Ridzman Zidaine Menjadi Tumpuan Utama Di LV Pre-Fall 2024
Disebalik cahaya yang menerangi bandar Hong Kong, Ridzman Zidaine menjadi tumpuan utama apabila beliau berjalan untuk jenama mewah antarabangsa, Louis Vuitton. Memiliki wajah tampan bukan sahaja mewakili dirinya malah telah mengharumkan nama negara.
Pada 30 November 2023, Louis Vuitton (LV) telah mengeluarkan koleksi barunya untuk musim Pre-Fall 2024. Ini merupakan pertunjukan kedua daripada Pengarah Kreatif Lelaki, penyanyi terkenal Pharrell Williams.
Bintang langit malam dan cahaya bandar menjadi suasana yang dipilih bagi menerangi pertunjukan tersebut. Pharell mempersembahkan koleksi barunya di Avenue of Stars mencerminkan identiti jenama mewah tersebut.
Meneruskan semangat untuk meneroka tempat baru, beliau telah mengambil landskap keindahan pantai Hawaii dan memindahkannya ke Hong Kong. Inspirasi daripada ko gaya nautika dan pakaian seragam kelasi memberi nafas baru untuk koleksi pakaian lelaki.
Bunga tropika menjadi simbol yang dicipta semula untuk disesuaikan ke dalam pakaian seragam kelasi. Setiap perincian yang dihasilkan memiliki imej maritim, beg dan aksesori pula dihasilkan dengan semangat laut dapat terlihat pada keseleruhan siluet koleksi ini.
Photo from highsnobiety
Namun, mata orang kerap melihat seorang jejaka tampan yang memiliki paras rupa unik. Dengan penuh bergaya, Ridzman Zidaine menjadi tumpuan utama!
Fakta Ringkas Tentang Ridzman Zidaine
Photo from Yahoo News
Walaupun beliau telah berjalan untuk LV, masih ramai orang Malaysia tidak mengenali nama Ridzman Zidaine. Bukan sahaja memiliki nama yang unik malah turut mempunyai minat terhadap dunia fesyen sangat mendalam pulak tu.
Menurut sesi interview beliau bersama Men's Folio, katanya "Ayah menyokong saya untuk bermain bola sepak pada usia yang muda. Sebab itu saya dinamakan sempena pemain boal lagenda Perancis."
Ridzman turut membayangi dirinya untuk menjadi seorang model fesyen berjaya ketika membesar. Beliau memberi pendapat tentang peranan seorang model dalam industri fesyen, "Pemodelan adalah bahagian penting dalam industri fesyen,
Ia juga penitng untuk memahami bahawa model mempersembahkan konsep yang ingin ditunjukkan oleh jenama. Model, dalam banyak cara, menghidupkan dunia fesyen." Pada usia 19 tahun, beliau masuki sebuah agensi model, Topboi Citizen yang berpangkalan di Kuala Lumpur.
Kemudian melakukan penampilan pertama sebagai mode di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2019. Selepas menamtkan pengajiannya di United Kingdom (UK), beliau mengambil langkah untuk mengikuti industri model di Eropah.
Nasihatnya kepada orang tentang kualiti seorang model berjaya adalah kecenderungan untuk belajar. Ini kerana beliau percaya bakat semula jadi akan menipis. "Setiap orang mempunyai kelemahan dan dapat mengakuinya,
Photo from FB | RizalHakimPunyerr
Sambil mempunyai keberanian untuk memperbaiki supaya kita boleh menjadi lebih baik. Dalam apa yang kita lakukan adalah kualiti yang baik untuk dimiliki," tambah Ridzman.
Menjadi Tumpuan Utama Walaupun Berada Pada Waktu Malam
Photo from Louis Vuitton
Seramai 1,200 tetamu dijemput untuk melihat koleksi ekslusif ini. Dihadiri oleh pelbagai bintang global yang terkenal telah meriahkan keseleruhan pertunjukan tersebut. Antaranya adalah pelakon Hong Kong terkenal Chow Yun Fat dan penyanyi, Aaron Kwok.
Pelakon Korea Selatan terkenal Song Joong-Ki turut hadir bersama penyanyi Felix dari kumpulan Stray Kids. Namun, yang berjaya menarik tumpuan ramai pada malam tersebut adalah Ridzman dengan penuh bergaya.
Beliau merupakan model Malaysia pertama yang memperagakan dan berjalan untuk jenama terkenal ini. Berdiri dengan ketinggian 188 cm, pakaian yang diperagakan memiliki sifat unggul dan anggun.
Pakaiannya berwarna putih yang mempunyai corak motif dihiasi dengan bag, topi serta kasut kulit berwarna hitam mendapat pujian daripada ramai peminat. Ridzman berjalan dengan penuh bergaya, setiap langkahnya sangat lembut tetapi gagah dengan penuh tertib.
Dari rauk mukanya sahaja dapat lihat beliau sangat selesa dan yakin tentang persembahannya. Paras rupanya juga telah membuatkan menonjol dalam kalangan model lelaki yang lain dalam koleksi ini.
Photo from Yahoo News
Sebelum menutupi persembahan, Ridzman sekali lagi berjalan di depan pada bahagian tengah untuk menunjukkan setiap rekaan pakain pada koleksi ini sebelum Pharrell keluar untuk memberi langkah penutupnya.
Dapat Menjadi Inspirasi Kepada Generasi Muda
Photo from IG | ridzmanzidaine
Persembahan ini telah menaikan lagi nama Ridzman dalam industri fesyen. Beliau bukan sahaja telah berjalan untuk LV malah pelbagai jenama terkenal turut mengambilnya kerana paras rupa yang unik!
Beliau telah memperagakan untuk jenama seperti Hermes, Zara, Issey Miyake, Ami dan JW Anderson dapat memberi inspirasi kepada generasi muda! Kini kita dapat lihat semakin ramai orang muda mula mengambil langkah karier yang berbeza berbanding generasi sebelumnya.
Individu seperti Ridzman menunjukkan bahwa kita pun dapat melakukannya. Beliau turut berkongsi pendapat tentang populariti model tempatan, "Masih banyak kerja yang perlu dilakukan. Kita perlu ada platform yang lebih berpengaruh untuk mempamerkan model tempatan kami yang berpotensi tinggi."
Mungkin korang lihat pencapaian beliau dapat memberi suntikan motviasi untuk mencapai impian. Paling penting adalah untuk percaya kekuatan dan kelemahan diri kita untuk mencapai sesuatu kejayaan.