download Jom Explore app
Makro: Korang Masih Ingat Pasaraya Lama Ini?

Makro: Korang Masih Ingat Pasaraya Lama Ini?

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 02 Feb 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Makro? Blackberry? The Loaf? Carefour? Masih ingat lagi tak nama jenama yang pernah mendominasi pasaran tempatan dengan produk mereka. Sekarang tinggal hanya kenangan oleh keran ditelan peredaran zaman dan tak terkejut generasi muda pun tidak mengenalinya lagi

Terlampau banyak jenama besar yang dahulunya dianggap gergasi kerana telah mewakili salah satu cabang industri. Namun, oleh kerana perubahan zaman yang memberi fokus kepada teknologi menyebabkan persaingan semakin sengit.

Disebabkan itu banyak juga jenama gergasi ini sudah pupus kerana tidak dapat bertahan dalam persaingan ini. Sebaliknya tak semua jenama macam tu kerana ada juga cuba bertahan dengan mengubah haluan tetapi tidak lagi mendominasi industri mereka.

Contohnya jenama sabun pencuci Trojan amate popular sekitar tahun 80-an dalam negara kita. Logonya mempamerkan imej lelaki memakai helmet (Corinthian) sering dipamerkan dalam iklan televisyen.

Kalau tanya generasi sekarang mungkin mereka ingat kita sedang bercakap tentang seorang pahlawan dari Yunani atau virus komputer. Kalau begitu min nak tanya korang masih ingat lagi 5 jenama yang pernah menjadi popular satu ketika masa dahulu.

1. Makro

Pada waktu dulu setiap kali menyinggah ke bandar Shah Alam pasaraya Makro pasti ada dalam perbualan. Ia merupakan salah satu pasaraya yang cukup terkenal dan masih dirindui oleh beberapa penduduk bandar itu.

Apa yang membuatkannya unik adalah ia merupakan pasaraya pertama dikhaskan untuk pelanggan beli secara pukal atau borong. Namun strategi perniagaan ini tidak mendapat hasil seperti dibayangkan oleh mereka.

Menurut beberapa netizen yang berkongsi memori mereka tentang Makro rata-rata mengatakan tidak berpeluang untuk melihat bahagian dalam ketika waktu kecil dahulu. Ini kerana terdapat ukuran ketinggian sebelum dibenarkan masuk pasaraya borong ini.

Disebabkan itu kanak-kanak tidak boleh masuk dan ditinggalkan oleh ibu bapa. Trolinya juga sedikit berbeza kerana ada mesin kira-kira tau dan operasinya kini diambil alih oleh Tesco Extra sepenuhnya.

2. The Loaf

Sedap betul tengok pilihan mereka ada kanPhoto from The Loaf

Pernah menjadi satu bakeri yang sangat popular dan dimiliki oleh bekas Perdana Menteri kita. Tun Mahathir Mohamad dikatakan memiliki 51% kepentingan dalam syarikat bakeri ini yang diusahakan bersama Motok Resources Sdn Bhd.

The Loaf membuka cawangan pertamanya di Telaga Harbour, Langkawi pada tahun 2006. Dalam tempoh 12 tahun perniagaan ia telah membuka sebanyak 12 cawangan termasuk di beberapa lokasi utama dalam negara.

Contohnya di KLCC, Pavilion dan pasti korang pernah melihatnya betul tak? Sedihnya selepas beroperasi selama 12 tahun dah tak banyak cawangan yang masih ada.

3. Tora Aman

Min masih simpan lagi koleksi yang pernah beli waktu kecil duluPhoto from Vocket

Siapa sini generasi membesar dengan membaca komik pada masa lapang boleh geng dengan min. Hampir seluruh generasi kini pasti pernah memiliki atau membaca siri komik animasi diterbitkan Tora Aman.

Ia merupakan sebuah syarikat penerbitan komik dalam negara yang mengambil manga (Jepun) dan manhwa (Korea Selatan) untuk dibukukan dalam negara. Penerbitan ini menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan bahasa Cina.

Syarikat turut menjadi salah satu penerbit utama komik dalam negara kita dan setiap kali kita singgah ke mana-mana kedai runcit pasti dapat melihat buku terbitan mereka. Sayang sekali pada 31 Mei 2017 mereka telah menamatkan operasi sepenuhnya.

4. Blackberry

Papan kekunci ini merupakan ciri-ciri telefon blackberryPhoto from Wikipedia

Sebelum aplikasi seperti Whatsapp dan iMessage menjadi popular, ungkapan yang sering dilontarkan dahulu adalah "ada bb pin tak?". Jenama telefon Blackberry menjadi sangat popular sekitar tahun 2010 sebelum munculnya jenama gergasi lain.

Telefon mereka amat popular dalam kalangan orang dewasa kerana memiliki papan kekunci macam di komputer riba. Ia membolehkan pengguna untuk menaip mesej, membalas emel dengan pantas.

Disebabkan itu ia sangat popular dalam golongan korporat yang sangat sibuk. Namun setelah mengalami banyak isu seperti masalah maklumat pengguna dibocorkan serta kemunculan telefon pintar telah menghentikan dominasi telefon Blackberry.

Tak sangka dulu telefon ini sangat popularPhoto from The Phone commercials

Mereka pernah cuba kembali semula dalam industri telefon pintar tapi model mereka tidak digemari ramai, sayang sungguh.

5. Carefour

Tak sangka banyak betul pilihan carefourPhoto from ATSA Architects

Sebelum diambil alih oleh Aeon pada 1 November 2012, Carefour juga merupakan salah satu pasar raya terbesar dalam negara kita. Selain daripada jenama Tesco, Giant dan lain-lain, Carefour menjadi kegemaran ramai.

Walau bagaimanapun jenama ini diberi nafas baru apabila diambil alih oleh Aeon dengan mengubah nama menjadi Aeon Big Malaysia. Ia menggunakan konsep runcit komuniti dan beri fokus kepada penduduk tempatan untuk membeli barang runcit.

Dalam 5 jenama ini mana satu yang korang ada memori yang kuat? Atau korang ingat beberapa jenama lama lain yang turut mendominasi landskap negara satu masa dahulu. Paling penting sekali adalah untuk kita berkongsi segala memori yang ada supaya tidak dilupakan selama-selamanya.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok