download Jom Explore app
Pasport: Sejarah Bagaimana Terhasilnya Sistem Travel Ini

Pasport: Sejarah Bagaimana Terhasilnya Sistem Travel Ini

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 01 Dec 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Pernah tak korang terfikir bagaimana terciptanya sistem pasport yang digunakan oleh satu dunia sekarang? Bayangkan kalau tiada kewujudannya mungkin susah untuk kita keluar masuk ke negara lain dan tak dapat nak pergi bercuti menerokai tempat menarik. Haa.. ni cerita bagaimana boleh tercipta sistem yang digunakan sampai sekarang.

Sebelum kita nak masuki sebuah negara, perkara pertama yang wajib ada dengan kita adalah pasport. Sama seperti kad pengenalan yang kita pegang, ia mempunyai maklumat penting tentang seorang individu dan kewarnegaraan beliau.

Ia juga umpama nyawa kita kerana jika berlakunya kehilangan pasport memang susah hidup kita berada di negara orang. Menariknya tentang cerita ini adalah menurut Global Passport Index 2023.

Malaysia menduduki tempat ke-9 dalam dunia kedudukan kuasa pasport. Sebanyak 122 buah negara tidak memerlukan VISA manakala 46 buah negara memerlukan VISA waktu tiba di negaranya. Akhir sekali, 30 negara yang memerlukan VISA sebelum kita menjejak ke tanah mereka.

Statistik ini menceritakan betapa kuatnya sebenar pasport kita berbanding negara lain tau. Tak semua negara bertuah memiliki kedudukan yang kuat menyebabkan rakyatnya susah untuk keluar masuk.

Pasport memudahkan kita untuk keluar masuk ke dalam negara luarPhoto from Foundation for Economic Education

Disebabkan itu, jom tengok bagaimana boleh tercipta sistem yang diterima satu dunia.

Sebelum Kewujudan Sistem Universal

Contoh dokumen digunakan untuk orang pas keluar masukPhoto from Investment Migration Insider

Tak ramai orang tahu asalnya walaupun tiada sistem yang diterima satu dunia. Hampir semua kerajaan maju mempunyai sistem pas keluar masuk mereka tersendiri yang membenarkan rakyatnya untuk keluar masuk.

Semasa Zaman Dinasti Han, Cina seawal tahun 206BC mula mengawal laluan keluar masuk beberapa wilayah dinasti ini. Mereka menggunakan sebuah dokumen untuk mencatatkan segala aktiviti laluan.

Ini akan menceritakan karakteristik individu tersebut seperti umur, ketinggian dan bahagian tubuh badan untuk mencari sebarang tanda. Kalau kita nak bergerak merentasi sempadan dokumen ini perlu ditunjukkan.

Pada Zaman Khalifah Islam pula, penduduk perlu dibayar cukai untuk memiliki bara'a sebagai resit pembayaran dilakukan. Jika korang tiada resit ini korang tidak dibenarkan untuk berjalan merentasi wilayah lain.

Konsep ini juga seakan sama dengan apa yang kita guna sekarang.

Ia Telah Diciptakan Oleh Orang Inggeris?

Rupa safe conduct documents yang seakan sama macam pasport kitaPhoto from Ancient Origins

Dalam benua Eropah, raja Inggeris ketika itu iaitu Raja Henry V mengeluarkan sistem dokumen sama seperti pas keluar masuk wilayahnya dengan selamat dan tidak mendatangkan sebarang masalah.

Diberi gelaran 'safe-conduct documents' dikeluarkan untuk pelawat luar yang datang dengan tujuan berdagang. Untuk rakyat pula perlu membayar sedikit cukai.

Cuma, ia hanyalah perjanjian untuk membenarkan pedagang asing masuk dan keluar wilayah dengan mudah.

Pada tahun 1414, Akta British Parliment telah merekodkan perkataan 'passport' namun didebatkan oleh pakar sejarah masa kini. Ramai percaya pada tahun 1420, Raja Louis XI di Perancis yang menciptanya.

Beliau telah mengeluarkan sijil untuk membenarkan pedangang masuk dengan tujuan berdagang secara mudah. Tetapi, ramai sejarahwan percaya dua dokumen ini adalah sistem passport pertama yang sama macam kita guna sekarang.

Cuma ia seakan sama seperti visa. Dokumen ini diberi kepada pedagang luar selalunya dan tidak pada rakyat tempatan. Perubahan kepada sistem ni akan berlaku semasa kemuncak Revolusi Perindustrian.

Setelah wujudnya fotografi. Pasport mula keluar dengan gambarPhoto from Keesin Platform

Kerajaan ketika itu mula melihat pasport sebagai satu kaedah untuk menjaga keselamatan rakyat serta mengenali rakyatnya. Ini kerana telah berlakunya penghijrahan ramai orang daripada beberapa buah negara untuk mencari peluang lebih baik.

Selain itu, ini dapat memudahkan pihak berkuasa untuk menjaga keselamatan rakyatnya jauh lebih mudah.

Berlakunya Evolusi Menjadi Sistem Kini Digunakan

Pasport yang digunakan sewaktu Perang Dunia PertamaPhoto from Our Passports

Apabila berlakunya sesuatu peraturan baru. Peredaran masa akan menyebabkan berlakunya evolusi terhadapa apa sahaja. Awalnya sistem dokumen ini memudahkan kerajaan waktu itu untuk mengawal dan menjaga keselamtan rakyat.

Isunya mula timbul apabila semakin ramai orang asing mula berhijrah lewat tahun 1800-an. Ini menyebabkan dokumen tersebut dimansuhkan buat sementara kerana kerajaan tak dapat menambung jumlah nombor dokumen.

Perancis pula adalah negara pertama yang memudahkan peraturan ini pada tahun 1861. Kemudian, diiukuti oleh beberapa negarah Eropah yang lain. Setelah wujudnya sistem fotograpi sekitar awal 1900 an.

Gambar mula menggantikan dokumen bertulis dan rakyat boleh menggunakan gambar tersebut untuk diletakkan pada pasport mereka.  Manakala, semasa Perang Dunia Pertama, kebanyakkan negara setuju untuk kembalikan sistem bertulis kerana takut terdapat spy dalam kawasan mereka.

Kemudian, pada tahun 1920 melalui League of Nations mengeluarkan peraturan pasport diperlukan untuk memasuki negara luar selepas tamatnya era peperangan. Pada tahun 1947 pula, International Civil Aviation Organization (ICAO) merupakan badan untuk menjaga standard pada hari ini.

Malaysia Modenkan Sistem Diguna Pada Hari Ini

Malaysia memperkenalkan teknologi biometrik pertama dalam pasport tauPhoto from Malay Mail

Pada tahun 1998, negara kita telah perkenalkan teknologi biometrik ke dalam pasport untuk menguaatkannya bagi mengelakkan daripada di ciplak. Selain itu, ini membuatkan sebarang informasi tentang individu tersebut lebih senang untuk disimpan dan dilihat.

Sejak tahun 2019, hampir 150 buah negara menggunakan sistem yang diperkenalkan oleh negara kita tau! Daripada menggunakan tulisan dokumen, sistem perjanjian baru muncul sebuah sistem yang diterima oleh satu dunia.

Nescaya kalau tiada sistem ini akan menyusahkan kita untuk pergi bercuti betul tak?

Sekarang Ni Kan Musim Bercuti!

Musim bercuti ni takkan nak biarkan pergi. Jom naik Malaysia Airlines!Photo from Malaysia Airlines

Haa.. takkan hujung tahun ni taknak pergi bercuti ke luar negara? Korang tahu tak bercuti dengan Malaysia Airlines sangat berbaloi tau dengan tawaran penerbangan serta kualiti servis memastikan korang sentiasa selesa dalam penerbangan.

Takkan nak habiskan masa di sini sahaja. Apa kata kita pergi je bercuti ke luar negara!

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok