Pergi Bercuti Naik Keretapi Yang Kita Boleh Tidur?
Pernah tak korang ingin melihat kecantikkan Malaysia daripada sudut perspektif yang berbeza? Contohnya macam menggunakan perkhidmatan 'sleeper train' yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk menelesuri beberapa tempat terpencil wujud dalam negara wajib korang cuba!
Sekiranya korang tak tahu keretapi ini diberikan nama jungle train kerana perjalanannya akan melalui kawasan kampung dan hutan menghijau. Haa.. dapat jugak kita melihat kecantikkan negara kita yang jarang dilihat dalam mana-mana media sosial.
Nama rasmi servis ini dikenali sebagai Ekspres Rakyat Timuran dan pengguna bernama Dayana Mukhayadi ada kongsikan pengalamannya bercuti dengan menggunakan keretapi ini tau. Lebih menarik apabila Dayana turut berkongsi beberapa tips penting.
Ini kerana tak ramai orang termasuk min juga tahu langkah untuk menaiki keretapi ini. Kemudian pula, ada juga nasihat yang dikongsikan yang dapat kita guna untuk kebaikkan kita juga kerana perjalanan ini tak sama macam kita naik kereta atau kapal terbang.
Maklumlah sepanjang perjalanan ini kita boleh tidur dalam koc keretapi tersebut kerana diberikan katil dan bilik sendiri. Selain itu, ada juga stesen-stesen yang wajib kita berhenti supaya tak terlepas dan mengambil gambar permandangan menakjubkan.
Photo from Reddit | killmonger
Baca sampai habis untuk ketahui setiap tips tersebut!
Perjalanan Bermula Dari KL Sentral Berakhir Di Kelantan
Photo from TW | izzarosli_
Pengembaraan ini sesuai untuk korang pergi secara bersendirian atau bersama kawan rapat. Untuk yang berkeluarga pula boleh sahaja bawa anak-anak tetapi pastikan korang kenal pasti dahulu perangai anak takut mereka tak selesa dalam koc keretapi.
Menurut perkongsian Dayana dia berkata, "Saya selalu berangan nak pergi percutian luar negara secara solo. Tetapi saya ini jenis penakut juga dan biarkan terlebih dahulu sebagai angan-angan sahaja,
Walaubagaimanapun, saya terfikir untuk cuba dalam negara dahulu. Lalu saya cadang untuk naik sleeper train ke Kelantan sebagai permulaan. Asalnya saya nak pergi bersendirian tetiba kawan-kawan pun nak ikut sekali,
Maka solo trip terus jadi trip berempat. Perjalanan kami dimulakan dari KL Sentral - Gemas - Wakaf Bharu - Kota Bharu dan kembali semula ke KL. Tujuan trip ini untuk merasa pengalaman naik sleeper train selama 13 jam sambil cari makan di Kelantan.
Photo from Reddit | killmonger
Percutian yang pendek tetapi pengalaman yang sangat berbeza.
Nak Beli Tiket Keretapi Ni Dekat Mana Eh?
Photo from Wikipedia
Haa.. sebenarnya senang sahaja nak beli tiket korang sama ada melalui aplikasi KTMB atau boleh layari laman rasmi mereka. Apa yang min nak sentuhkan adalah ada 2 jenis tiket korang kena beli kerana tak dinyatakan secara khusus.
Tiket pertama adalah dari KL Sentral - Gemas (RM30 Hari Berkerja) (RM32 Hari Minggu) dan Gemas - Wakaf Bharu (RM42). Perjalanan daripada Gemas ke Wakaf Bharu itu adalah sleeper train korang.
Sebelum itu korang perlu menaiki ETS. Bezanya satu korang boleh tidur dan lagi satu korang duduk macam dalam kapal terbang.
Jangan Tersilap Pilih Koc Nanti Menyesal Pula
Photo from TW | izzarosli_
Perkara paling penting dalam perjalanan ini adalah keselesaan kita. Menurut Dayana, "Untuk nak rasa tidur atas katil dalam keretapi, kena pilih koc berkatil iaitu dari Koc T6 - T8 dan kami pilih Koc 8 (paling hujung),
Kalau taknak tidur atas katil jangan risau kerana terdapat tempat duduk biasa di Koc T1 - T3. Selain itu ada sebab kenapa pilih koc 8 kerana penumpan lain tak lalu-lalang untuk pergi ke kafe di Koc 5.
Ia (Koc 8) paling dekat dengan kepala keretapi dan ketika berhenti di stesen Gua Musang. Koc ini berada di bahagian paling depan menyebabkan lebih senang untuk keluar ambil gambar." kata Dayana.
Bila dah pilih koc korang kena pilih katil pula dan Dayana pesan supaya elak mengambil katil di bahagian depan sekali. Ini kerana terdapat besi yang menyambungkan dua koc keretapi boleh menyebabkannya bising.
Untuk pilihan katil pula nombor genap adalah katil di bawah manakala nombor ganjil adalah katil atas. Dayana memilih katil bernombor T26, T28, T30, T32 yang berada di bahagian tengah-tengah koc.
Harga katil atas: RM40
Harga katil bawah: RM46
Photo from Sizzling Suzai
Kenapa katil bawah mahal sebab terdapat ruang tingkap untuk rasa lebih luas serta panjang berbanding katil atas. Dekat katil tiada plug jadi pastikan korang bawa power bank untuk mengecas telefon, camera dan lain-lain.
Apa Rasanya Naik Sleeper Train, Selesa Ke Tidak?
Photo from Reddit | killmonger
Menurut Dayana, pengalaman menaiki sleeper train ini selesa sahaja. Setiap ruang ada langsir, bantal dan selimut untuk memberikan suasana privasi kepada setiap individu serta kalau takut kotor boleh bawa kain sendiri untuk gantikkan cadar keretapi.
Penghawa dingin dalam keretapi pula tidak terlalu sejuk dan panas. Rasanya nyaman sahaja untuk mengekalkan kita dalam keadaan yang cukup selesa dan paling wajib untuk kita singgah adalah kafe berada di Koc 5.
Makanan dan minuman cukup menyelerakan kerana terdapat makana bersup, goreng panas-panas dan lihat apa yang disediakan semasa korang sampai. Oleh kerana memiliki hanya satu dapur sahaja, mereka masak ikut batch.
Photo from Dayana
Kalau takut lapar jangan lupa untuk bawa makanan tambahan sendiri jika korang terasa lapar nanti.
Permandangan Yang Memukau Sepanjang Perjalanan
Photo from Dayana
Pergembaraan ini kemuncaknya adalah permandangan yang memukau sepanjang perjalanan korang. Keretapi ini akan melalui kawasan kampung, hutan yang sangat cantik jadi jangan tidur selepas waktu subuh.
Waktu ini korang kena nikmati setiap permandangan tersebut kerana malam sebelumnya memang tiada apa untuk dilihat. Kalau bernasib baik korang dapat lihat Gunung Stong dan air terjun Jelawang dekat Dabong.
Seterusnya permandangan lain boleh lihat suasana kabus, bukit batu kapur, sungai, jambatan, terowong dan jambatan rel terpanjang kat Malaysia dikenali sebagai Jambatan Guilemard.
Bila sampai stesen Gua Musang korang boleh turun untuk ambil gambar permandangan dan keretapi yang dinaiki. Kemudian boleh singgah ke kampung berdekatan untuk membeli makanan atau cenderamata di Stesen Dabong.
Photo from Reddit | killmonger
Tambahan pula, perjalanan ini mengambil masa selama 13 jam daripada KL Sentral sehingga ke Wakaf Bharu!
Mungkin korang suka: