download Jom Explore app
Ramen Sedap Macam Di Jepun Ada Dekat Pasar Seni?

Ramen Sedap Macam Di Jepun Ada Dekat Pasar Seni?

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 23 Oct 2023
Digital Editor

Korang teringin tak nak menikmati semangkuk ramen panas di tepi jalan macam selalu tengok dalam tv? Dah tak perlu pergi ke Jepun sebab kalau singgah ke Pasar Seni terdapat satu gerai kecil yang menyediakan ramen menggunakan resipi sendiri dikendalikan oleh dua beradik tau!

Ramen merupakan makanan ruji untuk orang Jepun dan hampir dinikmati setiap hari. Sama seperti nasi lemak, ia sangat popular dalam kalangan pelancong serta peminat budaya pemakanan Jepun.

Selalunya kita akan menikmati ramen melalui versi 'segera' kerana cepat dan mudah untuk masak. Masukkan air panas, tunggu 3 minit dan siap untuk dinikmati. Namun, kalau di Two Old Man Ramen korang berpeluang untuk menikmati resipi original tersendiri tau.

Mempunyai pengalaman selama 40 tahun berkerja sebagai cef pakar dalam masakan Jepun. Beliau membuka sebuah gerai di sebelah Pasar Seni untuk memberi pelanggan peluang menikmati rasa sebenar makanan popular ini.

Selain itu ada juga makanan jepun lain yang turut disediakan bagi meningkatkan pengalaman korang tau. Haa.. bila makan je kat sini ada rasa macam berada dekat negara tersebut pulak tu! Jarang betul nak dapat rasa peluang ini.

Dihasilkan oleh dua beradik untuk memberi nikmat seperti makan di Jepun!Photo from Amy Wong

Oleh itu, jom tengok apa yang korang boleh menikmati di gerai yang dikendalikan oleh dua beradik ini.

Menikmati Ramen Original Di Pasar Seni!

Menggunakan konsep yatai dapat menangkap suasana makan di JepunPhoto from Yuwing Chan

Kerana minat dan cinta mereka terhadap menghasilkan makanan jepun paling asli. Dua beradik ini melakukan keputusan untuk membuka gerai kecil di bahagian Kasturi Walk untuk memberi peluang untuk menikmati pengalaman sangat unik.

Gerai tersebut dikenali sebagai yatai. Konsep ini sudah bermula sejak zaman Meiji (1868 - 1912) di mana peniaga akan membuka gerai kecil untuk menjual pelbagai jenis makanan mengikut kepakaran mereka.

Berbeza daripada warung dekat negara kita, kebanyakkan yatai hanya boleh memuatkan 3~5 orang dalam satu masa. Kalau bertuah, ada yatai menyediakan sebanyak 10 orang dalam satu masa. Min nak pesan kedai ini hanya boleh memuatkan maksimum 5~8 orang sahaja dalam satu masa.

Namun apa yang istimewa adalah menu mereka. Semuanya dicipta menggunakan resipi sendiri melalui pengalaman beliau menjadi cef sebelum ini bermula dengan Miso Ramen yang ramai orang rekomen untuk cuba!

Miso Ramen yang menjadi pilihan cukup popular!Photo from Danny Ng

Mempunyai rasa kuah pekat dihasilkan daripada campuran sup ayam dan pes miso cukup untuk memberi rasa sungguh melazatkan. Kuah pekat ini sesuai dipadankan dengan mi gandum yang dihiasi dengan ayam teriyaki, rumpai laut, kamaboko dan telur ajitama.

Kalau rasa yang ni kurang menarik perhatian sebab tak nampak pedas takpa. Korang boleh sahaja order versi pedas iaitu Spicy Miso Ramen yang memberi rasa kaya pekat sama ditambahkan dengan rasa pedas.

Kalau nak pedas sikit, boleh order Spicy MisoPhoto from Farid Yaacob

Selain itu, Shoyu Ramen turut menjadi pilihan ramai kerana profil rasa lebih simple berbanding miso. Perbezaanya adalah kombinasi sup ayam dan kicap untuk menghasilkan rasa berbeza daripada pilihan sebelum ini. Topping yang digunakan masih kekal sama!

Selain Daripada Ramen, Ada Apa Lagi Dekat Sini?

Selain daripada Ramen, boleh nikmati Tempura ranggup!Photo from Amy Wong

Kalau masih lapar jangan risau mereka turut menyediakan pilihan makanan yang lain juga tau. Korang pernah cuba Tempura? Ia juga adalah antara makanan jepun yang cukup popular kerana menggunakan bahan asas sahaja untuk menghasilkannya.

Tempura adalah aneka makanan laut dan sayur yang disalut dengan tepung digoreng sehingga ranggup. Selalunya akan ada sos yang dihasilkan untuk dinikmati bersama bagi meningkatkan rasa.

Kalau di Two Old Man Ramen, korang boleh pilih beberapa pilhan tempura yang popular seperti Ebi Tempura yang diperbuat daripada udang. Mereka hanya menggunakan udang segar sahaja untuk menyalutkan bersama adunan tepung ringan.

Ini dapat menghasilkan kerangupan yang halus tetapi memuaskan dengan setiap gigitan tau. Untuk pilihan sayuran pula ada Kakiage Tempura merupakan beberapa pilihan sayur untuk memberi tekstur sama cuma rasa berbeza.

Boleh nikmati bersama ramen korang jugak tauPhoto from TW | najihahshahrel

Jangan lupa untuk pesan sos lebih atau korang boleh makan bersama ramen. Ini dapat menghasilkan profil rasa lebih kompleks menggabungkan rasa kenyal pekat bersama keranggupan tempura.

Pengalaman Yang Sangat Berbeza

Pengalaman makan sangat berbezaPhoto from Kahhoe Chang

Walaupun terdapat banyak kedai yang menjual jenis makanan sama yang kita boleh pilih di kawasan KL ini. Two Old Man Ramen mempunyai keistimewaan sendiri iaitu menghasilkan susana Japanese Street Food yang cukup popular di platform media sosial.

Kemudian, mereka berjaya menghasilkan menu makanan yang simple tetapi dapat menarik perhatian ramai orang tau. Siapa je tak teringin untuk menikmati makanan ini macam kita selalu tengok dekat tv kan?

Kalau nak makan berat boleh, nak dapatkan makanan ringan seperti snek pun boleh. Bukan sahaja tempura, ada pilihan yakitori dan teriyaki ayam untuk korang pilih dan menikmatinya dengan sepenuh hati.

Ini menu mereka yang muslim friendly!Photo from TW | najihahshahrel

Menurut pelanggan yang pernah pergi ramai mengatakan kedai mereka berjaya menghasilkan suasana itu. Resipi yang dihasilkan kena dengan tekak orang kita cuma korang kena bersedia untuk berebut dan beratur panjang kalau nak menikmatinya.

Nasihat min, kalau boleh pergi waktu hari berkerja untuk elakkan kesesakan barulah selesa dan tenang untuk makan! Tak lupa juga kedai ini muslim friendly.

📍 Kasturi Walk, 32, Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

⏰ Setiap hari (6 pm - 10 pm)

Mungkin korang suka baca ini:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok