5 Makanan Segera Yang Dah Pupus Kat Malaysia
Salah satu perkara yang susah untuk dipisahkan dalam negara kita adalah kepelbagaian jenama restoran makanan segera. Sebut sahaja nak makan dari restoran mana mesti ada yang berdekatan dengan lokasi kita terutama di kawasan Lembah Klang. Ada sebab mengapa makanan segera menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia.
Laju, mudah, sedap dan berbaloi dengan harga menyebabkan ramai orang memilih untuk menikmati makanan segera terutama di kawasan bandar pesat. Kita boleh pilih je daripada hujung jari nak makan daripada restoran mana satu yang menyediakan menu unik daripada yang lain.
Kita melihat makanan segera sebagai pilihan tambahan dalam budaya makan negara. Ia tidak sama sekali dapat menggantikkan makanan tempatan namun konsep makanan segera telah sebati sebagai tempat berkumpul, melepak atau untuk keluarga yang ingin raikkan bersama anak.
Perasaan nostalgia ini yang membuatkan makanan segera dapat bertahan di negara kita berbanding negara lain. Disebabkan itu, kita amat bertuah kerana dapat menikmati bukan 3 jenama sahaja. Sebaliknya. lebih daripada 10 jenama pernah membuka restoran untuk memenuhi permintaan kita.
Menurut kajian dilakukan oleh trustedmalaysia, waktu makan tengahari adalah masa paling ramai kita menikmati makanan segera dalam negara. Sebanyak 76% rakyat Malaysia membeli makanan segera pada tahun 2020.
Photo from Malaysian Food
Oleh itu kita tak terkejut sangat kenapa masih ramai orang makan di makanan segera walaupun harganya tengah naik sedikit. Walau bagaimanapun tak semua restoran dapat bertahan serta kekal operasi dalam negara kita kerana pelbagai faktor.
Haa.. cuba korang baca sampai habis dan lihat sendiri masih ingat tak nama restoran yang pernah ada dalam negara kita!
1. White Castle
Photo from Pinterest
Tak ramai generasi kini tahu yang francais ini pernah bertapak dekat Malaysia. White Castle menjadi popular kerana sebuah filem komedi menceritakan tentang dua kawan baik ingin menikmati makan malam di kedai tersebut.
Katanya mereka merupakan francais burger paling tua di Amerika Syarikat (AS). Dibina pada tahun 1921 di Wichita, Kansas, restoran ini mempunyai sebanyak 345 lokasi sahaja dalam negara mereka dan kebanyakkan memberi fokus kepada kawasan metropolitan.
Selain itu, menu mereka sangat berbeza daripada persaingannya. Mereka menjual burger kecil yang dikenali sebagai 'sliders' untuk dibeli dalam kuantiti banyak berbanding satu burger bersaiz sederhana.
Itu yang membuatkan mereka menjadi popular kerana keunikkan menu sahaja. Namun, burger kecil ini tidak mendapat sambutan baik di negara kita kerana ramai beranggapan tidak berbaloi langsung dan lebih cenderung untuk beli saiz biasa sahaja.
Menurut netizen yang pernah cuba, satu slider berharga RM6. Kalau nak kenyang kena beli sekurangnya 4 biji yang sudah mencecah harga RM24. Oleh itu, ramai menggangap White Castle mahal berbanding restoran lain.
Photo from Pinterest
Rasanya burger mereka katanya lebih sedap berbanding McD dan Burger King. Mereka pernah buka di lokasi Jalan Chow Kita dan Taman Tun Dr Ismail. Kini, kalau korang nak menikmatinya kena beli tiket penerbangan ke AS sahaja.
2. Grandy's
Photo from Lowyat
Kalau kita nak menikmati rasa sebenar makanan daripada AS di belah selatan kita singgah ke Grandy's. Sebelum wujudnya dominasi daripada KFC dan Texas Chicken, Grandy's merupakan pilihan utama orang kita untuk menikmati ayam goreng gaya AS.
Ditubuhkan pada 1972 di Lewisville, Texas. Grandy's membawa gaya masakan cajun ke dalam negara kita. Pada waktu puncaknya, mereka mempunyai lebih daripada 200 restoran di AS dan negara kita. Tetapi macam tak pernah dengar je nama kedai ni dan ini kali pertama juga min dengar pasal mereka tau.
Haa.. kini hanya ada 22 restoran sahaja masih beroperasi dan semuanya di negara asal mereka. Sayangnya francais ini menghadapi pelbagai masalah daripada pengurusan teruk, tiada kawalan kualiti dan kegagalan pemeriksaan kawalan kesihatan di kedai mereka menjadi faktor kenapa mereka jatuh dengan teruk.
Tetapi itu dekat AS tau, kalau dekat negara kita masih menjadi tanda misteri untuk peminat mereka. Menurut netizen, ayam goreng yang dijual jauh lebih sedap berbanding apa yang ada sekarang ini. Selain itu, ada pelbagai jenis makanan ringan seperti mashed potatoes dan french fries.
Photo from Wide Open Country
Menu yang digemari oleh orang ramai adalah bubur ayam yang boleh pilih topping sendiri, country chicken fried steak dan set ayam goreng. Macam seronok pulak kalau ada balik dalam negara kita..
3. Hartz Chicken Buffet
Photo from Jensen Liang
Restoran buffet kekal popular di negara kita kerana dapat menikmati makanan tanpa terhad dan pelbagai pilihan yang disediakan. Kita boleh tengok sendiri betapa ramai orang sanggup beratur semata-mata untuk menikmati hot pot buffet sahaja.
Selalunya francais buffet banyak cenderung kepada makanan asia seperti hot pot dan bukan makanan barat. Munculnya Hartz Chicken Buffet yang menyediakan set buffet pada harga munasabah pada waktu itu tau.
Kelebihan mereka adalah menyediakan makanan segera pada harga berbaloi untuk dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat. Menurut netizen, set buffet bermula RM14.9 sahaja dan korang dapat menikmati ayam tanpa terhad. Ayam pula dimasak dalam 2 jenis iaitu goreng ranggup dan panggang.
Selain itu ada pilihan sayur-sayuran, kentang dan pelbagai hidangan sampingan untuk melengkapkan hidangan korang. Ramai mengatakan ayam mereka cukup memuaskan dengan keranggupan kulitnya yang dimasak dengan sempurna.
Ditubuhkan pada 1972, pemilik francais ini merupakan rakan baik kepada pencipta KFC iaitu Colonel Sanders. Francais ini berjaya membukan sebanyak 45 restoran di AS sahaja dan pada penghujung tahun 1990 beliau membuka di kawasan Asia termasuk negara kita.
Photo from Ian Ord
Bahagian Semenanjung Malaysia semua lokasinya sudah ditutup dan yang terakhir kekal sehingga tahun 2013/14 di Sunway Pyramid. Kalau korang tinggal di Sarawak korang bernasib baik kerana masih berpeluang untuk menikmati restoran ini.
4. Wendy's
Photo from Pinterest
Semua rakat Malaysia pasti mengenali francais ini yang mempunyai kartun perempuan rambut berwarna merah yang cilik! Ditubuhkan pada tahun 1969 oleh Dave Thomas. Beliau berjaya mengembangkan restoran lebih daripada 6,700 lokasi dalam 30 buah negara.
Ini menjadikan Wendy's sebagai francais ketiga paling besar dalam dunia. Peminat francais ini kata mereka hanya menggunakan daging patty segar yang tidak dibeku dan termasuklah kentang yang dipotong dengan tangan turut menjadi popular.
Perkara paling ketara kalau makan di Wendy's adalah bentuk burger mereka. Selalunya burger berbentuk bulat kan? Kalau tak pernah dekat kedai ini macam min korang akan terkejut melihat bentuk patty daging adalah empat segi petak.
Ini merupakan ciri utama francais ini untuk menarik pelanggan ke kedai mereka bagi mengalahkan persaingannya. Selain itu, kentang mereka juga menjadi pilihan ramai orang kerana dipotong dengan tangan setelah melakukan pesanan. Aiskrim mereka turut mendapat sambutan tinggi juga.
Kenapa Wendy's boleh tutup walaupun mendapat sambutan yang baik? Jawapanya terletak pada Berjaya Holdings Group yang memiliki lesen perniagaan francais ini. Mereka tidak menyambungnya pada tahun 2019 menyebabkan semua lokasi perlu ditutup serta merta.
Photo from Pinterest
Akibatnya masih ramai orang menimbulkan pelbagai spekulasi kenapa tidak diteruskan kerana francais ini masih diminati oleh ramai orang Malaysia terutama di bandar KL.
5. Shakey's Pizza
Photo from Lowyat
Sebelum wujudnya Pizzat Hut, Domino's dan US Pizza berebut untuk menjadi francais utama menyediakan pizza paling sedap dalam negara kita. Mereka perlu bersaing dengan pilihan nombor satu pada masa itu iaitu Shakey's Pizza.
Mereka mulakan operasi pada tahun 1978 dan mendapat sambutan yang cukup baik dalam negara kita. Oleh kerana pada waktu itu tiada lagi francais yang menjual pizza, mereka telah menjadi pilihan utama.
Pada satu masa dahulu menurut netizen, di kawasan Klang Valley dipenuhi dengan restoran mereka. Ia sangat popular kerana menyediakan pelbagai pilihan pizza pada harga yang mampu milik!
Ramai mengatakan kerana tiada persaingan mereka berjaya mendominasi pasaran ini. Namun, walaupun munculnya francais lain Shakey's Pizza masih kuat dibanjiri dengan pelanggan di setiap lokasi.
Pilihan makanan sampingan seperti garlic bread, mojo potatoes menjadi kegilaan ramai di kedai mereka. Selain itu mereka turut menawarkan ayam goreng untuk dinikmati bersama pizza!
Walau bagaimanapun menjelang tahun 2000, lokasi mereka tutup satu demi satu. Ramai mengatakan kerana tiada kawalan kualiti menyebabkan makanan menjadi lebih teruk. Akhir sekali, setiap lokasi dibeli oleh Domino's Pizza dan pada tahun 2009 semua lokasi Shakey's Pizza ditutup.
Photo from MARKETING Magazine
Memang sayang betul terlalu banyak jenama restoran makanan segera gagal berkekalan sehingga kini. Masih ramai peminat mereka setia menunggu kepulangan francais ini kerana menurut mereka menawarkan makanan yang cuku memuaskan.
Kalau korang nak cuba mana satu? Min paling nak cuba Grandy's!
Mungkin korang suka baca: