.
Perkara Paling Penting Ialah Minum Air
Photo from NBC News
Antara perkara yang patut korang ambil berat ketika menjalani diet ialah memastikan makanan dan minuman diambil dengan seimbang. Kerana ada individu yang kurang gemar minum air dalam kehidupan seharian.
Ini sangat bahaya kerana terdapat kesan buruk dapat terhasil jika badan kita kekurangan air dalam badan. Antaranya seperti memberi tekanan pada buah pinggang, menggangu proses pemecahan lemak, metabolisme jadi rendah.
Lalu tips yang dikongsikan sangat bermanfaat untuk korang yang tengah menjalani proses ini. Walaupun korang tersasar sedikit, jangan biarkan hanyut begitu sahaja dan kembali semula untuk mencapai apa ditetapkan.