download Jom Explore app
Beg dan Personaliti: Mengenali Gaya Melalui Pilihan Anda

Beg dan Personaliti: Mengenali Gaya Melalui Pilihan Anda

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 15 Dec 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Pemilihan beg bukan untuk penampilan diri kita semata-mata. Malah ia dapat mencerminkan keperibadian perwatakan personaliti kita juga melalui setiap rekaan yang ada pulak tu. Dari beg galas sehingga beg tangan, jom tengok jenis beg dan apa ia dapat cerita pasal diri korang dengan mudah!

Kita selalu terlepas pandang sebenarnya beg memainkan peranan cukup penting dalam hidup kita. Bukan sahaja ia adalah sebuah aksesori malah turut mempunyai fungsi bagi memenui keperluan praktikal baik lelaki dan perempuan.

Ia menyediakan kita cara mudah untuk membawa setiap barang penting seperti dompet, telefon, buku nota, komputer riba dan alat solek untuk wanita. Ia menawarkan ruang yang ditetapkan untuk membantu kita menyusun dan membawa setiap keperluan ke mana-mana sahaja.

Selain itu, nak bawa ke mana-mana pula sangat mudah. Tak kisah sekali apa gaya sama ada tote, sling atau crossbody, semuanya mempunyai memiliki ciri serta gaya memudahkan kita untuk membawanya. Tak lupa juga salah satu elemen penting.

Iaitu ia dapat tingkatkan gaya fesyen harian peribadi kita dengan mudah. Tidak dinafikan wanita lebih banyak membeli beg berbanding lelaki kerana dapat menambah sentuhan personaliti serta kecanggihan. Berbanding lelaki yang lebih memberi fokus kepada praktikaliti.

Faktor ini sahaja sudah cukup untuk menunjukkan bahawa beg memang penting dalam hidup kita. Sebab itu, kalau nak beli beg kita kena buat perbandingan serta mengambil kira segala aspek. Ini kerana setiap gaya beg pula dapat mencerminkan personaliti kita pulak tu.

Setiap beg dapat mencerminkan personaliti kita tanpa mengeluaran sebarang kata-kataPhoto from FB | MAH

Haa.. mesti korang tak tahu yang setiap beg mampu menceritakan perwatakan peribadi kita tanpa mengeluarkan kata-kata sekalipun. Jom tengok 3 Gaya beg popular serta apa ia melambangkan personaliti korang!

Backpacks, Orangnya Praktikal 

Peminat backpacks ni orangnya praktikal tau!Photo from MAH

Rasanya beg galas adalah pilihan paling popular dalam dunia ini. Daripada budak sekolah, pelajar universiti sehingga orang dewasa sekalipun pasti menggunakan beg galas dalam kehidupan seharian untuk mengharungi hari mereka.

Selalunya personaliti individu yang suka gaya ini adalah seorang yang praktikal. Mementingkan keselesaan dan fungsi praktikal berbanding aspek lain. Orang yang memiliki gaya ini ialah seorang yang suka pengembaraan, mudah bergaul dan bersedia untuk menempuh pengalaman baru.

Kemudian, mereka juga seorang yang menghargai kecekapan efisen dalam kehidupan seharian. Tambahan pula, kebanyakkan beg galas mempunyai gaya yang sama dibezakan dengan kepelbagaian ruang untuk menyimpan barang.

Mereka lebih pentingkan keselesaan dan praktikal daripada lainPhoto from MAH

Oleh kerana seorang individu itu memilih gaya ini bermaksud dia tidak takut untuk pergi ke mana-mana sahaja. Asalkan dia mempunyai beg galasnya setiap masalah dunia boleh dihadap dengan mudah.

Tote Bag, Flexible dan Teratur

Tote bag menjadi trendy kerana gayanya yang hip dan on trendPhoto from MAH

Kalau gaya sebelum ini menitiberatkan terhadap fungsi dan keselesaan. Gaya ini pula lebih santai dan popular di kalangan generasi muda yang inginkan sebuah gaya hip dan trendy bagi menonjolkan darah muda.

Hanya mempunyai tali pemegang sahaja untuk disangku di bahu atau menyilang. Reka bentuknya yang luas membolehkan pemiliknya membawa segala barang yang diperlukan tanpa bersusah payah.

Ia mempunyai gaya tersendiri serta sifatnya semua dalam satu menunjukkan kenapa ia juga salah satu gaya yang popular. Selalunya individu yang memiliki gaya ini mempunyai personaliti ringkas, teratur serta tangkas.

Nak bawa barang pun mudah sahaja, sumbat dalam satu ruang luasPhoto from MAH

Sebabnya tote beg amat mudah untuk digayakkan. Boleh menjadi sebuah aksesori kita mahupun tidak membawa banyak barang! Dengan ruang yang luas nak sumbat apa sahaja barang membuatkannya lebih popular.

Untuk generasi muda yang tengah in-trend mereka memang suka gaya ini. Boleh sumbat pelbagai barang keperluan untuk pergi dating, melepak dan sebagainya dalam satu ruang yang mudah.

Koleksi Yang Cantik dan MenarikPhoto from MAH

MAHOh, gaya casual atau formal pun ada pulak tu!

Crossbody Beg, Mementingkan Kebebasan & Kemudahan

Crossbody beg menjadi trendy kerana rekaan menarik serta mempunyai sentuhan hip urbanPhoto from MAH

Gaya beg sentiasa menjadi pilihan utama baik lelaki dan wanita. Sesuai untuk dipakai ke mana-mana sahaja dengan pelbagai rekaan yang menarik membuatkannya salah satu elemen penting untuk melengkap gaya harian korang.

Individu yang memiliki gaya beg ini selalunya menghargai kebebasan dan kemudahan. Biasanya, individu ini memetingkan mobiliti dan tidak mahu menampung beban daripada beg yang besar.

Dahla berat, bentuk pun kurang menarik pulak tu. Haa.. sebab itu mereka yang suka crossbody beg ini boleh dikatakan mudah untuk menyesuaikan diri, bijak dan pentingkan kebebasan! Perasan tak sesiapa yang memilikinya selalunya mempunyai gaya menonjol tau.

Bukan itu sahaja, ia menjadi kegemaran orang muda masa kini dan perlahan-lahan menjadi kegemaran setiap generasi kerana fungsinya. Walaupun saiznya kecil dan ringkas sahaja, ia sudah cukup untuk mencerminkan perwatakan korang.

Lelaki dan wanita pun menyukai gaya beg iniPhoto from MAH

Tak lupa juga, individu tersebut juga seorang yang moden, ubran dan hip! Memang sesuai kalau korang ingin mencuba sebuah gaya unik dan menyuntik sedikit personaliti seperti ini untuk mengubah gaya hidup.

Pilih Beg Bergaya Daripada Jenama MAH Yang Tengah On Trend Sekarang Tau!

Kalau nak beg yang cantik, bergaya korang kena pilih MAH!Photo from MAH

Eh, korang perasan tak untuk semua gambar yang min sertakan kat dalam article mempunyai gaya rekaan yang menarik? Bukan main payah kita nak cari beg yang mempunyai gaya yang menarik.

Bukan itu sahaja, mempunyai ruang yang cukup untuk membawa setiap barang keperluan pun penting juga! Tak sangka betul MAH mempunyai koleksi yang dapat memenuhi citarasa dan kehendak semua orang tau.

Setiap gaya rekaan yang dikeluarkan memastikan korang kekal bergaya mengikut trend tanpa mengorbankan praktikaliti fungsi sebuah beg. Tambahan pula, setiap bahan yang digunakan adalah berkualiti tinggi dan mesra alam!

Sambil bergaya pun boleh selamatkan bumi kita pulak tu. Haa.. nak beli mudah sahaja, korang https://shopee.com.my/mah_malaysia untuk melihat setiap koleksi yang mereka ada.

Anda mungkin suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok