Elyana Mengajar Anak-anaknya Menaiki LRT, Mendapat Ribuan Pujian Daripada Netizen
Penyanyi Elyana dan suami, Khairul Anuar Husin membawa anak-anak mereka, Cinta Sumayah dan Cahaya Ramadhani bersiar-siar di sekitar Kuala lumpur dengan menaiki pengangkutan awam perkhidmatan transit aliran ringan (LRT).
Sebagai Ibubapa, kita perlu mendedahkan anak-anak tentang pengangkutan awam supaya mereka boleh berdikari di kemudian hari.
Menurut Elyana, perkara tersebut adalah inisiatif yang boleh dilakukannya bagi mengajar anak-anaknya menggunakan pengangkutan awam dan memberikan pengalaman menaiki LRT.
Dengan menaiki LRT, anak-anak dapat merasai pengalaman bagaimana Elyana pergi kerja sewaktu zaman remaja dahulu.
Menjengah ke ruangan komen, wargamaya memuji kecantikan Elyana dan ada juga yang menyedari kehadiran aktres tersebut semasa menaiki pengangkutan awam, LRT.