Makanan Terbaik Untuk Kawal Masalah Jantung!
Serangan jantung merupakan masalah utama bagi segilintir rakyat Malaysia yang dikatakan berpunca dari jadual pemakanan yang tidak sihat. Menurut Department of Statistic Malaysia, serangan sakit jantung adalah punca kematian kedua tertinggi dalam negara sebanyak 13.7%!
Justeru itu, mengamalkan pemakanan yang sihat dapat membantu bagi mengurangkan kadar serangan jantung terutama mereka yang tengah menghidap masalah jantung ataupun ingin mengelak serangan jantung kali pertama atau kali kedua.
Kalau korang nak tahu, selepas serangan jantung pertama jika tiada perubahan dalam gaya hidup akan memudahkan kadar untuk diserang untuk kali kedua terutama jika korang masih mengamalkan pemakanan yang kurang sihat.
Menukar pemakanan yang lebih sihat penting untuk membantu mereka yang menghadapi kerana badan kita akan bertindak balas bergantung pada jenis pemakanan yang kita ambil tau! Oleh itu, kalau kita asyik langgar je makan yang terlebih gula, garam dan kolestrol. Jangan terkejut kalau badan kita mula menunjukkan simpton penyakit berbahaya ini!
Namun, menukar amalan makanan yang sihat nampak sukar bagi segilintir orang kerana nampak rumit atau susah. Tetapi sebenarnya pemakanan yang lebih sihat senang je kalau korang peka dan ambil tahu apa yang boleh dimakan untuk membantu mengurangkan serangan jantung tau.
Photo from Pinterest
Haa.. pastikan korang baca sampai habis untuk ketahui makanan apa yang dapat membantu untuk mengurangkan serangan jantung. Jom!
Makanan Tinggi Kandungan Kalium (Potassium)
Photo from Canva
Kalium atau dikenali sebagai potassium adalah mineral penting untuk kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan. Ia adalah elektrolit membantu dalam keseimbangan cecair, muslce contraction, isyarat saraf dan pengawalan tekanan darah.
Pentingnya kalium adalah ia mengawal keseimbangan cecair di dalam dan di luar sel. Keseimbangan ini diperlukan untuk memastikan sel berfungsi dengan normal serta mengawal tekanan darah. Pemakanan yang kaya dengan nutrien ini membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan serangan sakit jantung tau!
Namun, walaupun kalium ini bermanfaat untuk kita. Terlalu banyak pun boleh mendatangkan masalah jugak tau terutamanya yang menghidap penyakit buah pinggang. Disebabkan itu, pastikan korang amalkan pemakanan yang seimbang tau.
Makanan yang mengandungi kalium yang tinggi adalah:
- Buah Pisang: antara buah mengandungi kalium paling tinggi tau! Mudah untuk dicari dan sedap untuk dimakan begitu sahaja sesuai untuk diamalkan.
- Ubi Keledek: Ubi keledek penuh dengan kalium dan dapat membekalkan serat dan vitamin lain tau.
- Sayur Bayam: Sayur bayam adalah sumber kalium yang sangat baik tau dalam keluarga sayur
- Cendawan: Cendawan seperti portobello dan shittake kaya dengan kalium sesuai untuk korang makan.
- Avocado: Buah avocado bukan sahaja sedap! Ia juga merupakan sumber kalium terbaik dan lemak sihat.
Makanan Tinggi Asid Lemak Omega-3
Photo from Canva
Asid Lemak Omega-3 merupakan sekumpulan nutrien penting untuk mengawal masalah serangan jantung tau. Lemak sihat ini menawarkan pelbagai manfaat seperti mengurangkan kerandangan jantung, tekanan darah dan meningkatkan fungsi otak.
Asid Lemak Omega-3 merupakan sekumpulan nutrien penting untuk mengawal masalah serangan jantung tau.
Asid lemak Omega-3 adalah sejenis lemak tak tepu yang badan kita tidak boleh menghasilkan sendiri. Terdapat tiga jenis utama asid lemak Omega-3:
Asid Alfa-Linolenik (ALA): Ditemui dalam sumber berasaskan tumbuhan seperti biji rami, biji chia dan walnut
Asid Eicosapentaenoic (EPA): Kebanyakkannya ditemui dalam ikan berlemak dan makanan laut
Asid Docosahexaenoic (DHA): Terdapat dalam ikan berlemak, terutamanya dalam kuantiti yang lebih besar
Selain daripada melindungi jantung, Omega-3 juga dapat mencegah pembentukan darah beku yang berbahaya. Seterusnya, ia dapat mengekalkan kesihatan mata kita dan mengekalkan kelembapan kulit, menggalakkan penghidratan dan mengurangkan masalah kulit kering.
Makanan yang tinggi asid lemak Omega-3 adalah:
Ikan Berlemak: Ikan seperti salmon, parang dan tuna merupakan sumber terbaik untuk mendapatkan asid lemak Omega-3
Biji Rami: Biji kecil ini dibungkus dengan ALA berasaskan tumbuhan. Ia mudah untuk dihadam oleh badan kita
Chia Seeds: Sama seperti biji rami, chia seeds mengandungi ALA yang tinggi dan boleh ditambah dalam pelbagai hidangan
Walnut: Kacang ini bukan sahaja sedap tetapi merupakan sumber terbaik
Fish Oil Supplement: Korang juga boleh mengamalkan supplement seperti fish oil untuk tingkatkan nutrien Omega-3
Makanan Tinggi Kandungan Serat
Photo from Canva
Haa.. makanan yang mengandungi serat pun penting untuk mengawal masalah serangan jantung tau. Selain serangan jantung, ia memainkan peranan penting untuk mengekalkan kesihataan pencernaan, menyokong pengurusan berat badan dan mengurangkan risiko berlakunya penyakit kronik.
Serat merupakan sejenis karbohidrat yang terdapat dalam makanan berasaskan tumbuhan. Berbeza dengan nutrien lain yang dipecahkan dan diserap oleh badan kita, serat tidak dapat dipecahkan tetapi tetap memberikan pelbagai manfaat apabila berada dalam badan.
Haa.. serat ini ada dua jenis tau iaitu:
Soluble Fiber: serat jenis ini larut dalam air dan dapat menurunkan paras kolestrol dan mengawal gula dalam darah kita
Insoluble Fiber: tidak dapat larut dalam air tetapi membantu mengelakkan masalah sembelit dan menggalakkan pengawalan usus lebih teratur.
Selain itu, kesihatan jantung kita akan lebih terkawal dengan membantu menurunkan paras kolestrol dengan menyingkirkan daripada badan kita tau. Serat juga dapat mengawal berat badan kita kerana ia memberikan rasa kenyang walaupun mengandungi jumlah kalori rendah.
Makanan yang tinggi asid lemak Omega-3 adalah:
Bijiran Penuh: Makanan bijiran penuh seperti oat, quinoa, beras perang dan pasta gandum penuh dengan serat tinggi untuk membekalkan tenaga yang berterusan
Buah: Beri, epal, pear dan oren kaya dengan serat untuk membantu kulit bersinar jugak tau
Sayur: Brokoli, lobak merah, bayam dan kangkung padat dengan nutrien termasuk serat
Kacang dan Biji: kacang badam, biji chia, biji rami adalah sumber serat yang tinggi dan beberapa nutrien lain seperti lemak sihat
Haa.. mengubah amalan makanan kita sebenarnya tak susah pun! Korang hanya perlu mengubah supaya kesihatan jantung korang dapat dikawal untuk kesejahteraan hidup dalam jangka masa panjang tau.
Pastikan korang amalkan makanan yang Min dah kongsikan supaya dapat mengawal masalah ini dengan mudah. Selamat mencuba!
❤️ Cara Untuk Menikmati Sukiya Kali Pertama! Dengan Sempurna | Jom Explore
❤️ Resipi Mudah Untuk Masak Nasi Kerabu Yang Sedap Di Rumah | Jom Explore