download Jom Explore app
5 Kedai Makan Ramai Tak Tahu Rupanya Malaysian!

5 Kedai Makan Ramai Tak Tahu Rupanya Malaysian!

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 30 Oct 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Setiap kali kita berjalan dalam pusat membeli belah. Kita wajib lalu sebelah berderet rantaian francais restoran yang dipenuhi dengan pelanggan menikmati pelbagai budaya makanan yang diambil sebagai inspirasi dalam menu mereka.

Kemudian bila perut dah berbunyi kita mesti ambil masa nak selesaikan masalah utama iaitu 'nak makan apa harini' betul tak? Tengok francais restoran yang ada nampak menyelerakan sungguh, lepas tu bukan satu dua jenis makanan je ada. Ada macam-macam pulak tu!

Negara kita memang sukar untuk dipisahkan dengan kepelbagaiaan kedai makan yang membanjiri landskap budaya pemakanan orang kita. Sebut sahaja kita nak cuba makanan dari negara mana, nescaya mesti ada kedai yang menjualnya.

Min pun hari-hari menghadap nasi campur je dekat ofis pun boleh jadi bosan. Sebab tu, rasa seronok dan nikmat apabila dapat menikmati makanan berkualiti daripada beberapa nama restoran ini.

Servis mereka pula jarang mengecewakan tetapi fokus utama adalah makanan yang dihidangkan! Dijamin dan dikawal dengan baik untuk memastikan setiap makanan yang keluar mengikut piawaian betul untuk menjaga kualiti.

Penat berjalan mesti nak menyinggah ke beberapa francais restoran ini kan?Photo from TallyPress

Haa.. walaupun dari kecil kita dah biasa tengok restoran ini mungkin tak ramai tahu sebenarnya francais popular yang korang suka makan asalnya dicipta oleh negara kita tau. Tak percaya? Baca sampai habis dulu!

1. Marrybrown

Ada segelintir orang tak tahu Marrybrown dicipta dalam negaraPhoto from Klia 2

Korang tahu tak Amerika Syarikat mempunyai pelbagai francais makanan segera yang tak masuk ke dalam negara kita? Hampir setiap negeri mempunyai jenama tersendiri yang dibanggakan. Cuma kita tahu yang paling popular sahaja yang masuk ke dalam negara kita.

Tetapi masih ada segelintir orang Malaysia yang tak tahu Marrybrown adalah kepunyaan kita sebenarnya. Ditubuhkan pada tahun 1981 oleh pasangan Lawrence Liew dan Nancy Liew di Johor Bahru. Namun, idea mereka untuk menubuhkan restoran ini ditemui bukan mudah sebenarnya.

Sebelum membuka outlet pertama, mereka menghadapi masalah dengan premis lokasi kedai, kekurangan pembekal dan macam-macam lagi. Kecekalan serta ketabahan membuatkan mereka berjaya outlet pertama di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru.

Kenapa diberi nama sedemikian? Alasannya adalah mereka ingin menghasilkan jenama disebut dengan tiga suku kata sama seperti jenama antarabangsa. Oleh itu, nama 'Marrybrown' terhasil serta mudah untuk ingat betul tak?

Perbezaan menu mereka adalah Marrybrown mengeluarkan menu konsep fusion iaitu rasa Malaysia yang sesuai dengan masakan barat. Mereka juga adalah restoran makanan segera pertama yang mengeluarkan pilihan nasi seperti Nasi Marrybrown pada tahun 1986.

Bubur Marrybrown menjadi kegemaran ramai orangPhoto from IG | ashdanwife

Selain itu, bubur ayam dikatakan menjadi menu paling sedap dan digemari ramai orang. Ada netizen kata rugi kalau tak pernah cuba sekali seumur hidup. Kalau tanya min, pilihan aiskrim mereka jauh lebih memuaskan!

2. I LOVE YOO!

Memberi fokus kepada comfort food daripada budaya Cina!Photo from Sunway Velocity

Makanan cina mempunyai budaya makanan yang sangat kompleks dalam menghasilkan kepelbagaiaan makanan tradisional. Setiap negeri di China menghasilkan makanan unik mengikut resipi turun-temurun serta lokasi tempat mereka.

Sebab itu tak semua makanan cina kita tengok adalah sama. Mereka dapat menghasilkan banyak variasi daripada satu jenis masakan sahaja dan dari situ muncul restoran bernama I LOVE YOO!

Apa kepakaran mereka? Menu yang diberi keutamaan adalah comfort simple food mengikut resipi asli yang dijamin sedap untuk membuatkan kita rasa puas hati setelah kenyang menikmatinya.

Makanan wajib korang kena cuba dari restoran ini adalah bubur dan yootiao menjadi kegemaran ramai. Kalau korang biasa dan suka makan cakoi, yoo tiao akan menjadi kegemaran korang!

Lokasi pertama dibuka di Pavillion pada tahun 2007 mendapat sambutan cukup baik tau. Kemudian, mereka membuka kedai kedua di The Gardens pada tahun berikutnya dan kini mempunyai lebih daripada 29 lokasi di seluruh negara. Tak lupa juga di Brunei dan Singapura pun ada tau.

Kalau korang suka makan cakoi, mesti korang suka makan ini!Photo from The Woks Of Life

Populariti francais restoran ini terhasil melalui fokus mereka untuk menghasilkan sebuah menu makanan yang simple namun memastikan setiap satu mempunyai profil rasa sungguh mendalam.

3. Sushi King

Sushi King merupakan francais makanan Jepun paling popular dalam negaraPhoto from senaraimenu

Boleh dikatakan salah satu francais restoran insipirasi daripada Jepun paling popular dalam negara. Sushi King kekal mempunyai ramai pelanggan yang ingin mencuba menikmati budaya makanan orang Jepun.

Kita selalu tengok orang Jepun makan ramen dan sushi sahaja. Sebenarnya itu baru permukaan sahaja, terlalu banyak makanan untuk disenaraikan yang datang daripada negara ini yang korang boleh dapat di restoran ini.

Pilihan makanan yang ada pasti dapat memuaskan sesiapa sahaja yang mencubanya. Pada tahun 1995, Tan Sri Dato Sri' Fumuhiko Konishi mencipta restoran ini di Kuala Lumpur dengan konsep makanan diusung oleh sebuah 'convenyor belt'.

Kali pertama kita melihatnya perasaan menakjubkan bermain dalam fikiran kita betul tak? Makanan disiapkan dari dapur diletakkan di satu tali dan dipusingkan sekeliling restoran untuk pelanggan ambil dengan mudah.

Sukar untuk dinafikan terdapat banyak lagi pilihan makanan Jepun yang ada sekarang. Namun, untuk orang yang kali pertama ingin mencubanya tak salah korang mula perjalanan dengan restoran ini.

Sushi pula antara makanan Jepun yang paling ramai nak cuba Photo from FB | Sushi King

Kalau taknak makan sushi, boleh pesan bento box yang mempunyai pelbagai pilihan tersendiri jugak tau!

4. Manhatten Fish Market

Fokus mereka adalah untuk menghasilkan makanan laut segar dan sedapPhoto from Manhattan Fish Market

Pertama kali kita melihat restoran ini perkara yang menarik perhatian kita adalah namanya. Mempunyai nama dari bandar yang cukup popular di Amerika Syarikat, sudah tentu kedai ini datang daripada negara tersebut kan.

Haa.. ramai tak tahu sebenarnya kedai ini dicipta oleh orang kita sebenarnya! Nama pula diinspirasi daripada Fulton Fish Market terletak di Brooklyn Bridge. Pasar ini memang terkenal dengan membawa pelbagai ikan segar untuk dijual kepada penduduk.

Hasil idea daripada Dr Jeffery Goh dan George Ang pada tahun 2002 mereka berusaha keras untuk menghasilkan sebuah francais yang dapat menarik perhatian orang Malaysia dengan pameran menu makanan laut yang ada.

Beza gaya makanan laut kita dan kedai ini adalah Manhatten Fish Market (MFM) memilih gabungan konsep American dan Mediterranean style. Konsep ini berjaya dan mendapat sambutan baik daripada pelanggan.

Nampak sedap betul kan? Sebab tu kut banyak betul lokasi dibukaPhoto from Manhattan Fish Market

Sebab itu mereka berjaya buka lebih daripada 72 lokasi di Asia dan Timur Tengah. Kalau korang mahukan sedikit kelainan serta rasa berbeza tak salah nak singgah untuk menikmati pelbagai pilihan yang ada. Haa.. cam min akan wajib pilih Fish & Chips. Korang suka pilih makanan apa?

5. Secret Recipe

Kek Chocolate Indulgence memang popular betul Semua mak kita suka pulak tuPhoto from 1 Utama Shopping Mall

Restoran yang tak diperlukan sebarang pengenalan. Daripada kita kecil sehingga dewasa siapa sahaja tak kenal kafe ikonik yang cukup popular dalam kalangan generasi mak kita betul tak. Selain itu, kenapa sangat popular? Lihat sahaja betapa ramai beli kek mereka sahaja sudah cukup.

Memang tak dapat dinafikan, Secret Recipe adalah sebuah kafe. Namun, semua orang yang mengunjungi pasti membawa pulang kek sehingga rasa tak lengkap majlis hari jadi kalau tak dapat rasa sepotong.

Pilihan kek 'Chocolate Indulgence' masih mendapat permintaan ramai walaupun ada banyak lagi pilihan jauh lebih sedap. Ini semua adalah idea daripada Datuk Steven Sim dan anak buahnya apabila membuka lokasi pertama di SS2, Petaling Jaya.

Kemudian secara perlahan mereka memperluaskan sehingga seluruh negara mempunyai satu kedai mereka. Tak lupa juga di beberapa negara asia lain turut mendapat populariti dan sambutan baik.

Best juga kalau dapat rasa kek dekat Secret Recipe sebab semuanya sedap!Photo from Secret Recipe

Pilihan menu makanan mereka pun tak kurang juga. Korang akan disajikan dengan beberapa pilihan makanan Malaysia yang menggunakan bahan berkualiti untuk memberi kepuasan sepenuhnya.

Tetapi Chocolate Indulgence masih menjadi pilihan no 1 orang di restoran ini.

Menarik betul dapat lihat pelbagai francais yang telah berjaya buka dalam negara kita. Setiap satu sangat unik kerana fokus mereka untuk menghasilkan makanan yang pelbagai memberi kelebihan pada kita.

Kita pula berpeluang untuk rasa macam-macam jenis makanan dalam satu masa. Tak jemu lah kita menghadap benda sama je kan, mungkin sebab itu banyak francais ini masih kekal dan tak dilupakan sekali pun.

Mungkin korang suka baca ini:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok