6 Bandar Cantik Dengan Permandangan Memukau!
Perkara paling menyeronokkan ketika pergi bercuti ialah melihat kecantikkan Bandar adalam dunia. Di setiap sudut pasti ada bandar yang dapat menceritakkan kisahnya apabila kita ambil peluang untuk menyinggah dan melawat.
Setiap bandar yang terkenal dalam dunia pasti memiliki landskap menarik dapat menarik perhatian pelancong. Lihat seperti Kuala Lumpur yang berjaya memukau pelancong dengan keindahan suasana landskapnya.
Tak lupa jua keunikkan seperti budaya orang tempatan, kesenian gaya hidup dan kemajuan seni bina. Ini semua adalah faktor yang perlu ada untuk menghasilkan sebuah bandar cantik serta menarik untuk pelancong datang.
Photo from Pinterest
Kalau begitu mesti korang ingin melihat beberapa bandar cantik yang seronok untuk pergi bercuti kan? Haa.. baca sampai habis untuk lihat dan belajar keunikkan setiap bandar ini.
Lisbon, Portugal
Photo from Pinterest
Lisbon adalah bandar yang mendapat sinaran matahari selama 290 hari dalam setahun cukup terkenal dengan keindahannya. Daripada permandangan pinggir pantai ke bukit bukau pasti dapat membuatkan korang jatuh cinta denganya.
Mereka turut menawarkan beberapa tempat melihat dikenali miradouro di seluruh kawasan bersejarah ini. Untuk mendapat permandangan paling cantik wajib pergi ke Miradouro da Graca, Miradouro de Monte Agudo dan Miradouro da Senhora do Monte.
Photo from Pinterest
Ingin lihat bangunan cantik boleh kunjung Biara Sao Vicente de Fora dan Arco da Rua Augusta. Selain itu teringin melihat bandar ini secara meluas boleh singgah ke Pusat Beli-belah Amoreiras untuk mengenali Lisbon dengan lebih mendalam.
Alesund, Norway
Photo from Pinterest
Norway adalah antara negara Scandinavian yang bermaksud utara Eropah. Antara destinasi popular adalah bandar Alesun yang pernah mengalami trajedi kebakaran pada tahun 1904 yang memusnahkan tempat ini.
Namun ia bangun semula dengan memberi ruang kepada gaya seni bina Art Nouveau untuk menghasilkan bandar Eropah paling cantik. Aktiviti yang boleh dilakukan di sini antaranya berkayak di Brosundet Canal bagi melihat kecantikkan tempat lebih terperinci.
Photo from Pinterest
Kemudian, menaiki boat di Geirangerfjord atau mendaki Gunung Aksla untuk meninjau permandangan yang cukup memuaskan.
Quebec, Kanada
Photo from Pinterest
Old Quebec ialah tapak Warisan Dunia UNESCO dan satu-satunya bandar berkubu di utara Mexico. Ambil masa bersiar-siar di sekitar jalan berbatu untuk melihat Basilica Cathedral Notre-Dame de Quebec.
Menariknya korang boleh berjalan dan tinjau benteng serta pintu pagar yang mengelilingi Kota Lama ini. Kalau masih tak puas melihat permandangan singgah ke Sungai St. Lawrence dan Chateau Frontenac dan berjalan kaki sepanjang Dufferin Terrace.
Photo from Destination Quebec Cite
Habiskan harian korang dengan berjalan sekitar Old Port yang boleh menaiki lawatan bot atau berjalan sepanjang Petit-Champlain. Ingin melihat kecantikkan negara Kanada kunjungi Taman Negara Jacques-Cartier atau Air Terjun Montmorency.
Amsterdam, Belanda
Photo from Pinterest
Amsterdam merupakan destinasi cukup popular bagi orang tempatan yang ingin jelajah ke benua Eropah. Terlalu banyak perkara yang membuatkan tempat ini sangat menarik seperti bangunan bersejarah zaman Keemasan megah sejak abad ke-17.
Sistem terusan yang kompleks, rumah menawan membuatkan Amsterdam sangat menakjubkan. Cara paling seronok untuk mendapatkan pengalaman penuh adalah dengan menaiki basikal sepanjang bandar.
Photo from Pinterest
Kemudian mengambil lawatan bot untuk melihat tempat-tempat bersejarah termasuk Tapak Warisan Dunia UNESCO. Tak lupa juga untuk melihat ladang tulip yang sentiasa mendapat perhatian dari pelancong serata dunia.
Cape Town, Afrika Selatan
Photo from Pinterest
Sebuah bandar pelabuhan di pantai barat daya Afrika Selatan. Cape Town terletak di bawah Table Mountain yang merupakan salah satu daripada 7 Keajaiban Dunia Baharu. Korang boleh mendaki atau naik kereta kabel untuk teroka puncak gunung yang rata ini.
Kemudian nikmati permandangan bandarnya, pelabuhan dan beberapa lokasi menarik. Seperti Rizab Alam Semula Jadi Cape Point bagi melihat landskap indah, bukit serta pantai berbatu dan hidupan liar.
Photo from Pinterest
Selain itu kalau ingin melihat kecantikkan flora pula boleh singgah ke Taman Botani Kirstenbosch yang merupakan antara tercantik dalam dunia. Banyak betul lokasi semula jadi yang menarik di benua Afrika ini.
Kyoto, Jepun
Photo from Pinterest
Teringin tak nak melihat seni bina tradisional Jepun? Kalau begitu melawat bandar Kyoto yang dipenuhi dengan seni bina tradisional, permandangan cantik yang menjadikan tempat ini sangat menarik.
Terletak di pulau Honshu, Kyoto adalah rumah kepada pelbagai tapak kuil. Selain itu ada Jambatan Togetsukyo dan kuil Tenryu-ji. Nak melihat kecantikkan bunga sakura kena singgah pada musim bunga tau untuk ambil gambar menarik!
Photo from Pinterest
Jangan lupa untuk menyinggah ke onsen (mata air panas) untuk melegakan penat tubuh badan bagi menikmati budaya orang Jepun sepenuhnya.
Bandar-Bandar Cantik Yang Wajib Korang Singgah
Haa.. apa perasan korang setelah melihat dan membaca sedikit info tentang bandar ini? Adakah perasaan ingin bercuti dan teroka mula membuak dalam diri? Atau dah terus beli tiket penerbangan bila selesai baca sampai habis.
Paling penting adalah untuk menikmati sesaat masa apabila korang sudah melawat ke beberapa destinasi ini.
Mungkin korang suka: