download Jom Explore app
Sejarah Biji Kopi Menjadi Minuman Paling Digemari Ramai

Sejarah Biji Kopi Menjadi Minuman Paling Digemari Ramai

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 27 Oct 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Rasa tak lengkap hari kita kalau tak minum kopi secawan betul tak? Minuman ini dinikmati oleh setiap lapisan golongan masyarakat. Peningkatan minuman kopi dalam negara kita telah membuatkan pelbagai kedai kopi dibuka bagi memenuhi permintaan yang sangat tinggi. Persoalannya bagaimana boleh tercetusnya idea untuk menghasilkan minuman ini!

Tak kisah kita berada di mana sekalipun, kita pasti dapat melihat kedai kopi dipenuhi dengan orang ramai. Setiap satu individu ingin mendapatkan secawan kopi untuk mendapatkan bekalan tenaga untuk mengharungi hari kerja.

Menurut Jabatan Statistik Malaysia, di antara tahun 2021 dan 2022 rakyat Malaysia mengambil sebanyak 800,000 bag kopi seberat 60kg. Rakyat kita pula menjadi negara ketiga yang mempunyai konsumpsi kopi tinggi dalam dunia.

Dari sini kita sendiri boleh rumuskan bahawa betapa pentingnya minuman ini dalam kehidupan seharian kita. Cuba kalau min cabar korang untuk elakkan minum selama seminggu nescaya korang akan gagal dan mengamuk.

Cuma korang pernah tanya tak bagaimana terhasilnya minuman kopi? Sejarahnya daripada mana dan bagaimana biji kopi boleh dijumpai untuk dijadikan minuman yang setiap individu dapat menikmatinya.

Takleh bayangkan kalau dunia ni kopi tak wujud kanPhoto from Pinterest

Kalini min kongsi dekat korang sejarah minuman ini sambil menghirup segelas dulu!

Semuanya Bermula Di Negara Ethiopia

Biji kopi dijumpa oleh seorang penternak kambingPhoto from Pinterest

Negara Ethiopia terletak di benua Afrika dikelilingi oleh negara arab yang lain. Kebanyakkan penduduk di kawasan ini merupakan penternak dan peladang. Ramai percaya bahawa sejarah biji kopi bermula di negara ini.

Bermula dengan kisah seorang penternak yang mula menyedari terdapat perubahan pada ternakan kambingnya. Beliau mendapati kambingnya mula bergerak dengan tidak terkawal serta tidak tentu hala setelah makan satu tumbuhan ini.

Tumbuhan ini menghasilkan buah beri yang membuatkan kambing menjadi sangat bertenaga. Beliau juga perasan kambingnya sikit pun taknak tidur apabila tibanya waktu malam dan mengambil keputusan untuk merasai biji tumbuhan ini.

Setelah menikmatinya beliau mula perasan terdapat perubahan sangat ketara pada badannya. Beliau tidak dapat duduk dengan tenang dan dipenuhi dengan tenaga lagi membuatkan beliau dapat berjaga sepanjang malam.

Penemuan ini membuatkan beliau singgah ke pusat agama untuk menceritakan reaksi eksperimen yang sudah dilakukan. Kemudian, semua abbas di pusat agama tersebut mula menikmati biji tersebut. Mereka mencampurkan biji itu dengan air panas akhirnya terhasil kopi yang kita kenal sekarang.

Contoh para agamawan akan minum kopi untuk berjaga sepanjang malamPhoto from Pinterest

Kebanyakkan abbas jatuh cinta pada minuman ini kerana mereka dapat berjaga sepanjang malam untuk membaca atau melakukan upacara keagamaan. Akhirnya, pengetahuan tentang keajiaban biji kopi mula tersebar ke kawasan lain.

Biji Kopi Mula Tersebar Dinikmati Ramai Orang

Populariti kopi mula tersebar menyebabkan kewujudan kedai kopi seperti iniPhoto from Pinterest

Antara kawasan paling cepat tersebar minuman ini adalah Semenanjung Arab. Menjelang abad ke-15, kopi ditanam di daerah Yaman, kemudian di Parsi, Mesir, Syria dan Turki. Tanaman ini akan dijual ke tempat lain kerana mendapat permintaan tinggi.

Walaupun pada asalnya dinikmati oleh cendiakawan yang ingin berjaga sepanjang malam tanpa rasa mengantuk. Kopi mula dinikmati oleh setiap orang sehingga munculnya 'kedai kopi' yang dikenali sebagai qahveh khaneh.

Kedai kopi mula muncul di bandar utama di seluruh kawasan timur tengah. Populariti minuman ini melonjak mendapat permintaan sangat tinggi menyebabkan ramai orang mengunjungi untuk menikmati secawan dan berbincang tentang pelbagai masalah dunia atau nikmati aktiviti bersosial.

Di kedai ini bukan sahaja berborak, berbincang sambil minum secawan. Mereka akan ditemani dengan irama muzik, bermain catur, dihiburkan dengan persembahan dan mendapat segala berita terkini.

Kesan daripada ini? Qahveh khaneh dengan cepat menjadi pusat penting untuk bertukar maklumat dan berbincang pelbagai isu. Ia sering dirujuk sebagai "Schools Of The Wise". Kehadiran orang luar ke kota Mekah setiap tahun menyebabkan penyebaran kopi merebak dengan cukup pantas.

Orang dapat melepak dan bermain caturPhoto from Pinterest

Sehingga pernah diberi gelaran "Arak daripada Arab".

Kopi Dianggap Minuman Jahat Di Eropah!

Kopi pernah dianggap minuman jahat di benua Eropah tauPhoto from Pinterest

Setelah populariti minuman ini tersebar dengan luas. Penduduk di benua Eropah mula mendengar tentang minuman ajaib berwarna gelap dikatakan mempunyai kuasa luar biasa. Cerita ini datang daripada pedagang yang mengembara sehingga ke timur tengah.

Pada abad ke-17, kopi telah sampai ke Eropah dan disambut dengan sangat baik! Namun tak semua orang dapat menerimanya. Segelintir pihak takut dan sangsi tentang minuman ini sehingga memanggilnya minuman syaitan.

Pendeta tempatan mengutuk kopi apabila ia tiba di Venice pada tahun 1615 menyebabkan kontrovesi di benua ini. Kemudian, Paus Clement VIII mengambil keputusan untuk merasai sendiri minuman ini dan beranggapan ia memuaskan dan mendapat pengiktirafan daripadanya.

Oleh itu kedai kopi mula merebak dan konsumpsi mula meningkat dengan mendadak. Bandar utama di England, Austria, Perancis, Jerman dan Belanda mendapat permintaan yang sangat tinggi pulak tu.

Minuman ini menggantikkan minuman sarapan mereka pada masa itu iaitu bir dan wain. Penduduk memerlukan minuman yang bukan beralkohol untuk kekal bertenaga dari awal pagi sehingga penhujung hari serta produktiviti kualiti kerja tingkat dengan baik.

Kini kafe kopi bersepah di negara EropahPhoto from Pinterest

Menjelang pertengahan abad ke-17, lebih daripada 300 kedai menjual minuman ini dibuka di London. Setiap lapisan masyarakat tidak dapat meninggalkan kenikmatan secawan minuman ajaib ini.

Belanda Ingin Menjadi Penjual Utama Biji Kopi?

Akibat populariti, Belanda ingin menjadi penjual utama biji kopiPhoto from Pinterest

Permintaan terhadap minuman ini meningkat dengan mendadak. Seluruh dunia ingin menikmati secawan minuman menyegarkan ini menyebabkan terdapat persaingan sengit untuk mencari tanah lapang, besar dan sesuai untuk mulakan tanaman biji kopi di luar kawasan timur tengah.

Belanda merupakan antara penjajah yang cukup terkenal menjelang revolusi perindustrian. Percubaan untuk mulakan tanaman di India gagal, namun mereka masih cekal untuk meneruskan pelan ini. Akhirnya mereka berjaya di Batavia, Pulau Jawa yang dikenali sebagai Indonesia.

Belanda ingin menjadi penjual dan pengedar utama biji kopiPhoto from Pinterest

Cuaca dan suhu iklim Indonesia membuatkan tanaman biji kopi menjadi sumbur. Belanda pula dapat melebarkan perdanganan mereka untuk dijual satu dunia dan mereka turut memperluaskan kawasan pertanian ke pulau Sumatera dan Selebes.

Kini, nak secawan kopi? Singgah je ke kedai yang berdekatan dengan kita dan lakukan pesanan dengan mudah sahaja kan. Kita tidak dapat bayangkan bagaimana agaknya dunia tanpa kewujudan minuman ini.

Kita perlu berterima kasih kepada penternak yang berani mencubanya buat kali pertama.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok