Bermula RM10 Sahaja Dah Boleh Makan Banana Leaf Rice Di Puchong!
Min memang suka cari kedai makanan unik untuk korang cuba! Salah satunya terletak di Puchong yang menjual 'Tiruvilla Sappadhu' (banana leaf rice) yang selalunya dihidangkan ketika majlis perayaan. Tetapi jangan risau, setiap bahan yang digunakan adalah halal untuk korang nikmati kesedapanya!
Bandar Puchong memang terkenal dengan kepelbagaian kedai makan sedap yang tersembunyi. Selalu dipenuhi oleh penduduk di kawasan ini, kedai seperti Sai Food Stall menjadi pilihan utama orang ramai untuk cuba merasa makanan autentik India.
Jangan tertukar dengan makanan mamak! Walaupun nampak sama daripada mata kasar kita, nescaya rasanya sangat berbeza. Tiruvilla sappadhu dihidangkan menggunakan daun pisang segar sama seperti banana leaf rice.
Selain itu, aroma rempah retus mengeluarkan bau wangi akan memikat selera makan korang. Sebab itu jangan terkejut kalau nampak ramai orang beratur menunggu giliran untuk menikmati makan malam di gerai ini.
Photo from Nir Nahjira
Baca sampai habis untuk ketahui kenapa gerai ini semakin popular sehingga korang sendiri nak pergi mencuba aroma masakannya.
Harga Berbaloi Dengan Rasa Menakjubkan
Photo from Syafiq Hasnan
Ramai orang yang tak pernah cuba banana leaf akan kata iannya sama macam nasi kandar. Sayang sekali iannya sangat berbeza kerana makanan yang dihidangkan di gerai ini bermula dengan sekeping daun pisang.
Daun pisang adalah simbol kepada makanan ini. Ia dibersihkan dengan teliti sebelum diletakkan pada meja makan korang. Kemudian, nasi putih akan diletakkan bersama pilihan lauk yang ada.
Ada 2 pilihan lauk utama iaitu set ayam dan set kambing. Pilihan protein ini dimasak menggunakan pelbagai rempah ratus untuk menghasilkan kari pekat untuk digaulkan bersama nasi putih korang.
Kemudian, lauk sayur pula yang berubah setiap hari diletakkan di tepi untuk sebagai pelengkap. Sebiji telur rebus juga akan diberi untuk setiap set bagi mewujudkan suasana harmoni pada meja korang.
Ini bukan suka-suka letak kerana setiap satu komponen akan menambah rasa melalui gabungan setiap bahan dalam mulut korang. Ramai pelanggan tetap katakan, rasa kari di gerai ini dipenuhi dengan pelbagai rempah, pekat dan dipenuhi rasa.
Photo from Xinyee Goh
Kompleksiti rasa kari sukar untuk digambarkan kalau tak pernah cuba. Warna oren pekat bakal mewarnai nasi putih korang tersebut. Harganya pula sangat berbaloi pulak tu kerana set ayam bermula RM10 dan set kambing pula hanya RM13 sahaja.
Jangan Lupa Untuk Pesan Lauk Sampingan Juga
Photo from TheSmartLocalMalaysia
Walaupun setiap set banana leaf sudah cukup untuk memberi letupan rasa dalam mulut. Jangan lupa untuk pesan lauk sampingan yang turut digemari oleh ramai orang kerana dihasilkan dengan sangat baik.
Antara yang popular ada ayam goreng 65 dan kambing berlada sesuai untuk makan bersama set nasi. Ayamnya diperap dan goreng menjadi kegilaan ramai untuk memesannya bersama set nasi.
Pada hujung minggu pula, ada lauk udang untuk korang pilih! Kalau tak tahu nak pesan apa jangan risau. Tanya sahaja perkerja beliau untuk ketahui menu apa yang selalu orang pesan atau untuk pelanggan kali pertama.
Selain itu, rasa unik pada gerai ini sahaja yang korang takkan dapat jumpa di mana-mana tempat lain.
Photo from TheSmartLocalMalaysia
Tak kisah ayam, kambing atau udang kesemua pilihan protein dimasak dengan penuh teliti melalui pengalaman pemilik gerai. Hasilnya adalah setiap satu protein tersebut sangat lembut dan lembap
Ada Di Puchong, Kepong & Klang!
Photo from Puchong Viral
Terletak di Jalan Putra Perdana 8 di Puchong. Sai Food Stall akan dibuka pada lewat petang sehingga malam. Bermula dari 7:30 pm sehingga 12 am, korang boleh kunjungi waktu ini untuk menikmati makannya.
Sama juga untuk lokasi di Kepong dan Klang tau. Haa.. kalau datang kat sini pastikan perut korang kosong terlebih dahulu kerana portion yang diberikan memang banyak untuk seorang dewasa.
Cukup memuaskan kalau nak menikmati rasa makanan India yang sebenarnya! Kalau pada hujung minggu pula terutama hari Jumaat dan Sabtu kena bersabar sikit sebab mungkin korang akan berebut meja dengan pelanggan.
Pemilik Sai Food Stall, Sri memastikan semua bahan yang digunakan diambil daripada supplier halal supaya semua orang dapat menikmati masakannya. Beliau turut berkata, "Saya mengambil keputusan untuk buka Sai kerana minat saya terhadap memasak,
Photo from Xinyee Goh
Semuanya saya belajar dari ibu saya," Bukan senang kita nak jumpa masakan banana leaf yang mempunyai harga berpatutan tau. Apa kata kita serbu dan nikmati makanan yang sedap ini!
📍 NO 35, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor
⏰ Setiap hari kecuali Ahad (7:30 pm - 12 am)
Mungkin korang suka: