Panduan Cari Kedai Makan Sedap Di Kuala Terengganu!
Kuala Terengganu merupakan antara desitnasi utama bagi orang kita untuk pergi bercuti kan? Ada pantai cantik, suasana tenang dan makanan sedap sesuai untuk menghilangkan diri buat sementara setelah menghabiskan masa berkerja.
Walaupun ramai yang suka bercuti di negeri ini, masih ramai orang selalu memikirkan kedai mana patut mereka singgah untuk mencari makanan terbaik di bandar ini. Kadang kala sampai habis pusing satu bandar tak tahu nak makan apa.
Haa.. sama seperti artikel sebelum ini Min pernah tulis mencari kedai makan sedap di Johor Bahru. Kali ini, Min akan kongsikan dekat korang kedai makan mana wajib korang singgah untuk mencari makanan sedap melambangkan negeri ini.
Jangan risau, Min akan rekomen dari sarapan pagi sehinggalah makan malam untuk memastikan korang mudah untuk ciptakan jadual perjalanan setelah korang bersiar-siar di bandar Kuala Terengganu (KT)
Takkan lah korang nak makan segera kan dekat negeri ini? Mestilah nak ketahui apa istimewanya rasa nasi dagang, ikan celup tepung (ICT), makanan laut segar dan kepok lekor yang sangat berbeza daripada negeri lain.
Photo from Pinterest
Oleh itu, jom tengok kedai makanan apa yang wajib korang singgah dekat negeri ini!
Sarapan Pagi
Photo from Nasi Dagang Atas Tol
Terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia, Kuala Terengganu mempunyai keistimewaan tersendiri selain daripada pantai bersih cantik dan sejarah sahaja. Malah, makanan dekat sini pun sangat berbeza daripada apa yang kita selalu makan.
Ada sebab kenapa ramai orang KT akan cerewet bab makanan mereka kalau tak dibuat dengan betul. Disebabkan itu, kalau nak mulakan hari korang di bandar ini memang wajib pekena Nasi dagang tau.
Nasi dagang mana yang paling sedap? Sudah semestinya adalah Nasi Dagang Atas Tol. Untuk yang tidak pernah mencuba nasi dagang, ia adalah salah satu makanan tradisional di negeri pantai timur.
Kedai ini pula antara port wajib untuk pelancong dan penduduk untuk menikmati rasa sebenar nasi dagang KT. Nasi yang dimasak dengan santan kelapa dihidangkan dengan kuahnya yang menggunakan beberapa rempah khas.
Kuahnya sedikit berbeza daripada kuah kari dan ikan yang biasanya digunakan adalah Ikan Aya Hitam yang memberi rasa lemak yang tak memualkan. Kemudian, sedikit sayur acar timun sebagai pelengkap hidangan.
Nasi dagang merupakan hidangan sarapan pagi untuk orang KT kerana sedap dan mengenyangkan sesuai untuk korang yang ingin memerlukan tenaga supaya dapat bersiar-siar di bandar ini.
Tetapi, kalau korang tak gemar makan ikan jangan risau. Boleh singgah ke Fauzi Nasi Kerabu atau Suerasa Nasi Kerabu! Haa.. hidangan utama di sini adalah Nasi Kerabu dengan ayam atau daging bakar.
Photo from Tan Kok Chong
Ayam, daging bakar disni semuanya diperap sempurna dan lembut menjadikan pilihan popular untuk dinikmati dengan nasi kerabu yang memang sukar dinafikan memang sedap sehingga menjilat jari dibuatnya!
Nasi Dagang Atas Tol - Kg Atas Tol
📍 Hadapan Surau Tanah Lot, Kg, 21070 Kuala Terengganu, Terengganu
⏰ Setiap Hari (6:30 am - 11:30 am)
Fauzi Nasi Kerabu
📍 Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Ladang Padang Cicar, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu
⏰ Setiap Hari (6:30 - 1:00 pm)
Makanan Tengahari
Photo from Syahirah Omar
Waktu tengahari dah sampai, korang pun dah mula penat setelah bersiar-siar di kawasan pelancong. Hari pun dah makin panas, nampak gayanya perut pun sudah berbunyi menandakan waktu makan sudah tiba.
Untuk tengahari tak sah kita tak cari lauk kampung tradisional untuk puaskan kelaparan kita. Kalau camtu, apa kata singgah ke Restoran Mat Binjai untuk menikmati aneka lauk kampung untuk korang pilih.
Haa.. bezanya di restoran ini adalah ia menyediakan lauk ala makanan minang sama seperti nasi padang. Ada ayam goreng, gulai daging, gulai ikan lemak, ikan keli sambal dan macam-macam lagi.
Bukan itu je, kalau nak dapatkan lauk seperti sotong dan udang pun ada dan jangan risau semuanya segar-segar! Maklumlah, bandar KT memang mudah nak dapatkan makanan laut segar dengan harga berpatutan.
Selain itu, kalau korang terasa nak menikmati lauk ikan singgang dengan budu. Singgah lah ke Restoran Singgang Budu yang terkenal dengan lauk singgang dan budu boleh terliur dibuatnya.
Ikan segar dimasak dengan beberapa rempah khas disajikan dengan nasi putih dan pilihan sayur ulam. Tambah pula ikan bakar, sotong bakar yang korang boleh pilih adalah kombinasi untuk makan tengahari.
Selain itu, ada 38 jenis lauk kampur yang dihidang untuk korang pilih untuk memuaskan selera nafsu makan. Kemudian, harganya pula tidaklah terlalu mahal dan berada pada skala berpatutan tau.
Photo from Kim
Jangan segan-silu, memang kalau makan dekat sini bukan hanya untuk kenyang malah untuk menikmati rasa-rasa selera timur.
Restoran Mat Binjai
📍 20000, 71, Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
⏰ 9:00 am - 4:00 pm
Restoran Singgang Budu
📍 Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Tanjung Kapur, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
⏰ Setiap hari (10:00 am - 5:00 pm)
Makanan Petang
Photo from Akmal Azrul
Sebelum makan malam kita mestilah kena minum petang terlebih dahulu kan? Kalau kat bandar KT menu kegemaran mereka adalah ikan celup tepung (ICT). Selalunya orang makan ICT sambil melihat permandangan pantai tau.
Tak susah pun nak cari kedai ICT ni kerana memang banyak sangat kedai menjual hidangan ini tau. Perbezaan setiap satu terletak pada resipi tepung yang mereka gunakan dan sambalnya juga.
Antara paling sedap adalah Warung Pok Nong! Sebab mengapa korang kena singgah disini adalah sambil korang menikmati aneka goreng tepung itu, korang dapat menikmati permandagan langit dan laut biru menyegarkan.
Haa.. memang memuaskan sungguh! Selain itu, ICT ini adalah makanan laut yang disalut dengan tepung. Makanan laut pula terdiri dari ikan, sotong dan udang. Isi ikan segar akan memberikan rasa manis berlemak.
Seterusnya, jangan lupa sos sambal yang disediakan tau. Sos ini tidak pedas kerana iannya manis untuk memberi rasa yang seimbang. Haa.. kalau nak sejukkan badan pula mereka menyediakan pelbagai jenis minuman!
Antaranya adalah ais jagung, ais batu campur (abc), ais kacang dan air kelapa dapat menghilangkan segala rasa penat pada badan dan menyejukkkan korang di bawah cuaca panas terik ini.
Photo from Ar Nur
Lagi-lagi dapat permandangan pantai seperti berada di dalam syurga kan.
📍 Jalan Pantai, A1693, T145, Kampung Teliput, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu
⏰ Setiap hari (3:00 pm - 7:30 pm)
Makan Malam
Photo from KBB Burger & Steak Terengganu
Setelah menjamu selera dari pagi sehingga petang, sudah tiba waktu untuk makan malam pula. Mungkin korang sudah kembali ke hotel untuk berehat seketika dan ingin keluar semula mencari makan malam pula.
Antara kedai makan malam yang disyorkan adalah KBB Burger & Steak Terengganu dan kenapa disyorkan adalah bukan senang nak mencari kedai yang pandai masak serta menghidangkan potongan daging dengan sempurna.
Kebanyakkan kedai western hanyalah megah pada nama namun di kedai ini mereka cukup terkenal dengan kualiti makanan yang dihidangkan. Korang takkan langsung kecewa makan dekat sini.
Kedainya pula dihias dengan deko moden memberikan rupa yang eksklusif. Selain itu, ada 14 jenis pilihan burger dan pelbagai jenis daging untuk korang pilih! Antaranya adalah angus, dry-aged, butter-aged dan paling digilakan iaitu wagyu.
Seterusnya, potongan daging dekat sini dijaga dengan penuh teliti daripada proses memotong, memasak sehingga menghidang dijaga dengan sangat baik. Hasilnya adalah daging lembut seperti kain sutera.
Selain itu, kalau mahukan suasana makan malam yang santai bersama keluarga korang boleh singgah ke Restoran Plan A! Menu disini lebih kepada makanan western yang kita biasa makan.
Photo from Azran Syahrizan
Ada beberapa pilihan western seperti spaghetti dan lasagna contohnya. Kalau taknak western ada juga pilihan tomyum, wonton sup pun ada. Pilihan yang banyak seperti ini memastikan setiap sorang dapat memuaskan selera masing-masing.
KBB Burger & Steak Terengganu
📍 LOT 4063, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Tanjung, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu
⏰ Setiap hari (12:30 pm - 11 pm) Jumaat (3:00 pm - 11 pm)
Restaurant Plan A
📍 47, 49 & 51, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
⏰ Setiap hari (9:00 am - 1:00 am)
Seronoknya Bercuti Dan Makan Di Bandar Kuala Terengganu
Dari pagi sehingga ke malam korang tidak perlu pening lagi untuk mencari kedai makan sedap di bandar KT. Selain itu, korang pun boleh fokus kepada bercuti dan berehat sambil menikmati keindahan makanan dekat sini.
Jadi jadual perjalanan korang bagaimana? ada masukkan tak beberapa kedai yang Min dah syorkan dekat korang tu!
Mungkin korang suka baca ini: