Chicken Chop Station: Makanan Western Dengan Konsep Baru!
Jarang sekali kita dengar makanan western ambil lauk sendiri macam makan nasi campur kat warung! Selalunya ada orang akan hidangkan ke meja kita kan tetapi dekat Wisma Central, Chicken Chop Station menyediakan konsep makanan yang berbeza tetapi masih dekat di hati orang kita.
Makanan western ni sentiasa menjadi pilihan utama ramai orang kalau ingin menikmati makanan sedikit mewah. Lihat sahaja menu dia kafe dan restoran mewah sekitar bandar KL, hampir semua makanan adalah pengaruh barat.
Rasa dan cara masakan pun sangat berbeza daripada makanan melayu yang kita selalu makan setiap hari. Makanan western pula selalunya mesti ada pilihan macam spaghetti, lasagnia, mac & cheese, grill chicken dan steak.
Disebabkan itu kita selalu lihat makanan western sebagai makanan istimewa. Khas untuk sekali sekala belanja diri atau untuk hari istimewa. Jarang sekali kita jadikan makanan gaya ini sebagai makanan ruji.
Apa yang dilakukan oleh Chicken Chop Station pula sangat menarik dengan konsepnya! Menjadikan beberapa makanan western sebagai makanan ruji dengan mengubahnya kepada konsep makan nasi campur.
Photo from Man In The Know
Dekat kedai ini, jangan terkejut kalau aneka nasi, ayam masak merah itu semua takda. Hanya ada spaghetti, mashed potato, grill chicken dan sebagainya.
Menggabungkan Dua Dunia Berbeza
Photo from Shazmin Ghazali
Kalau sebut tentang nasi campur memang tak asing pun. Setiap bangsa mempunyai variasi sendiri dalam negara kita iaitu nasi campur untuk melayu, mixed economy rice untuk cina dan indian mixed rice untuk india.
Hampir setiap orang menikmatinya setiap hari kerana mempunyai bannyak pilihan lauk dengan harga berpatutan. Pergi sahaja ke mana-mana mesti wajib kita jumpa kedai nasi campur betul tak?
Beza antara kedai pula kadang kala ada yang jual lauk kampung, lauk tradisional dan sebagainya. Tetapi, Chicken Chop Station pula menggabungkan dua dunia berbeza supaya kita dapat menikmatinya.
Mengambil konsep nasi campur dan gabungkan dengan makanan western membuatkan kedai ini dapat menarik perhatian ramai. Selain itu, mereka juga bijak dalam memilih makanan apa yang digemari ramai pulak tu.
Photo from FB | Chicken Chop Station
Ada pelbagai aneka lauk yang mudah untuk makan dan kena dengan tekak selera ramai orang.
Harga Serendah RM6 Untuk Makanan Western Di Chicken Chop Station
Photo from Afiq Wahab
Zaman sekarang nak cari makanan murah di kawasan tengah bandar bukan main susah. Oleh itu, dengar sahaja harga serendah ni memang seronok lah kan dapat makan setiap hari tanpa memikir duit terbang.
Haa.. macam min kata sebelum ni, aneka pilihan makanan pula ada banyak. Makanan utama yang korang boleh pilih adalah spaghetti yang mempunyai dua kuah pilihan iaitu bolognese dan carbonara. Portion spaghetti pula boleh minta lebih atau separuh.
Kalau tak suka spaghetti, korang boleh pilih mac & cheese atau mac goreng! Kalau nak campurkan semua pun dibenarkan jangan lupa bayar sahaja. Kemudian, pilihan protein adalah tuscan grilled chicken, chicken chop dan jumbo sausage!
Mereka memastikan ayam dibakar sempurna supaya tidak terasa kering! Manakala chicken chop pula digoreng sehingga ranggup baru lah puas kan? Kalau rasa tak cukup puas lagi kan, boleh tambah meatball, mixed vegetables, mashed potato, fillet fish, fries dan chicken wrap.
Photo from Aliff Haiqal
Seronok betul nak pilih lauk dekat sini. Tambahkan sos cendawan, lada hitam atau keju untuk memberi tambahan rasa sebagai pelengkap hidangan tengah hari korang. Tak lupa juga, air di kedai hanya RM1 sahaja dan boleh isi semula dengan percuma.
Menjadi Pilihan Ramai Waktu Tengah Hari
Photo from Mohamad Haizam
Kerana harga yang ditawarkan amat berpatutan tak terkejut ramai orang akan singgah ke kedai ini ketika waktu makan tenga hari. Lokasinya pula sangat strategik kerana berdekatan dengan beberapa ofis terkenal.
Untuk elakkan korang daripda menghadap waktu puncak. Min sarankan pergi waktu bukan puncak supaya dapat makan dengan tenang tanpa membuang banyak masa dengan menunggu giliran.
Menurut beberapa pelanggan yang pernah cuba kedai ini. Ramai mengatakan konsep kedai merupakan faktor utama menarik perhatian mereka untuk pergi mencuba. Kemudian, harganya yang berpatutan adalah sesuatu yang menarik.
Rasanya pula berbaloi dengan harga ditawarkan. Walaupun murah, mereka memastikan kebersihan dan kualiti makanan dijaga dengan baik supaya pelanggan sentiasa rasa berpuas hati menikmati makanan yang dihidangkan.
Kalau korang kerja berdekatan dengan lokasinya, pergi cuba untuk menikmati makanan yang lain. Maklumlah, bila dah kerja ni dah puas fikir nak makan apa waktu tengah hari nanti kan?
📍 Wisma Central, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
⏰ Setiap Hari (12 pm - 5 pm)
Mungkin korang suka: