Bagaimana Daging Wagyu Dapat Capai Keistimewaanya?
Sejak tular di platform media sosial, daging lembu wagyu menjadi kegilaan ramai kerana mempunyai rasa yang sungguh menakjubkan. Walaupun mempunyai harga yang tinggi tidak mengagalkan orang mencari peluang mencubanya untuk mendapat pengalaman baru.
Daging wagyu mendapat populariti apabila hampir semua pengguna media sosial menceritakan pengalaman menikmatinya. Kadang kala ada pengguna akan menunjukkan cara memasak untuk mengeluarkan rasanya.
Ini mendapat perhatian ramai oleh kerana tekstur serta rupa daging ini membuat kita terliur melihatnya. Untuk memberi gambaran, daging ini mudah dilentur, kenyal dan sangat lembut sebaik masuk ke dalam mulut.
Oleh itu, ramai orang ingin mencubanya untuk menikmati perasaan mewah ini. Sebaliknya, ada juga orang mengambil peluang untuk menjual "wagyu" dengan harga sangat murah dan berpatutan untuk memenuhi permintaan tinggi ini.
Photo from Pinterest
Disebabkan terlampau ramai orang nak mencuba sanggup makan potongan daging apa sahaja asalkan dilabel "wagyu" tanpa melakukan kajian. Haa.. sebenarnya korang kena tipu kerana ada sebab mengapa daging ini dapat mencapai harga dengan status mewahnya.
Baca sampai habis untuk ketahui bagaimana daging wagyu boleh jadi istimewa!
Sebenarnya Kenapa Namanya Daging Wagyu?
Photo from Pinterest
Secara definasi, Wagyu (和牛) bermaksud "lembu Jepun" adalah baka daging lembu sinonim dengan rasa kuat mendalam, kelembutan dan tekstur marbling. Untuk menghasilkan daging ini perlu datang daripada 4 baka lembu Jepun.
Baka tersebut adalah Japanese Black, Japanese Brown, Japanese Polled dan Japanese Shorthorn. Kemudian untuk menghasilkan potongan daging mewah memerlukan usaha penjagaan cukup ketat dan teratur.
Photo from Elevate
Setiap lembu istimewa ini diternak dengan cara khusus. Lembu ini akan diberi nama dan sijil lahir bagi membukitkan keaslian baka mereka sebelum dijual kepada penternak di Jepun.
Cara orang Jepun menjaga lembu ini dengan memberikan ruang supaya mereka dapat makan berkeliaran dalam suasana bebas stress. Ruang tidur disediakan sangat luas supaya tidak rasa terkongkong.
Kandang mereka juga selalunya dikongsi 4 atau 5 ekor sahaja supaya penternak dapat memberi perhatian sepenuhnya untuk setiap satu. Berat lembu yang dijaga dengan baik akan naik 1.2 kg sebulan dan ditimbang sekali setiap bulan.
Photo from JAPAN INSIDER
Proses untuk mencapai kematangan mengambil masa selama 2 atau 3 tahun sehingga berat mencecah sekitar 680 kg. Kalau tak capai berat, penternak akan menyasarkan lemak lembu meningkat sebanyak 50%.
Untuk mencapai proses ini, lembu ini perlu diberi makan dan dijaga dengan cara yang betul. Kalau tersilap satu langkah takkan terhasil daging premium yang digilai ramai orang.
Keistimewaan Daging Wagyu Yang Digilai Ramai
Photo from Pinterest
Min dah ceritakan dekat korang process penjagaan lembu ini sangat ketat serta terkawal. Pemakanan mereka perlu menggunakan bahan semula jadi sahaja dan diberi makan sebanyak tiga kali sehari.
Pemakanan mereka terdiri daripada jermai, jagung dan gandum. Tiada penambahan perisa dalam pemakanan mereka dapat menghasilkan potongan daging lembut dengan rasa mendalam yang memuaskan.
Menurut CEO Crowd Cow, Joe Heitzeberg "daging wagyu mempunyai kecenderungan genetik untuk mencipta kuantiti lemak dengan banyak dalam tisu otot. Tiada ternakan baka lembu lain dapat berbuat demikian,
Cuba lihat sekeping stik yang biasa kita makan. Kemungkinan besar ia akan ditutup dengan lemak di bahagian luar. Untuk wagyu pula lembu dapat pecahkan lemak di bahagian dalam jadi ia dapat disatukan bersama otot mereka," tambah beliau.
Photo from Pinterest
Dari situ keistimewaan daging ini dapat terhasil rasa kaya, lazat yang boleh cair sebaik masuk ke dalam mulut korang. "Apabila korang dapat potongan wagyu yang mewah. Walaupun ia dimasak sederhana atau sederhana-baik ia akan tetap cair," kata Giuseppe Tentori, Cef Eksekutif di GT Prime, Chicago.
Itu belum kita cerita tentang tekstur potongan daging ini yang sangat lembut dan kenyal. Tekstur ini dapat terhasil kerana setiap lembu akan diurut oleh penternak untuk membantu pengaliran darah serta hilangkan stress mereka. Hasilnya adalah isi lembut dan rasa mendalam!
Berbaloi Ke Dengan Harga Yang Mewah?
Photo from Pinterest
Akhir sekali, persoalan utama adalah dengan nilai harga mewah berbaloi tak untuk kita menikmatinya? Kadang kala pembekal menjual dengan harga Rm250 per kg dapat membuatkan kita berfikir dahulu sebelum melakukan keputusan.
Perbezaan utama kita dapat lihat pada daging wagyu adalah betapa ketatnya cara penjagaanya berbanding baka lembu lain. Kemudian, kalau di Jepun setiap daging ini akan dinilai sangat teliti dan ketat.
Nilai dilakukan mengikut marbling, warna dan hasil daging mengikut skala dari A1 sehingga A5. Paling mewah adalah daging mendapat skala A5 yang dijamin akan memberikan rasa umami sungguh mendalam berbanding nilai dibawahnya.
Photo from Pinterest
Kemudian, proses untuk mencapai kematangan pula mengambil masa lama berbanding baka lain juga menambah kepada faktor kenapa harganya mahal. Kalau kita tambah setiap kos dan faktor baru kita mula faham kenapa harganya dapat cecah macam tu.
Namun, sukar untuk dinafikan usaha yang dilakukan oleh penternak membuahkan hasil kita dapat lihat sendiri. Potongan daging daripada lembu wagyu jauh lebih lembut berbanding baka lembu yang lain.
Oleh itu, korang pernah rasa tak rasa wagyu dan bagaimana rasanya di lidah? Adakah ia pengalaman yang menakjubkan ataupun hanya biasa sahaja.
Mungkin korang suka: