download Jom Explore app
Penyakit Kronik Dapat Dikurangkan Kalau Minum Teh?

Penyakit Kronik Dapat Dikurangkan Kalau Minum Teh?

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 14 Nov 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Selain daripada kopi, teh merupakan minuman yang digemari dan dinikmati setiap hari tanpa jemu. Namun, tak ramai sedar tentang kebaikan mengamalkan teh dalam diet seharian sehingga mampu mengurangkan risiko penyakit kronik pulak tu!

Walaupun negara kita dapat menghasilkan teh. Zaman kini lebih ramai orang gemar memilih kopi terutama dalam kalangan generasi muda. Ia memberi simbol kepada gaya hidup dan budaya mewah, hip dan trendy.

Teh pula lebih kepada minuman harian yang boleh dapat di warung tepi jalan. Tak nampak trendy langsung di mata segelintir orang yang mementingkan imej dan status di platform media sosial. Oleh itu, kita dapat lihat budaya kopi mula wujud dalam negara kita.

Namun terdapat banyak kajian dilakukan menunjukkan sifat teh dapat memberi manfaat seperti ketenangan, kurangkan tekanan. Kajian yang dilakukan dari Universiti Adelaide, Australia mendedahkan kebaikkan dan manfaat menikmati secawan teh setiap hari.

Macam tak lengkap kalau tak pekena teh tarik secawan Photo from Pinterest

Secawan teh dapat mengawal paras gula darah sekaligus mengurangkan risiko kencing manis! Haa.. penyakit ini memang selalu orang kita kerana terlalu banyak minum air manis sehingga potong kaki.

Bukan itu je tau, banyak lagi kebaikkan yang kita boleh dapat melalui secawan teh. Korang baca sampai habis dulu untuk ketahui semuanya!

Mengurangkan Masalah Berkaitan Jantung!

Masalah sakit jantung merupakan salah satu penyakit berisiko tinggiPhoto from Pinterest

Ramai orang sangat takut kalau menghadapi sebarang masalah berkaitan dengan jantung. Semuanya berkait rapat dengan bagaimana gaya hidup kita memberi kesan kepada nyawa kita untuk kekal berdegup.

Oleh itu mengamalkan teh sangat membantu kerana ia mengandungi sumber antioxidant yang tinggi. Ini adalah molekul yang dapat membantu badan kita melawan penyakit yang bahaya sepeti maslaah jantung, diabetes dan kanser.

Kompaun seperti catechins dan poluphenols terdapat dalam teh. Mereka bertugas untuk matikan molekul bebas tidak stabil yang dapat merosakan sel badan menyumbang kepada penuaan serta perkembangan penyakit kronik.

Individu yang kerap minum teh dapat menguatkan badan dengan antioksidan mewujudkan pertahan secara semulajadi. Kemudian, tahap kesihatan jantung korang pun boleh bertambah baik jugak tau.

Boleh cuba amalkan teh daripada kopi untuk kesihatan kitaPhoto from Pinterest

Antioksidan membantu untuk tingkatkan tahap kolestrol dengan mengurangkan kolestrol low-density lipoprotein (LDL). Tak lupa juga, tekanan darah dapat dikurangkan menyumbang kepada sistem kardiovaskular lebih sihat.

Mengawal Masalah Gula Dalam Darah

Teh gelap memang banyak khasiat dia rupanyaPhoto from Pinterest

Tongzhi Wu dari Universiti Adelaide berkongsi dapatan kajian tentang mengamalkan minuman teh. Beliau berkata, "Penemuan kami membayangkan kesan perlindungan kepada peminat teh terhadap pengurusan darah gula melalui peningkatan perkumuhan glukosa dalam air kencing,

Peningkatan rintangan insulun dapat mengawal kadar gula dalam darah lebih baik. Ini paling ketara dalam peminum teh gelap setiap hari,". Mereka juga perasaan teh gelap seperti pu'er dapat hasilkan kadar antioxidants dengan tinggi.

Selain itu, kajian ini turut menunjukkan risiko penyakit diabetes dikurangkan sebanyak 15%. Manakala, untuk diabetes type-2 dapat dikurangkan sebanyak 28% risiko untuk berlaku jika diminum setiap hari.

Minum teh pun ada gaya serta 'kelas' tersendiri nampak mewah dan eleganPhoto from Pinterest

Kalau korang minum teh gelap pula? Risiko itu dikurangkan setinggi 53% dan 47% untuk diabetes type-2. "Apabila kita lihat faedah dikaitkan dengan amalan minum teh gelap. Ia mungkin satu langkah mudah,

Yang boleh diambil oleh orang ramai untuk perbaiki diet dan kesihatan mereka" kata pengarang utama, Zilin Sun.

Kurangkan Stress & Bantu Kita Fokus!

Teh amat membantu untuk kurangkan stress kita serta membuatkan mood kita lebih santaiPhoto from Pinterest

Tak ramai orang tahu teh pun sama macam kopi jugak. Mereka juga mengandungi kafein cuma jumlahnya lebih kecil dan kita sedia maklum kafein mempunyai kebolehan untuk tingkatkan kecerdasan mental untuk bantu kita lebih fokus.

Bezanya minuman berkafein tinggi seperti kopi lebih cenderung untuk hasilkan lonjakan tenaga secara mendadak dan jatuh semula. Teh pula memberikan peningkatan tenaga secara ansuran dan berterusan.

Gabungan kafien dengan bahan semulajadi seperti L-theanine, dapat tingkatkan kadar produktiviti kita dengan memberikan prestasi kognitif lebih baik. Selain itu, mood kita akan lebih santai melenyapkan rasa gelisah kalau terlebih minum kopi.

Mood santai datang daripada minuman ini memang bagus untuk kurangkan stress pada diri kita! Secara semulajadi secawan sudah cukup untuk tenangkan minda kita. Daun seperti chamomile sangat bagus untuk bantu kita relax.

Tak sangka teh pun ada kafein untuk bantu kita fokus sepanjang hari kan?Photo from Pinterest

Apa kata korang cuba amalkan untuk kurangkan stress dan tingkatkan mood korang untuk jadi lebih ceria.

Amalkan Minum Teh Pulak Ke?

Taknak cuba amalkan teh setiap hari? Sedap jugak dapat teh tarik kanPhoto from TripSavvy

Tidak dapat dinafikan mengamalkan teh dalam diet seharian dapat mengubah corak hidup kita. Kebanyakkan penyakit berisiko tinggi dapat dikurangkan dengan hanya minum secawan setiap hari.

Selain itu masalah strok yang ramai orang dewasa takut tu pun boleh dikurangkan. Risiko penyakit dapat dikurangkan dengan minuman teh hijau sehingga sebuah kajian dilakukan oleh National Library of Medicine merumuskan pengambilan minuman ini dapat menurunkan risiko strok.

Antioksidan berfungsi untuk menyalurkan darah dengan lebih baik. Ini dapat mengurangkan pembekuan darah yang menjadi penyebab berlakunya strok. Korang boleh amalkan dalam diet seharian untuk tingkatkan tahap kesihatan korang.

Walaupun minuman ini memang bagus untuk kebaikkan kesihatan kita tetapi buat dengan cara yang betul. Kalau kita amalkan minuman yang penuh gula walaupun menggunakan bahan sihat pun dapat membawa lebih banyak penyakit.

Sebaliknya cuba amalkan minum tanpa gula dan mula mencuba daun teh yang lain. Setiap daun mempunyai sifat berbeza yang dapat memberi kesan baik pada kesihatan kita tau. Yang seronoknya, rasa mereka pula sangat berbeza.

Setiap teh mempunyai khasiat sendiri. Korang boleh cuba yang mana menarik perhatian korang!Photo from Pinterest

Aroma yang dihasilkan adalah karakter unik pada setiap daun tersebut. Takdalah jemu korang minum benda sama setiap hari kan? Kalau camtu, apa kata korang amalkan minum teh setiap hari berbanding kopi.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok