Jom! Explore Tempat Paling Best Melihat Skyline Kuala Lumpur!
Jom explore tempat-tempat paling best di Kuala Lumpur untuk melihat skyline yang indah dan menakjubkan! Dari bangunan-bangunan tinggi hingga pemandangan malam yang indah, Skyline Kuala Lumpur memang tidak pernah gagal menyuguhkan pengalaman yang tak terlupakan.
Selamat datang ke Changkat Tunku Lookout Point! Antara salah satu tempat melihat pemandangan skylines Kuala Lumpur terbaik di sekitar Lembah Klang.
Ia terletak di sekitar kawasan Bukit Tunku, sebelum ini popular di kalangan jurugambar dan juga mereka yang kerap jogging di sekitar Kuala Lumpur. Changkat Tunku Lookout Point mempunyai jarak penglihatan yang lebih dekat dan lebih jelas. Ia juga hanya terletak sekitar radius 1 km sahaja dari pusat bandar.
Matahari terbenam di sini benar-benar dapat memukau hati siapa saja, di saat matahari terbenam, langit menjadi merah keunguan memukau hati.
Anda juga boleh menikmati fajar di tempat ini, saat-saat indah di mana matahari terbit di ufuk timur dengan warna-warna yang indah dan menakjubkan.
Seperti disyorkan oleh jurugambar, masa paling sesuai untuk mengambil gambar panorama Kuala Lumpur adalah pukul 7:00 pagi hingga 7:45 petang dan 6:45 petang hingga 7:45 petang.
Oleh kerana ia terletak di tengah kawasan perumahan Bukit Tunku, dan jalannya agak sempit, orang ramai diseru agar berhati-hati semasa berada di tempat ini, serta jangan mengganggu ketenangan dan privasi penduduk sekitarnya.
?21, Changkat Tunku, Taman Duta, 50480 Kuala Lumpur
?Sumber Foto: Instagram