Taman Tema Pernah Wujud Di Sungei Wang Plaza?
Kuala Lumpur telah mengalami banyak perubahan sejak penubuhan bandar ikonik ini. Terlampau banyak pembinaan baru dan renovasi giat dilakukan untuk mengubah landskapnya menjadi sebuah bandar mampu menandingi dengan bandar besar di negara lain. Namun kita sendiri tak sedar tentang sebuah taman tema yang telah hilang dalam arus pembinaan ini.
Sebut sahaja pusat membeli belah memang tak mampu cukup tangan untuk kita kira. Setiap kawasan pasti mempunyai sebuah pusat membeli belah tersendiri untuk menyediakan sebuah pusat bagi orang membeli barang atau melepak menghabiskan masa lapang dengan penuh kegembiraan.
Pusat membeli belah bukan sahaja menyediakan ruang untuk berjual beli. Malah, kita dapat memilih untuk menikmati pelbagai makanan sedap dan juga bersiar-siar melihat suasana kemeriahan orang ramai melakukan aktiviti tersendiri.
Namun, korang tahu tak terdapat sebuah taman tema yang telah menyediakan pelbagai tarikan untuk orang menghabiskan masa mereka sepanjang hari. Paling sedih adalah kalau nak cari taman tema ini dah takda tau.
Kemungkinan generasi kini tidak tahu tentang kewujudannya. Min sendiri tak pernah dengar pun tentang tempat ini sehingga melakukan sedikit kajian untuk menulis tentangnya. Siapa sangka dahulu kala sangat berbeza bandar KL ini rupanya!
Photo from FB | PenMerahDotCom
Kalau nak dibandingkan gambar lama sekalipun nescaya kita dapat mengenali rupa wajah bandar tersohor ini. Mesti korang tertanya apa nama tempat ini kan? Haa.. baca sampai habis dulu baru korang boleh tau!
Korang Pernah Dengar Nama BB Park?
Photo from WILLIAM HARALD-WONG & ASSOCIATES
Min nak tanya setiap kali korang berjalan di KL ada tak tertanya bagaimana rupa sebuah kawasan pada 10 tahun sebelum ini. Adakah bangunan yang ada sekarang tak wujud lagi? atau bangunan lama itu masih berkekalan sehingga kini.
Sebab itu uniknya KL adalah kita masih dapat melihat banyak bangunan lama masih berdiri teguh dipenuhi dengan orang. Tetapi ada juga bangunan lama yang kelihatan usang dan dilupakan sehinggalah tiba masanya untuk dirobohkan.
Mungkin nama Bukit Bintang (BB) Park adalah kali pertama korang dengar. Ada kemungkinan korang merasakan ia adalah kawasan yang dipenuhi dengan kedai makan dan gerai menjual makanan negara kita kepada pelancong.
Namun korang tahu tak nama ini merujuk kepada taman tema yang menjadi tempat tumpuan terletak di kawasan Sungei Wang Plaza sekarang tau. BB Park dibina oleh Shaw Brothers Studio pada sekitar tahun 1930-an
Apa yang Min dapat jumpa tentang tempat ini adalah ia merupakan sebuah hab hiburan. Ada kabaret, dewan tarian, pertunjukan pentas, teater, pameran, restoran, gerai permainan dan perlawanan tinju pun pernah diadakan.
Photo from New Straits Times
Kalau korang nak tengok wayang pun boleh sebab ada dua tau. Ada Chong Shan Cinema dan Geng Dou Cinema yang akan mainkan pelbagai filem yang diambil daripada negara asia yang lain.
Selain itu. penyanyi lagenda daripada Taiwan iaitu Teresa Teng pun pernah membuat persembahan semasa umurnya 10 tahun.
Munculnya Sungei Wang Plaza Untuk Menggantikkannya
Photo from WILLIAM HARALD-WONG & ASSOCIATES
Daripada tahun 1930-an hingga 1970-an BB Park menjadi pusat untuk penduduk KL mencari hiburan bagi menghilangkan stress. Keluarga boleh bawa anak mereka untuk menikmati kepelbagaian tarikan yang ada.
Harga kemasukan pulak hanya 25 sen ketika waktu itu. Namun, tempat ini tidak berkekalan lama kerana keseluruhan taman tersebut telah dirobohkan untuk membina Sungei Wang Plaza yang masih berkekalan sehingga sekarang.
Pusat membeli belah sebesar 1.2 juta kaki persegi dibuka pada tahun 1977 menjadi tarikan utama untuk bandar KL waktu itu. Ia mempunyai sebanyak tujuh tingkat korang membeli belah dan tiga tempat letak kereta bawah tanah.
Pada waktu itu plaza ini sangat sinonim sebagai pusat fesyen, makanan dan produk kecantikan. Walaupun BB Park dirobohkan, plaza ini masih mengekalkan identiti hab hiburan tau dengan pelbagai tarikan tersendiri.
Korang boleh main kereta bampar, arked, dewan disko dan pawagan pertama dalam negara yang berada dalam sebuah bangunan. Pawagam tersebut boleh memuatkan sehingga 1,700 orang.
Photo from WILLIAM HARALD-WONG & ASSOCIATES
Selain itu, terdapat gelanggan luncur ais bersaiz Olimpik jugak tau. Min juga terjumpa gambar sebuah pasukan hoki ais menggunakan gelanggang ini dan kalau nak pergi dating sangat seronok kerana ada gelanggang luncur roda macam dalam filem lama.
Kalau nak dibandingkan dengan masa kini macam tak percaya langsung kan? Banyak betul perubahan yang berlaku pada plaza ini.
Patut Ke Kita Bina Semula BB Park Pada Masa Kini?
Photo from Sin Chew Daily
Walaupun sudah BB Park menjadi satu kenangan untuk orang lama. Persoalannya adakah wajar kita mencari kawasan baru untuk membina semula taman tema ini untuk mewujudkan sebuah hab hiburan.
Konsepnya sama seperti di Rex KL. Asalnya merupakan sebuah pawagam yang telah terbakar diberi nafas baru untuk menarik perhatian generasi muda dan pelancong luar. Walaupun iannya berdiri sebagai bangunan baru, identiti asal masih dikekalkan sebagai memori lama.
Tidak dinafikan kini banyak pembangunan di KL menggunakan konsep ini kerana dapat menarik perhatian ramai orang. Menggunakan memori nostalgia dan sejarah dapat mewujudkan sebuah tempat jauh lebih unik berbanding pembangunan moden.
Oleh itu, jika diberi peluang untuk patah balik masa adakah korang akan pergi ke tempat ini?
Mungkin korang suka baca: