download Jom Explore app
Madrid: 10 Sebab Utama Kenapa Bercuti Di Bandar Bersejarah Ini!

Madrid: 10 Sebab Utama Kenapa Bercuti Di Bandar Bersejarah Ini!

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 30 Jan 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Madrid merupakan ibu kota bagi negara Eropah, Sepanyol yang dapat memberikan korang pengalaman percutian yang menakjubkan. Ia sebuah bandar yang menawarkan korang istana dan seni bina cantik, galeri bertaraf dunia, budaya latin dan makanan yang jarang kita jumpa di negara kita. Jangan terkejut kalau korang terjatuh cinta dengan bandar ini!

Sepanyol merupakan sebuah negara terletak di Peninsula Iberia di kawasan barat daya Eropah. Kebanyakkan orang tempatan akan pilih Inggeris, Perancis, Belanda setiap kali pergi bercuti di benua ini. Namun tak ramai orang tahu bahawa Sepanyol merupakan syurga bagi mereka yang gemar bercuti di luar negara.

Lihat sahaja ibu kotanya yang dipenuhi dengan jiwa dan budaya. Selain itu, bandar ini boleh dianggap seperti sebuah permaidani yang dipenuhi dengan pelbagai aspek kecantikan didalamnya. Ini kerana ia ditenun dengan sejarah yang kaya serta panjang, kepelbagaian landskap budaya latin dapat kita terokai dan pelajari termasuklah landskap menakjubkan pulak tu.

Ada 10 sebab utama kenapa korang wajib jadikan Madrid destinasi percutian utama tahun ini!Photo from Kayak

Kalau min dah berjaya tarik perhatian korang ini 10 sebab utama kenapa Madrid wajib jadi destinasi utama untuk korang bercuti pada tahun 2024 ini.

1. Galeri Seni & Muzium Bertaraf Dunia

Wahh cantik betul El Retiro Park ini kan? macam dalam filem!Photo from Lonely Planet

Bandar ini mempunyai kawasan persiaran Seni untuk diterokai terdiri daripada tiga muzium bertaraf dunia termasukan keindahan Istana DiRaja. Ia merupakan kediaman rasmi keluarga diRaja Sepanyol.

Pada Julai 2021, kawasan the Landscape of Light merangkumi Paseo del Prado dan El Retiro Park telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Selain itu, korang boleh menyinggah ke Paseo del Arte.

Ia bermaksud jalan seni kerana menjadi rumah kepada beberapa karya seni terbaik di dunia. Mempunyai jarak sepanjang 1 kilometer (km) korang boleh menyinggah ke beberapa muzium seperti Prado, Thyssen-Bornemisza dan Reina Sofia.

Tambahan pula jangan lupa untuk melawat ke satu muzium yang sudah berusia 200 tahun tau. El Prado adalah salah satu muzium terbesar di Eropah mempunyai pelbagai koleksi terdiri daripada lukisan dan arca daripada pelukis terkenal seperti El Greco, Rubens dan Goya.

Las Meninas dari Diego Hernandez merupakan antara lukisan terkenal dalam duniaPhoto from Pinterest

Jangan lupa untuk melihat antara karya seni terkenal dalam dunia iaitu Las Meninas dari Diego Velazquez.

2. Tarian Flamenco Mengasyikkan

Budaya Flamenco yang cukup terkenal dan mengasyikkan dari MadridPhoto from Madrid Experience

Ghairah, sengit dan mengasyikkan adalah perkataan terbaik untuk mengambarkan genre tarian yang ekspresif ini. Madrid adalah ibu kota yang melahirkan budaya flamenco di kawasan bernama Flamenco.

Di sini korang dapat menerokai pelbagai pertunjukan, persembahan yang sangat hebat di teater. Persembahan apa korang boleh saksikan? Daripada nyanyian lagu, tarian kecil untuk mengenali budaya flamenco ini.

Untuk pengetahuan korang bandar ini ialah hab industri flamenco dan menjadi titik permulaan bagi artist mereka. Hanya di sini korang dapat melihat budaya tulen sambil menikmati hidangan atau minuman yang melazatkan.

3. Gastronomi Makanan Menyelerakan

Kafe Chocolateria San Gines wajib disinggah untuk menikmati rasa Churros yang sebenarPhoto from Pinterest

Antara perkara wajib ketika bercuti adalah menikmati makanan tempatan di destinasi percutian kita betul tak? Haa.. sesiapa yang kaki makan memang beruntung kerana Madrid cukup terkenal dengan suasana landskap makanan yang menyelerakan.

Menurut MICHELIN Guide Spain 2024 mereka mengumumkan Madrid telah memperoleh lebih banyak bintang dengan jumlah 36 bintang di antara 28 restoran menyelerakan.

Selain itu perkara wajib untuk dilakukan di bandar ini adalah menikmati Tapas sambil membeli-belah di Mercado de San Miguel. Ia adalah pasar dipenuhi dengan pelbagai makanan gourmet untuk dicuba.

Makanan Sepanyol pun sedap jugak tau!Photo from Madrid Experinece

Kemudian jangan lupa untuk merasai rasa autentik Churros yang digemari ramai di negara kita. Di sini ia dinikmati dari pagi sehingga malam dan boleh dijumpai di setiap pelusuk pulak tu.

Orang kita suka Churros kan? di Madrid dapat nikmati rasa autentik pulak tuPhoto from Pinterest

Antara yang paling sedap adalah di Chocolateria San Gines yang dibuka 24 jam sehari memberikan korang rasa Churros yang sebenar.

4. Bandar & Villa Insta-worthy

Cantik betul permandangan villa yang ada di Madrid kan?Photo from Madrid Experience

Kawasan dikenali sebagai Greater Madrid merupakan tapak warisan UNESCO kepad Alcala de Henares, San Lorenzo de El Escorial dan Aranjuez. Ia terletak kurang dari satu jam memandu dari pusat bandar sahaja.

Selain itu korang boleh melawat kawasan luar bandar seperti Patones, Chinchon dan ladang anggur San Martin de Valdeiglesias yang cukup menakjubkan. Apa yang korang boleh nikmati di sini adalah kecantikkan landskap seperti dalam filem lama tau.

Haa.. dekat sini memang kena pakai cantik-cantik untuk ambil gambar insta-worthy untuk dipamerkan di media sosial korang.

5. Syurga Untuk Kaki Shopping

Balenciaga merupakan jenama mewah paling trendy sekarang ni datang dari MadridPhoto from Korban

Tak ramai orang tahu sebenarnya Madrid telah melahirkan banyak jenama fesyen terkemuka yang digilai di negarai kita tau. Korang pernah dengar jenama mewah Loewe, Balenciaga? Sudah semestinya pernah dengar kerana jenama ini cukup trendy pada waktu ini.

Selain itu jenama Zara dan Mango yang digemari ramai oleh setiap orang dalam negara kita telah dilahirkan di bandar ini. Sebab itu Madrid telah dinobat sebagai salah satu ibu kota fesyen antarabangsa berpengaruh di dunia.

Kepada yang suka membeli-belah pakaian berjenama jangan sesekali lepaskan peluang untuk melihat dan menghayati pelbagai jenama tempatan yang ada di bandar ini. Mereka cukup terkenal untuk menumpukan kepada kualiti bahan serta fabrik.

Malah, Sepanyol adalah salah satu negara Eropah yang masih mengekalkan kraf fabrik artisanal. Tambahan pula terdapat banyak plak logam yang korang boleh lihat sepanjang berjalan dalam bandar ini.

Madrid merupakan bandar berpengaruh dalam industri fesyenPhoto from Pinterest

Ia merupakan simbol pengiktirafan kepada pertubuhan yang berusia sekurang-kurangnya 100 tahun mengekalkan tradisi dan kemahiran bertukang. Kita sebagai pelancong dapat melihat kebanggaan dan ikon ditawarkan di bandar ini.

6. Keindahan Landskap & Taman

Taman yang ditawarkan di Madrid cukup menakjubkan dengan pelbagai keindahan hijauPhoto from Belton Real Estate

Siapa sangka bandar ini turut memberikan pengalaman menarik kepada pelancong yang mencitakan alam semula jadi. Ini kerana banyak taman di sini memberikan tempat tenang untuk berehat serta memberikan landskap cukup istimewa.

Antaranya adalah El Retiro Park menjadi taman paling terkenal di bandar ini. Ini kerana ia mempunyai komunitinya sendiri yang terletak di tengah-tengah bandar. Kemudian di sebelahnya pula terdapat Paseo del Prado menghubungkan pusat dunia seni Sepanyol.

Taman Casa de Campo dan Madrid Rio memberikan korang sebuah oasis hijau dalam bandar dengan monumen yang menarik. Kalau ingin melihat kecantikkan budaya seni Andalusia singgah ke Jardines de Cecilio Rodriguez.

Kepelbagaian taman yang ada dapat memuaskan korang!Photo from spain.info

Tamatkan penerokaan taman dengan melihat pokok konifer dari Mexico yang berusia hampir 400 tahun yang dipercayai pokok tertua di bandar ini tau. Ia terletak di Parterre Frances.

7. Destinasi Penginapan Yang Mewah

Madrid juga menawarkan tempat penginapan yang mewah dan penuh kebudayaan pulak tuPhoto from Madrid Experience

Selain daripada mercu tanda budaya, pemandangan seni dan makanan yang indah. Ada banyak hotel yang kita boleh menginap untuk lebih mengenali bandar bersejarah ini dan jangan terkejut kalau boleh tidur di istana tau.

Selain daripada penginapan mewah ada juga penginapan berpatutan yang dapat berikan suasana cukup selesa. Hotel Four Season dibuka berhampiran pusat Puerta del Sol bukan sahaja berikan korang penginapan selesa malah siap pusat beli-belah lagi untuk korang singgah.

8. Budaya Bola Sepak Yang Popular

Kelab bola gergasi Real Madrid cukup terkenal dengan stadium bola sepaknyaPhoto from ArchDaily

Ini khas untuk penggemar sukan bola sepak kerana bandar ini cukup terkenal dengan stadium yang sangat mewah. Madrid ialah satu-satunya bandar Eropah yang menempatkan empat kelab bola sepak premium bersaing dalam liga utama negara mereka.

Kelab ini pula cukup terkenal dengan rangkaian peminat dari satu dunia termasuk negara kita. Stadium Santiago Bernabeu adalah antara stadium paling terkenal dalam dunia merupakan nadi kepada Real Madrid.

Sesiapa yang minat bola memang wajib lihat pasukan ini kan?Photo from Front Office Sport

Jadi sesiapa yang minat bola sepak wajib mengunjungi beberapa kelab bola gergasi di bandar ini.

9. Pengalaman Percutian Menyeronokkan Untuk Keluarga

Parque de Atracciones memberikan pengalaman percutian untuk keluarga menyeronokkanPhoto from Madrid Experience

Jangan sangka bandar ini untuk pasangan sahaja kerana bandar ini turut dapat menghiburkan sebuah keluarga dengan memenuhi keperluan semua kumpulan umur. Daripada muzium ke taman hiburan, ruang hijau sehingga stadium bola sepak.

Terlampau banyak aktiviti boleh dilakukan oleh keluarga di bandar ini ini. Antaranya adalah Parque de Atracciones, Zoo dan Faunia. Kemudian di pinggir Madrid menawarkan pelbagai taman tema untuk semua peringkat umur.

Bandar berdekatan, San Martin de la Vega dapat berikan korang pengalaman yang menyeronokkan. Ia menampilkan beebrapa watak-watak kartun yang digemari oleh ramai kanak-kanak seperti Looney Tunes.

10. Bercuti Macam Orang Tempatan

Bagaimana adakah korang mula terjatuh cinta dengan Madrid?Photo from esmadrid

Kualiti percutian yang ditawarkan di bandar ini sukar untuk dijelaskan tanpa menikmatinya sendiri. Ia mempunyai banyak keupayaan untuk menarik minat sesiapa sahaja serta memberikan rasa seperti korang adalah orang tempatan.

Terlampau banyak budaya serta etnik yang hidup di bandar ini bertolak ansur memberikan suasana yang tidak jauh seperti dalam negara kita sendiri. Hanya di Madrid kita boleh rasa seperti orang tempatan sebagai seorang pelancong.

Haa.. nampak tak betapa seronoknya kalau dapat bercuti di bandar ini kan? Korang boleh tekan link yang min sediakan untuk mendapatkan pelbagai maklumat lanjut tentang Madrid serta mempelajari banyak perkara tambahan.

Selain itu untuk maklumat lanjut tentang MADRID TURISMO oleh IFEMA MADRID, korang boleh tekan link ini!

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok