Ikan Celup Tepung Keunikkan Makanan Dari Kuala Terengganu
Pengalaman menerokai Kuala Terengganu (KT) takkan lengkap kalau tak pekena ikan celup tepung yang amat popular dalam kalangan pelancong. Keunikkan makanan laut ranggup kekal menjadi tarikan utama apabila menyinggah ke pantai timur.
Semuanya bermula dengan hasil laut seperti ikan, sotong, udang, ketam yang segar akan dicampurkan dalam adunan tepung. Kemudian, digoreng sehingga ranggup dan berwarna emas baru dihidangkan kepada pelanggan.
Jangan lupa untuk minta sos cicah lebih yang mempunyai rasa lebih manis berbanding sos cili biasa korang makan tu. Mungkin kerana rasa ranggup bercampur dengan isi manis itu yang membuatkan ramai jatuh cinta.
Bagi mereka yang tidak berpeluang lagi untuk mencubanya, mungkin sedang kecur air liur melihatnya kan? ICT ni teksturnya lebih kurang sama macam makanan tradisional Jepun iaitu Tempura.
Adunan tepung tu pula selalunya diperbuat daripada campuran tepung beras. Sesetengah kedai akan ada variasi adunan sendiri yang akan membezakan adunan mereka daripada persaingan.
Photo from Muhammad Amir
Mungkin sebab itu dari mata kasar semuanya nampak sama. Tetapi rasanya sangat berbeza dan istimewa mengikut setiap kedai. Korang boleh menyinggah ke beberapa lokasi yang popular untuk menikmati pengalaman ICT paling sedap di bawah ini!
1. Warung Pok Nong
Photo from FB | Mei Gui Rose
Terletak menghadap permandangan yang sungguh menenangkan. Laut dan awan biru pasti akan memukau korang sambil tengah menikmati ikan celup tepung di warung popular yang bukan nama asing lagi dalam kalangan peminat ICT.
Warung Pok Nong menyediakan pelbagai pilihan makanan laut dan makanan ringan yang menjadi kegemaran ramai. Cuma, kalau boleh elakkan datang waktu cuti sekolah kerana korang perlu menghadap beratur yang panjang.
Ada sebab mengapa warung ini amat popular tau. Menurut pelanggan, ramai kata makanan laut yang digunakan sangat segar kerana boleh lihat sendiri nelayan akan letakkan hasil tangkapan apabila mendarat di pantai menghadap kedai.
Photo from Ar Nur Zahidah
Selain itu Youtuber terkenal, Mark Wiens pernah cuba makan dekat sini tau! Jangan lupa untuk cuba sotong goreng celup tepung tau kerana saiznya yang besar dan rasa lemak manis semula jadi.
📍 Jalan Pantai, A1693, T145, Kampung Teliput, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu
⏰ Setiap hari kecuali Selasa (3 pm - 7:30 pm)
2. Firdausy Seafood Corner - Celup Tepung
Photo from Amir Muhammad
Terletak berdekatan dengan lapangan terbang Sultan Mahmud. Kedai ini juga mempunyai peminat dan pelanggan tetap yang percaya menghidangkan ikan celup tepung paling sedap dengan harga yang cukup berbaloi.
Selain itu kerana lokasinya pula membuatkan popular di kalangan pelancong luar. Pilihan ikan juga dipastikan segar supaya rasa isi yang manis dapat dinikmati dengan setiap suapan ke dalam mulut.
Jangan lupa, pilihan makanan laut yang lain turut mendapat sambutan baik juga tau. Pilihan seperti udang, ketam dan sotong turut digemari ramai kerana digoreng sangat ranggup untuk memberi kepuasan sepenuhnya.
Photo from Azri Hoho
Sos cicahnya pula sedikit berbeza berbanding kedai lain. Ini kerana teksturnya lebih pekat berbanding yang selalu korang akan dapat adalah sedikit cair. Kalau dah puas menikmati makanan bergoreng, hilangkan rasa dahaga dengan Ais Jagung untuk melengkapkan pengalaman korang.
📍 11843, Jln Pantai Puteri, Kampung Tok Jembal, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
⏰ Setiap Hari Kecuali Isnin (11 am - 8 pm)
3. Haji Pok Long ICT
Photo from ICT Haji Pok Long
Kedai ini juga menjadi pilihan ramai kerana lokasinya juga berdekatan dengan lapangan terbang. Tetapi, yang lebih menariknya adalah sambil tengah sedap menikmati makanan laut bergoreng tu dapat juga rasa angin sempoi pantai.
Berdekatan dengan Pantai Teluk Ketapang, kedai ini mempunyai banyak pilihan untuk lengkapkan pengalaman dengan harga yang sangat berpatutan. Pilihan ikan seperti ikan kembung, pari, selayang pasti membuatkan korang terliur melihatnya.
Kalau untuk kanak-kanak pula, ada aneka seperti bebola ikan, jejari ketam yang digoreng menggunakan adunan tepung yang sama. Selain itu, pilihan seperti sotong, udang dan ketam pun tak kurang jugak boleh terasa segarnya tau.
Photo from ICT Haji Pok Long
Sos cicahnya juga mendapat reaksi yang baik daripada pelanggan. Boleh datang ke lokasi ini kalau taknak hadap kesesakan ramai pelanggan!
📍 Lapangan terbang, Lot 21069, Jln Pantai, Kampung Telaga Batin, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
⏰ Setiap Hari Kecuali Rabu (2:30 pm - 7:30 pm)
Mungkin korang suka: