5 Restoran Makanan Di Taiwan Yang Halal Untuk Cuba!
Taiwan ialah sebuah negara yang kaya dengan budaya, sejarah dan suasana. Cantik tak cukup untuk menggambarkan pengalaman bercuti di negara ini yang dipenuhi dengan bandar moden dan sejarah. Tak lupa juga, makanan yang sedap ditawarkan di sini sesuai untuk pelancong muslim macam kita untuk pergi teroka keindahan negara ini.
Negara ini terletak di persimpangan Laut China Timur dan Selatan di barat laut Lautan Pasifik. Ibu kotanya, Taipei sangat popular menjadi tuan rumah untuk pelbagai tarikan untuk pelancong teroka keunikkan negara ini.
Paling menarik sekali adalah tak ramai orang tahu Taiwan sebenarnya negara yang sangat muslim-friendly tau. Menurut Global Muslim Travel Index (GMTI), bandar Taipei telah menang anugerah "Most Promising Muslim-Friendly City Destination of The Year" pada tahun ini.
Usaha kerajaan Taiwan menambah baik dengan mencipta lebih banyak sumber pelancongan yang mesra untuk orang muslim. Prestasi ini juga telah diiktiraf di peringkat antarabangsa pulak tu. Tak perlu kita nak risau kalau bercuti dekat sini selepas ini.
Maklumlah, ramai orang takut nak cari makanan yang halal kalau bercuti di negara bukan majoritinya muslim betul tak? Haa.. jangan takut sebab min akan senaraikan dekat korang kedai yang yakin halal mengikut perbadanan negara mereka!
Photo from Taiwan Halal Certificate
Kedai ini pula turut popular dalam kalangan pelancong dan penduduk muslim yang menetap di negara ini. Kemudian, semuanya dapat memberikan korang rasa sebenar budaya makan orang Taiwan.
1. Fried Chicken Master
Photo from Google Photos
Taiwan cukup terkenal dengan kemahiran menghasilkan ayam goreng yang sedap! Oleh itu, korang wajib singgah ke Fried Chicken Master untuk menikmati satu-satunya Halal Certified Taiwanese Fried Chicken yang ada.
Dengan pengalaman lebih dari 40 tahun menternak ayam serta menghasilkan ayam goreng. Kedai ini cukup popular dan hanya menggunakan bahagian paling lembut, isi padat dan banyak untuk mencipta ayam goreng mereka. Tak lupa juga dengan kombinasi rahsia resipi perapan.
Langkah ini semua dilakukan bagi menghasilkan signature Taiwanese fried chicken yang sebenar! Menurut pelanggan yang pernah cuba, ayam digoreng sehingga ranggup dan berwarna emas. Rasanya pula memang cukup melazatkan dengan isi lembut tidak kering.
Photo from Yinna
Kalau korang singgah ke sini jangan lupa untuk mencuba Ji Pai. Ia adalah satu keping dada ayam tidak bertulang, disalut dengan perapan rempah kemudian digoreng sehingga ranggup. Tak suka bahagian dada? Tiada masalah boleh tukar ke bahagian peha.
Hasilnya adalah kenikmatan ayam goreng yang sangat memuaskan! Kedai ini juga diiktiraf status halal oleh Badan Pensijilan Halal Taiwan.
📍 No. 3號, Ln 316, Roosevelt Rd, Section 3, Zhongzheng District, Taipei City, Taiwan 100
⏰ Setiap Hari (11:30 am - 10:30 pm pada hujung minggu, 11:30 am - 9:30 pm hari berkerja)
2. Halal Beef Chinese Noodle Soup
Photo from Jason Yang
Kalau negara kita pelancong wajib cuba nasi lemak. Manakala untuk kita melancong di Taiwan, kita wajib cuba makanan tradisional mereka iaitu beef chinese noodle soup. Sukar untuk digambarkan betapa sedapnya semangkuk sup panas yang dipenuhi dengan ketulan daging untuk mengenyangkan perut kita.
Rugi kalau tak cuba tau! Lepas tu ada beberapa kedai halal untuk dipilih yang kena dengan selera tekak korang. Yang pertama adalah dikenali sebagai Halal Chinese Beef Noodle Restaurant yang terletak di Xinyi District.
Restoran ini sangat popular kerana telah menang anugerah daripada MICHELIN iaitu anugerah Bib Gourmand. Dekat kedai ini adalah pilihan antara clear soup dan dry noodle. Supnya dipenuhi dengan aroma rempah pekat datang daripada rasa daging lembu.
Pilihan seterusnya adalah Chang's Beef Noodle Soup yang terletak dekat dengna bandar utama. Makanan yang ramai pesan? mestilah Niu Rou Mian (Taiwanese Beef Noodle Soup) menjadi kegemaran ramai di kedai ini.
Kalau nak cuba sedikit kelainan, min suggest korang untuk Dou Jiang. Ia adalah sup kacang soya yang boleh dinikmati dengan roti, mi dan lain-lain mengikut pilihan kedai. Akhir sekali, terletak sebelah Chang's adalah Halal Yellow Beef Noodle House yang telah beroperasi lebih dari 70 tahun tau!
Photo from Google Photos
Kedia ini pula cukup terkenl dengan portion yang banyak dan dua pilihan untuk sup mereka. Versi pedas atau tak pedas yang akan memberi rasa pekat pada daging dihiris nipis ketulan jari rusuk.
📍 Shin Kong Mitsukoshi Taipei Xinyi Place A8, 110, Taiwan, Taipei City, Xinyi District, Songgao Rd, 12號新光三越B2
⏰ Setiap Hari (11AM – 9.30PM, 10:30 pada hujung minggu)
Chang's Beef Noodle Soup
📍 No. 21, Yanping S Rd, Zhongzheng District, Taipei City, Taiwan 100
⏰ Setiap Hari (10AM – 7.30PM)
Halal Yellow Beef Noodle House
📍 No. 23號, Yanping S Rd, Zhongzheng District, Taipei City, Taiwan 100
⏰ Setiap Hari kecuali Isnin (11AM – 7.30PM)
3. Uncle Ma's
Photo from Google Photo
Hanya kedai ini sahaja yang menjual Shao Bing versi halal serta beberapa kuih tradisional Taiwan. Diusahakan oleh seorang Taiwanese Muslim, Uncle Ma's terkenal dengan menjual makanan dari taiwan serta gaya Beijing.
Makanan utama yang korang kena cuba adalah Beef Shao Bing. Ia adalah roti pastri yang mempunyai teksture di antara pastri dan roti disaluti dengan rempah Chinese five spices atau perapan daging.
Ini akan menghasilkan rasa cukup mendalam dan dipenuhi dengan rasa. Roti pastri ini pula kelihatan macam roti burger dan akan dimasukkan hirisan daging yang empuk untuk makan bersama.
Selain itu, jangan lupa untuk mencuba Beef Soup Dumplings! Selalunya akan dipenuhi dengan mi yang disaluti dengan kuah pekat kan? Untuk kali ini tidak pulak. Mi tersebut digantikkan dengan ketulan dumpling berinti daging.
Photo from Bo Zhi Lin
Rasa sedap yang sukar digambarkan kalau tak duduk mencubanya.
📍 No. 67之2號, Linyi St, Zhongzheng District, Taipei City, Taiwan 100
⏰ Setiap hari kecuali Jumaat (7AM – 6PM)
4. KUO ZANG Mini Hot Pot
Photo from Nur Novlina
Kalau dah singgah ke negara Asia Timur memang wajib nak rasa hot pot. Gaya makanan ini cukup popular di negara kita kerana menyediakan makanan yang simple tetapi boleh berubah menjadi kompleks bergantung pada pilihan kita.
Negara ini pula memang cukup terkenal dengan variasi hot pot yang ada. Salah satunya korang boleh cuba di restoran ini tetapi jangan terkejut kalau yang dihidangkan adalah berbeza daripada apa yang kita biasa.
Restoran ini diusahakan oleh pasangan Indian Taiwanese muslim yang menggabungkan kebaikan rasa makanan masing-masing. Pilihan yang ada pula boleh rambang mata dibuatnya dengan pelbagai jenis sup boleh pilih.
Photo from Danang Tri
Korang nak sup seperti tomyum, pedas pun ada juga. Tetapi kalau mahukan rasa Taiwan apa kata cuba Pumpkin Milk Hot Pot dan Stinky Hot Pot. Min nak pesan stinky tofu ini baunya sangat kuat! Kalau tak biasa jangan pesan pula nanti membazir.
📍 243, Taiwan, New Taipei City, Taishan District, 107縣道44號
⏰ Setiap hari (11 am - 11 pm)
5. Masala Art
Photo from Eddie Hsu
Tak sangka dekat bandar Taipei pun ada makanan India yang autentik! Masala Art terletak di Zhongshan District berdekatan dengan Taipei Expo Park-Ma Ji Square. Restoran ini hanya menjual makanan India yang berasal daripada negara tersebut.
Rasanya dan menu pun sedikit berbeza daripada apa yang kita biasa iaitu restoran mamak. Namun sukar untuk dinafikan kebanyakkan makanan India sedap kerana kepakaran mereka menggunakan kombinasi pelbagai rempah ratus berjaya menghasilkan rasa menakjubkan.
Kalau korang dah tak tahu nak makan apa di bandar Taipei. Singgah ke restoran ini untuk menikmati makanan yang berbeza daripada apa yang kita biasa! Nak cari pun senang kerana berdekatan dengan pelbagai tarikan pelanocng bakal memudahkan perjalanan korang.
📍 No. 1號, Yumen St, Zhongshan District, Taipei City, Taiwan 10491
⏰ 11:30 AM – 2:30 PM / 5:00 PM - 9:30 PM
Mungkin korang suka: