download Jom Explore app
Kenangan Kek Vintaj 'Buttercream' Di Cheng Tiang Cake House, KL!

Kenangan Kek Vintaj 'Buttercream' Di Cheng Tiang Cake House, KL!

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 23 May 2023
Digital Editor

Korang masih ingat kenikmatan kek buttercream korang makan waktu kecil dulu? Kek ini pernah popular pada zaman 60-70 an dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat msaih mempunyai peminat walaupun bersaing dengan pelbagai jenis kek moden!

Haa.. kek buttercream ini diperbuat daripada krim mentega tau. Penghasilan krim mentega pula datang daripada campuran mentega, gula tepung dan susu atau krim. Campuran ini boleh dicampur dengan bahan lain seperti perisa ekstrak, rempah ataupun pewarna makanan untuk menambah rasa kek itu.

Selalunya, kek buttercream ini dihiasi dengan buah-buahan ataupun bunga macam dalam cerita-cerita lama di tv!

Kek Buttercream Ni Sedap, Krimi Dan Kaya TauPhoto from IG: chentiangcakehouse

Kalau korang nak tahu, terdapat sebuah kedai yang masih menjual kek buttercream ini lebih daripada 60 tahun tau dan kekal menggunakan resipi, teknik dan juga mesin yang sama tau. Menarik kan?

Haa.. kalau nak tau kedai tu kat mana, korang baca artikel yang Min tulis ni sampai habis.

Chen Tiang Cake House Di Jalan Pudu, KL Kekal Menggunakan Resipi Sama Sejak 1960!

Cara Pembuatan Kek Pun Masih Sama Sejak 1960 TauPhoto from IG: cxkhei

Antara sebab kenapa kek buttercream sangat popular pada generasi dulu kerana selalunya mereka akan membeli kek buttercream untuk menyambut hari jadi, majlis perkahwinan dan musim perayaan. Haa.. korang masih ingat tak?

Rasa yang kaya serta tekstur yang krimi memang sinonim untuk mengambarkan rasa kek buttercream ni tau. Kerana proses untuk melakukan sebijik kek agak mudah menyebabkan ia merupakan pilihan popular untuk orang baru belajar buat kek.

Walaupun semakin kurang permintaan untuk kek buttercream ini semenjak kemunculan pelbagai jenis kek moden, Chen Tiang Cake House masih kekal menggunakan resipi, cara dan teknik serta mesin sama sejak 1960 tau!

Haa.. Cantik Kan Kek Diorang Buat Ni!Photo from IG: chentiangcakehouse

Ditubuhkan pada tahun 1961 oleh Han Yooi Kang yang memulakan jualan kek dalam sebuah kopitiam sebelum berkembang menjadi sebuah kedai bakeri yang kekal sehingga tiga generasi keluarga kini dipegang oleh Lois Lim.

Nostalgia Kek Vintage Semakin Trendy Membuatkan Ramai Mencari

Kek Buttercream Ni Macam Dalam TV Cerita Lama Dulu-DuluPhoto from IG: chentiangcakehouse

Walaupun kek buttercream ni semakin pudar dan dilupakan, platform media sosial menyebabkan perkara-perkara lama atau 'vintage' yang menaikkan nostalgia kenangan lama semakin trendy menyebabkan ramai generasi muda mencari kek buttercream ni tau!

Menurut Chen Tiang Cake House, antara daya tarikan utama kek buttercream ini adalah rupanya yang dipenuhi dengan lapisan krim berwarna warni serta hiasan seperti buah, bunga menarik mata setiap orang yang lalu di depan kedai mereka.

Selain itu, kedai mereka masih mengekalkan suasana, reka bentuk vintak seperti papan tanda kedai, almari paparan bersertakan lebih daripada 30 jenis kek dan pastri gaya lama menarik perhatian generasi muda yang merasakan sesuatu kelainan daripada dunia moden ini.

Bukan itu je tau, mereka turut berkata semakin ramai pelanggan datang untuk menempah kek buttercream daripada mereka yang dipotong dalam bentuk tiga segi dengan pelbagai perisa pilihan mereka.

Tarikan Utama Adalah Design Vintage Kek Buttercream NiPhoto from Kyciee Boo

Antara perisa yang menjadi kegemaran ramai adalah seperti coklat, vanila dan strawberi. Tambahan pula, dengan harga RM3 untuk sepotong kek, semakin ramailah yang datang untuk menikmati antara kek buttercream murah di sekitar kawasan bandar tau.

Hanya Menggunakan Bahan Segar Serta Berkualiti Untuk Pelanggan Mereka!

Bertahan Lama Kerana Mereka Hanya Menggunakan Bahan Berkualiti!Photo from IG: dorabierenmy

Kalau korang nak tahu, Chen Tiang Cake House ini hanya menggunakan bahan segar untuk setiap kek dan juga pastri mereka tau. Selain itu, mereka turut memastikan segala bahan serta kaedah mereka dijamin Halal tanpa menimbulkan sebarang was-was.

Bukan itu je tau, rahsia mereka berkekalan dalam perniagaan ini adalah menjalinkan hubungan bersama pelanggan mereka tau. Setiap perkerja di bakeria ini merupakan antara perkerja asal berpuluh-puluh tahun dan pelanggan mereka merupakan pelanggan tetap.

Kalau korang pelanggan baru jangan risau tau kerana mereka akan menjalinkan hubungan supaya korang akan sentiasa rasa gembira ketika menyuapkan kek itu ke dalam mulut korang.

Menurut pelanggan tetap mereka, kek buttercream mereka mempunyai rasa yang secukupnya yang tidak terlebih manis atau krimi serta mengekalkan rasa gebu, lembut dan cair di dalam mulut korang!

Memang Sesuai Untuk Sambut Hari-Hari IstimewaPhoto from Tiffany Tan

Jadi, apa kata korang tukar selera dan cuba pulak kek vintage ini yang berbeza dengan kek-kek moden sekarang ni!

📍 54, Jln Sungai Besi, Pudu, 57100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
⏰ Isnin - Ahad (8 am - 5:30 pm)
📞 03-9221 2209

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok