Jangan Tak Tahu, Selebriti Malaysia Ini Sama Umur Tau!
Bila bercakap soal usia, ramai yang memilih untuk berdiam diri atau tidak mendedahkan usia masing-masing. Malah, jika ditanya mengenai umur, masing-masing lebih suka menyuruh orang meneka sahaja.
Tidak dinafikan, ramai yang mempunyai raut wajah yang matang dari usia. Ditambah lagi dengan watak dan perwatakan membuatkan ada yang tidak dapat meneka umur seseorang itu.
Tahukah anda sebenarnya, ramai selebriti di Malaysia ini merupakan rakan sebaya? Lahir pada tahun yang sama namun, disebabkan perwatakan yang berbeza, tak semua orang tahu bahawa mereka ini dilahirkan pada tahun yang sama!
Oleh itu, mari kita lihat para selebriti yang dilahirkan pada tahun 1992! Tidak disangka sebenarnya mereka ini telah pun memasuki angka 30.
?Ayda Jebat
Nama sebenarnya adalah Nur Suhada Jebat dan dilahirkan pada 17 Mac 1992. Bermula sebagai seorang penyanyi namun mula dikenali disebabkan lakonannya di dalam drama Rindu Awak 200% pada tahun 2014.
Dia kemudiannya mengeluarkan lagu bertajuk Siapa Diriku (2015) dan mendapat sambutan ramai. Dia kini merupakan seorang ibu dan isteri kepada selebriti, Nabil Mahir.
?Farah Nabilah
Farah Nabilah Saipuddin dilahirkan pada 10 Mac 1992 dan merupakan seorang pelakon dan model. Dia berkawan baik dengan rakan pelakon, Izara Aisyah.
Dia yang mempunyai panggilan manja iaitu Fawa mula dikenali menerusi drama Titian Cinta (2017). Walaupun kini bergelar isteri dan ibu, dia juga turut bergiat aktif dengan aktiviti kemanusiaan di mana dia terlibat dengan program melibatkan kanak-kanak.
?Izara Aishah
Pemilik nama Nur Izara Aishah Nik Izazurin dilahirkan pada 28 September 1992. Dia juga merupakan kawan baik kepada rakan pelakon, Farah Nabilah. Berdarah kacukan melayu dan Pakistan, Izara memulakan karier seni setelah menyertain pertandingan Dewi Remaja 09/10. Dia mula dikenali menerusi drama Vanilla Coklat.
Dia kini merupakan isteri kepada anak tiri Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu Muhammad Adib Khalid dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
?Emma Maembong
Fatimah Rohani Ismail atau lebih dikenali dengan nama komersialnya, Emma Maembong dilahirkan pada 27 Mac 1992. Dia merupakan anak kesembilan daripada 11 orang adik-beradik. Adiknya, Chacha Maembong juga merupakan seorang pelakon.
Emma berkahwin dengan seorang juruterbang pada tahun 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Dia juga bersahabat baik dengan rakan pelakon, Alvin Chong setelah berganding bersama dalam drama Awak Suka Saya Tak.
?Daler Yusof
Pemilik nama penuh Daler Yusuf Khamrokulov bin Muhammad dilahirkan pada 31 Disember 1992 dan merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia - Uzbekistan.
Dia mula dikenali setelah berlakon di dalam drama Encik Suami Mat Salih Celup di samping pelakon Nelydia Senrose. Dia juga masih belum berkawin.
?Ernie Zakri
Nur Ernie Shahirah Zakri atau lebih dikenali sebagai Ernie Zakri dilahirkan pada 23 Jun 1992. Selain bergelar penyanyi, dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley. Dia juga merupakan anak saudara kepada dua penyanyi lagenda tanah air, Ziana Zain dan Anuar Zain.
Dia juga berkahwin dengan rakan penyanyi, Syamel pada Mac 2021 setelah berjaya menyimpan kemas percintaan mereka.
?Dr Hafiz Zainal
Dr. Muhammad Hafiz Zainal dilahirkan pada 1 Julai 1992 merupakan seorang doktor gigi dan penyanyi di Malaysia. Mula dikenali setelah menyertai industri seni sebagai salah seorang peserta program Big Stage musim ketiga pada tahun 2020.
Bagaimanapun, dia juga sebenarnya pemenang tempat ketiga dalam program Bintang RTM 2018.
?Hafeez Mikail
Nama sebenarnya Hafeez Mikail adalah Muhd Hafiz Muhd Zaki dilahirkan pada 8 Ogos 1992. Dia merupakan seorang pelakon dan model lelaki di Malaysia.
Dia juga pernah bekerja di awan biru sebagai pramugara selama 2 tahun, dia mula dikenali setelah membawakan watak sebagai Tengku Zarul di dalam drama Hati Perempuan.
?Sumber Foto: Instagram