Kurangkan Pengambilan Garam Dapat Selamatkan Hidup Kita
Kebanyakkan orang dewasa Malaysia tidak mengetahui mereka menghidap penyakit bahaya. Penyakit ini datang daripada amalan makan secara berlebihan yang dapat menyebabkan banyak masalah kesihatan. Ini semua berlaku oleh kerana penggunaan garam tidak terkawal dalam satu hari.
Merendahkan kandungan garam dalam kuantiti yang kecil sahaja sudah cukup untuk mengubah tahap kesihatan. Walaupun sebenarnya garam tidak memberi ancaman besar pada seluruh tubuh badan kita.
Tetapi jika kita mula mengambilnya secara berlebihan dan tidak terkawal. Masalah itu akan mula datang dari segi penyakit seperti darah tinggi, strok, sakit jantung yang menjadi satu kerisauan dalam negara.
Kajian yang dilakukan oleh National Health and Morbidity Survey (NHMS) menunjukkan bahawa 3 daripada 10 orang dewasa di Malaysia menghidap darah tinggi atau hypertension. Yang lebih menakutkan adalah separuh daripada mereka tidak sedar menghidap penyakit.
Perkara seperti dapat berlaku oleh kerana tiada pengawalan yang ketat dalam gaya pemakanan kita. Kadang kala kita sendiri tak sedar kebanyakkan makanan kegemaran mempunyai kandungan garam sangat tinggi.
Photo from Pinterest
Campur pula dengan jadual pemakanan yang tidak teratur. Jawapannya peningkatan risiko darah tinggi walaupun pada usia muda. Menurut World Health Organisation (WHO), seorang dewasa tidak boleh makan garam melebihi 5g sehari atau satu sudu teh.
Oleh itu, jom belajar langkah mudah untuk kurangkan garam dalam diet kita dengan mudah!
1. Belajar Masak Dari Rumah
Photo from Pinterest
Antara langkah mudah untuk kurangkan garam adalah dengan mula belajar memasak dari rumah. Kebetulan pula kos sara hidup dan harga barang pula semakin meningkat menyebabkan makan di luar semakin mahal.
Tak salah untuk mula menceburi dalam dunia masakan walaupun tak pandai masak langsung! Resipi pula korang boleh belajar yang mudah dahulu seperti goreng-goreng atau makanan barat macam spaghetti.
Walaupun korang nampak macam merumitkan dan memerlukan banyak langkah. Sebenarnya masak ini sangat mudah kalau diajar dengan penuh teliti. Resipi pula, korang boleh pilih apa-apa jenis masakan yang nak cuba.
Photo from Pinterest
Kemudian bahan yang digunakan pastikan segar dan bukan makanan proses! Seronoknya adalah korang sendiri dapat kawal tahap garam yang dimasukkan dalam masakan supaya dapat kurangkan nilai kandunganya.
2. Elak Makanan Berproses
Photo from Pinterest
Kadang kala kita tak perasan yang kebanyakkan makanan kita adalah makanan diproses. Secara definisi, makanan ini telah diubah daripada keadaan semula jadinya. Ini boleh merangkumi pelbagai perubahan.
Antaranya, menambah atua membuang bahan tertentu seperti warna, rasa, manis. Mengubah fizikal struktur makanan tersebut seperti memotong, membeku. Akhir sekali, gabungkan dengan bahan lain untuk menghasilkan sesuatu makanan seperti keju yang diproses.
Makanan diproses pula terjatuh dalam 3 kategori. Yang paling korang kena elakkan adalah Highly Processed Foods! Makanan ini mengandungi pelbagai bahan pengawet, penambah rasa serta bahan tiruan untuk menghasilkan makanan segar.
Paling mudah untuk cari adalah makanan segera, snek bergula yang selalunya mengandungi jumlah sodium yang tinggi! Haa.. kalau kita selalu amalkan makanan seperti ini, semakin tinggi tekanan darah kita nanti.
Photo from Pinterest
Sebaliknya kalau boleh makan bahan segar sahaja yang korang boleh masak untuk potong pengambilan sodium berlebihan!
3. Perhatikan Label Makanan
Photo from Pinterest
Korang perasan tak setiap kali nak beli sesuatu produk makanan akan ada label ditampal di bahagian sisi? Pernah tak korang ambil masa seketika untuk membaca setiap isi kandungan yang ditulis pada label tersebut?
Haa.. selepas ini amalkan untuk mula perhatikan dan membaca label makanan untuk setiap produk korang beli! Ini kerana setiap label tersebut memberitahu berapa banyak bahan yang digunakan untuk menghasilkan makanan tersebut.
Min ada kata kita kena elakkan makanan yang diproses kan? Daripada membaca label makanan sahaja kita dah boleh elakkan makanan yang dapat mengancam tahap kesihatan kita dengan mudah.
Photo from Pinterest
Pastikan korang mengambil makanan yang mempunyai kandungan sodium, gula dan bahan pengawet yang rendah! Buat perbandingan antara beberapa produk yang menjual makanan sama untuk memastikan pilihan dibuat adalah paling sihat.
4. Berhati-hati Dengan Bahan Perasa
Photo from Pinterest
Masakan memang tak lengkap tanpa bahan perasa betul kan? Sesiapa yang rajin masak akan gemar menggunakan bahan perasa untuk tingkatkan keseleruhan masakan dengan mudah tanpa menjejaskan masakan tersebut.
Seperti contoh, sos tiram sering digunakan dalam apa jua masakan. Hampir semua masakan dalam negara kita menggunakan bahan perasa seperti ini kerana dapat tingkatkan rasa serta menjadikannya lebih sedap.
Tak salah nak guna bahan perasa cuma kena sedar berapa banyak yang kita masukkan ke dalam masakan kita. Kalau bahan tersebut sudah mencecah had sodium, kita tidak perlu lagi memasukan garam untuk tambah rasa.
Photo from Pinterest
Sebaliknya, pastikan kita gaul sehingga sebati supaya rasa tersebut dapat dikeluarkan! Mungkin akan terasa kekok sedikit untuk kurangkan bahan perasa dalam masakan tetapi kesihatan kita akan berterima kasih kerana kita mencuba.
5. Belajar Kurangkan Garam Dalam Hidup
Photo from Pinterest
Kita selalu diajar untuk kurangkan gula dalam kehidupan. Tetapi kita selalu pandang remeh terhadap mengurangkan garam dalam hidup kita pula kerana tidak nampak akan kesannya secara mendadak.
Paling penting kalau nak mula mengurangkannya adalah mula secara perlahan. Jangan lakukan secara mengejut dan tiba-tiba kerana ini akan membantutkan usaha kita untuk mengurangkan tau.
Badan kita akan mula rasa gelisah kalau berhenti secara melulu-lulu. Seeloknya, korang kurangkan secara berperingkat dan mengikut fasa. Mungkin minggu pertama kurangkan sedikit, kemudian kurangkan lagi.
Cara macam ini akan memastikan badan kita dapat membiasakan diri terhadap perubahan. Selain itu, takdalah korang akan terus rasa makanan semuanya tawar kalau berhenti secara melulu.
Haa.. walaupun korang dah berjaya kurangkan garam dalam hidup, jangan sesekali lupa untuk lakukan senaman fizikal untuk tingkatkan tahap kecerdasan tubuh badan kita!
Mungkin korang suka: