Bebola Nasi Ayam Halal Hanya Di Melaka?
Bandar Melaka memang sangat terkenal sebagai sebuah bandar yang penuh sejarah. Maklumlah sudah beribu-ribu tahun lagi bandar ini megah dan pesat dengan budaya dan pelancong. Tetapi kalau bab makanan, ada ke kedai yang orang sanggup beratur?
Korang pernah dengar kedai bernama Ee Ji Ban? Haa.. kalau tak pernah dengar hujung minggu ni korang kena singgah sekejap ke Melaka untuk menikmati makanan istimewa yang susah untuk dicari tau.
Makanan yang dijual di kedai popular ini dikenali sebagai bebola nasi ayam. Ia merupakan antara makanan yang dicipta oleh etnik Cina Hainan sebagai salah satu cara untuk menikmati makanan di kopitiam.
Ee Ji Ban pula antara kedai yang ramai pelancong luar akan datang singgah untuk menikmati serta mengetahui mengapa kedai ini terlalu popular! Kalau tanya orang Melaka pula, mereka kata tak rugi untuk singgah makan di sini.
Photo from Lester Chung
Kedainya pula terletak di tengah bandar kota Melaka. Memang mudah untuk cari dan tidak jauh pun dari pusat bandar. Oleh itu, jom tengok apa yang istimewa sangat bebola nasi ayam ini sebenarnya.
Apa itu Bebola Nasi Ayam
Photo from Aidil Jalil
Sejarah bandar Melaka bukan hanya pada bangunan dan bandarnya sahaja. Malah, budaya makanannya juga mempunyai sejarah yang cukup mendalam patut kita ambil tahu demi mengenali kekayaan budaya dalam negara kita.
Mungkin beberapa orang tak pernah dengar tentang hidangan ini. Jangan risau, korang tak ketinggalan jauh sekalipun kerana ia adalah variasa daripada hidangan klasik daripada Hainan iaitu Nasi Ayam Hainan.
Kita memang selalu dan gemar untuk menikmati sepinggan nasi ayam kan. Haa.. beza hidangan ini adalah nasi tersebut digumpal menjadi bentuk bola comel untuk korang nikmatinya bersama pilihan lauk yang ada.
Untuk ayam korang boleh pilih antara ayam panggang (roasted chicken) atau ayam rebus (boiled chicken). Kedua-dua jenis ayam akan memberi rasa mendalam kerana resipi yang digunakan dijamin sedap.
Selain itu, bebola nasi ayam ini katanya dicipta oleh orang Melaka sendiri tau. Teorinya adalah seorang nelayan telah ditangkap menyebabkan isterinya terpaksa berniaga untuk menyara keluarganya.
Oleh kerana perniagaan sebelum ini tidak memperolehi wang yang cukup. Isterinya memutuskan untuk menjaul nasi ayam di jeti utama Melaka kepada buruh yang sedang berkerja di situ.
Photo from Iskandar Rahmat
Untuk menjimatkan masa serta memudahkan mereka untuk makan, isterinya menggulung nasi menjadi bentuk bola supaya setiap pelanggannya dapat menikmatinya di mana-mana dan mudah untuk dibungkus jugak tau.
Haa.. menarik kan ceritanya? Baru seronok kita nak menikmati rasanya!
Ada Menu Lain Juga Untuk Korang Pilih
Photo from Hong Yue
Hidangan ini bukan untuk korang dinikmati bersama ayam sahaja. Tak lengkap la kalau nak makan sampai kenyang kan? Sebab itu ada beberapa jenis lauk yang korang boleh pilih untuk menambah pengalaman sedap!
Antaranya adalah sup yang cukup rasa seimbang sesuai dipadankan bersama bebola nasi. Sup itu adalah sup cerah yang selalunya terhasil daripada air rebusan stok ayam dan ditambah beberapa rempah untuk tingkatkan rasa.
Selain itu, korang juga boleh pesan sup bebola ikan yang turut digemari oleh pelanggan. Hidangan ini sama sahaja tetapi penambahan protein bebola ikan sudah cukup untuk membawa tekstur dan rasa berbeza ketika makan.
Seterusnya, bandar Melaka memang terkenal dengan aneka makanan laut kan. Sebab itu korang wajib order sambal udang dan sotong goreng mereka tau! Haa.. sambal udang kat sini memberikan rasa pedas dan masin.
Memang sesuai untuk padankan bersama bebola nasi itu. Kemudian, udang tersebut memang segar memberikan rasa lemak manis semulajadi cukup untuk memuaskan selera makan.
Jangan lupa untuk pesan sayur-sayuran untuk kasi lengkap pemakanan korang tu. Ada pilihan seperti sawi tumis bawang atau sayur kangkung dimasak sehingga sempurna serta teliti untuk menambah rasa pada sayur.
Photo from Iskandar Rahmat
Cicah sikit dengan sambal cili memang sedap kerana tekstur ranggup sayur campur dengan rasa pedas, masin pulak tu.
Rugi Kalau Tak Singgah Tau
Photo from Anitha Nair
Menurut orang Melaka, memang rugi kalau tak singgah makan dekat kedai ini tau. Bukan sahaja korang dapat menikmati makanan sedap malah dapat merasai kekayaan sejarah melalui makanan.
Bukan sahaja pelancong luar makan dekat sini malah ada orang Melaka turut singgah untuk menikmati bebola nasi ayam. Ramai juga pelanggan tetap mengatakan antara kedai wajib untuk singgah dan rugi kalau tak cuba sekali.
Haa.. apa pendapat korang? Nak cuba singgah ke Melaka dan cuba tak hidangan yang unik ini di bandar bersejarah!
📍 275, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
⏰ Isnin - Rabu (11:30 am - 9:00 pm) Sabtu - Ahad (9:30 am - 9:00 pm) Khamis (Tutup)
Mungkin korang suka baca ini: