Bagaimana Seorang Lelaki Mencipta Jenama Gardenia
Setiap kali kita singgah ke kedai untuk beli barang dapur. Di bahagian roti mesti penuh dengan pelbagai jenis roti untuk memuaskan selera setiap invidivu. Apa yang menariknya hanya satu jenama sahaja kekal unggul dalam pasaran negara sampaikan kita sendiri hafal lagu temanya sejak dari kecil.
Min tak perlu sebut pun korang dah tau nama jenama ini. Gardenia kekal menjadi jenama roti kegemaran orang Malaysia daripada kecil sampai dewasa dengan membekalkan pelbagai pilihan roti yang sedap.
Populariti jenama ini telah menyebabkan jenama ini mengeluarkan roti sebanyak 2.2 juta buku sehari tau. Penghasilan ini dapat dilakukan menerusi lima kilang yang beroperasi selama 24 jam pada tahun 2020.
Manakala, jumlah pengeluaran roti putih secara kasar sebanyak 840,000 buku sehari. Haa.. memang sedap di makan begitu sahaja roti Gardenia ini kalau nak dibandingkan dengan roti yang lain.
Persoalannya adalah bagaimana jenama ini tercipta serta resipi apa yang mereka gunakan. Mesti lain betul resipinya sampaikan kalau tiada stok baru roti Gardenia boleh mengamuk orang Malaysia dibuatnya.
Photo from The Malaysian Reserve
Oleh itu, jom tengok bagaimana seorang lelaki berjaya mencipta sebuah jenama yang digemari oleh setiap orang dalam negara.
Bagaimana Terciptanya Gardenia
Photo from iluminasi
Semuanya bermula pada tahun 1969 dengan pengenalan terhadap IESC. IESC adalah singkatan kepada International Executive Service Corporation merupakan badan pembangunan ekonomi dan berpusat di Amerika Syarikat.
IESC telah diasaskan oleh David Rockefeller. Penubuhan badan ini untuk membangunkan firma perniagaan milik persendirian di seluruh dunia. Ini dihasilkan bagi membantu meningkatkan kualiti hidup masyarakat dunia.
Antara idea mereka adalah untuk membina dan bangunkan sebuah bakeri di Malaysia menjelang tahun 1969. Bagi merealisasikan impian ini, mereka memerlukan seorang yang pakar dalam industri roti yang telah dihantar ke Malaysia.
Pakar tersebut adalah Horatio Sye Slocum yang pandai menghasilkan roti dan pastri. Kalau korang lihat setiap bungkusan roti gardenia, korang dapat nampak gambar seorang lelaki dan itulah Horatio Slocum.
Beliau tiba di Malaysia dengan bantuan IESC bagi memulakan perniagaanya. Slocum pula telah berkenalan dan menjalinkan kerjasama dengan ahli perniagaan terkenal Sabah, Wong Tze Fatt.
Photo from neuroversiti
Kemudian, Slocum memanggil rakannya bernama Jim Humphries yang pakar dalam pembuatan krim pastri. Ketiga-tiga individu ini merupakan pengasas utama Gardenia yang kita kenali sekarang.
Memang Enak Dimakan Begitu Saja
Photo from Nestia
Keistimewaan roti gardenia ini terletak pada innovasi mereka dalam industri penghasilan roti dan pastri. Terdapat pelbagai cara yang dihasilkan bagi membezakan mereka daripada persaingan pasaran.
Antaranya adalah resipi roti merupakan salah satu kemahiran utama Slocumm menguatkan hasil produk. Roti putih yang digemari ramai adalah resipi asli beliau.
Resipi yang diguna pakai sehingga harini mampu membuatkan roti lebih lembut dengan rasa lebih menyelerakan tau. Mereka juga menggunakan teknik 'Sponge and Dough making' bagi menghasilkan tekstur lembut ini.
Teknik yang digunakan menyebabkan setiap bahagian roti termasuk kerak kekal lembut. Selain itu, mereka memperkenalkan 'kwik-lok' untuk memastikan setiap bungkusan disimpan dengan kemas malah menunjukkan tarikh luput setiap roti.
Dalam masa beberapa tahun sahaja. Jenama ini berjaya membuatkan rakyat Malaysia gila terhadap roti putih mereka meneraju pasaran tempatan serta menjadi pengeluar roti terbesar di Asia Tenggara.
Photo from Mashable SEA
Seterusnya, mereka turut berjaya mencapai kadar "Brand Recall" pada tahap 99% yang bermaksud setiap orang pasti dapat mengenali serta mengingati jenama ini. Tidak terhenti di situ sahaja, mereka turut mengeluarkan produk roti lain bagi memenuhi setiap permintaan pelanggan.
Ada Banyak Sangat Pilihan Untuk Kita
Photo from RinggitPlus
Gardenia tidak pernah berputus asa dalam menghasilkan roti berkualiti untuk dinikmati oleh setiap orang. Usaha mereka dalam menjadi jenama innovatif dapat dilihat dengan menggunakan kelengkapan canggih untuk meningkatkan jumlah pengeluaran.
Kini mereka memiliki tujuh kilang berfungsi secara automatik sepenuhnya. Setiap kilang ini mampu mengeluarkan sebanyak 10,000 buku roti setiap jam tau! Haa.. setiap satu buku roti tu pun boleh habis terjual.
Selain itu, kalau korang nak tahu memang banyak sangat jenis roti yang kita boleh nikmati daripada jenama ini tau. Pilihan daripada roti berinti krim seperti Quick Bites menjadi kegemaran ramai dengan inti coklat, salted caramel, butter toffee dan vanila.
Kalau inginkan sedikit rasa kepedasan boleh pilih roti puazz yang ada 3 jenis inti berbeza. Korang boleh pilih sambal ikan bilis, sambal mackerel dan kari ayam memberikan rasa pedas bersama kelembutan roti putih.
Haa.. korang tahu tak kalau di Sabah pula, Gardenia turut mengeluarkan air berkarbonat jenama mereka sendiri tau. Ada pilihan seperti cola dan root beer dapat memuaskan kehausan dengan rasa manis!
Namun, kalau di negara seberang pula pun ada beberapa pilihan menarik seperti Hokkaido High Calcium Bread. Kemudian, jenama ini turut mengeluarkan roti gourmet yang berharga sedikit mahal kerana menggunakan produk lebih berkualiti.
Photo from Gardenia
Tak kisah lah apa pun, roti putih original klasik tetap menjadi pilihan utama kita kan. Sebab itulah kalau roti gardenia ini tiba-tiba hilang nescaya rakyat Malaysia boleh mengamuk.
Mungkin korang suka baca: