Ayam Goreng McDota: Generasi Sekarang Tahu Tak?
Terlalu banyak restoran yang telah beroperasi dalam negara kita. Ada yang sudah pupus dan masih ada yang mampu bertahan lebih daripada 40 tahun menyediakan makanan yang pernah menjadi kegemaran ramai pada satu masa ketika dulu. Korang masih ingat Ayam Goreng McDota?
Kalau tanya generasi sekarang jangan salahkan mereka tidak pernah dengar tentang kedai ini. Pada satu masa dahulu ia merupakan sebuah restoran yang menyediakan makanan segera sebelum ia menjadi sebuah kebiasaan.
Landskap makanan segera dalam negara sekarang terlalu kompetitif. Terlalu banyak jenama luar yang cuba menembus ke dalam pasaran negara kita perlu bersaing sesama mereka untuk menjadi pilihan no 1.
Tak lupa juga persaingan daripada beberapa jenama tempatan yang mampu bersaing pulak tu. Menu yang dikeluarkan pun berkualiti tinggi dan menepati citarasa orang tempatan menyebabkan populariti mereka meningkat.
Photo from Habibah Ghani
Oleh itu, agak sedih apabila kedai seperti Ayam Goreng McDota dahulunya menjadi persaing utama. Kini, menjadi kapsul masa kepada generasi sekarang bagaimana suasana kehidupan generasi membesar tahun 80-an dan 90-an.
Merupakan Antara Restoran Makanan Segera Yang Pertama Dalam Negara
Photo from Angel Wings
Ayam Goreng McDota mula beroperasi pada tahun 1978. Mereka sudah menapak dalam negara sebelum kedatangan beberapa jenama makanan segera antarabangsa yang gagah bertahan harini.
Tahun ini sahaja sudah 45 tahun kekal beroperasi walaupun jumlah pelanggan semakin berkurang jika nak dibandingkan dengan dulu. Bukan negara kita sahaja beroperasi malah di negara jiran seperti Singapura dan Indonesia turut dibuka.
Apa yang membuatkan kedai ini sangat popular adalah menu ayam goreng! Ia cukup popular dalam kalangan orang kita daripada kanak-kanak sehingga orang dewasa membuatkan menjadi keutamaan ramai kalau makan di sini.
Selain itu korang boleh padankan ayam goreng dengan beberapa makanan malaysia seperti nasi goreng pulak tu. Haa.. sebab itu mereka cukup popular kerana menyediakan sebuah menu yang sesuai untuk semua orang.
Photo from Rachel
Itu tak campur dengan suasana nostalgia yang dapat apabila menikmati di lokasi mereka. Selangkah masuk je korang mungkin dapat gambaran bagaimana negara kita pada waktu sebelum ini dengan perabot, dekorasi dan beberapa gambar yang tak pernah ditukar sehingga sekarang.
Kenangan Yang Tak Boleh Dilupakan
Photo from Venee
Apa yang membuatkan kisah ini menjadi sedih adalah kini hanya tinggal 2 outlet sahaja dalam negara kita. Dahulu masih banyak tetapi tiada rekod yang min dapat jumpa untuk ketahui berapa banyak outlet pernah ada dalam negara.
2 outlet tersebut berada di Segamat, Johor dan Sungai Petani, Kedah. Ramai peminat mengatakan outlet lokasi Sungai Petani masih menjaga kualiti makanan dan kekal menjadi pilihan ramai kerana harga yang berpatutan serta murah.
Ayam Goreng McDota pun tidak terlalu ketinggalan zaman juga. Menurut beberapa pelanggan, mereka telah cuba mengubah sedikit sebanyak struktur menu dengan memberi set kombo pilihan popular untuk bersaing dengan pasaran tempatan.
Tarikan utamanya adalah restoran ini fokusnya kepada gaya keluarga. Tak terkejut kenapa ramai orang muda kurang gemar restoran ini kerana tidak menarik di mata mereka campur pula dengan dekorasi yang antik ini.
Photo from Zura S
Namun, makanan yang dihasilkan memuaskan untuk harga murah yang korang bayar! Bukan senang nak merasa makanan yang mampu bertahan selama 45 tahun.
Menaiki Mesin Kembali Masa!
Photo from Eugene Teoh
Seronok betul kalau ada mesin yang boleh putar kembali ke masa lampau dan masa hadapan kan? Haa.. takyah runsing kepala rasanya kena singgah ke Ayam Goreng McDota dah boleh kembali kepada Malaysia pada era sebelum ini.
Apa yang boleh kita katakan adalah suasana nostalgia yang terdapat pada kedai ini sukar untuk dicari di tempat lain. Walaupun tak banyak informasi yang min dapat gali untuk cerita namun masih ada peminat tetap yang menyinggah untuk menikmati makanan mereka.
Kebanyakkan yang pernah cuba turut berkongsi pengalaman bersama pelanggan lain di laman sesawang. Setiap satu dipenuhi dengan kisah-kisah yang menyeronokkan. Tak lupa juga untuk generasi muda yang mencubanya kali pertama.
Ramai menyatakan harga murah menjadi faktor serta tarikan utama untuk mencuba restoran ini. Selain itu, makanan yang disediakan juga sangat berbaloi untuk sebuah keluarga yang ingin menikmati makanan segera tanpa memecahkan bank bulanan.
Photo from Daniel Lui
Ada banyak set kombo yang boleh dicuba untuk memuaskan selera makan. Rasanya kalau korang menghala ke Kedah atau Johor, agak-agak akan menyinggah tak ke Ayam Goreng McDota?
Mungkin korang suka: