Keunikkan Burger Ramly Sedap & Bersepah!
Apa yang membuatkan negara kita terkenal di mata dunia adalah makanan kita. Sebut je makanan Malaysia, lebih daripada 10 yang kita boleh beri yang cukup popular sehingga pelancong luar sanggup datang untuk mencubanya terutama burger gaya Malaysia yang lebih mesra dikenali sebagai Burger Ramly.
Daripada kita kecil sehingga dewasa, perasaan menikmati rasa burger Ramly memang sukar untuk dilupakan. Boleh dicari di mana-mana sahaja, burger tersebut dimasak dengan penuh teliti untuk memberi rasa yang cukup menyelerakan.
Apa yang membuatkannya lebih popular adalah harga yang sangat murah. Satu burger sahaja mungkin bernilai bawah RM10 memberi masyarakat peluang untuk menikmati kesedapan makanan berasal dari barat ini.
Kalau dibandingkan dengan burger dari kedai jenama makanan segera jauh sama sekali perbezaannya. Paling ketara adalah harga, kemudian rasanya. Burger Ramly mempunyai rasa yang lebih dekat dengan lidah kita betul tak?
Tetapi, ada juga rahsia yang membuatkannya lebih sedap serta unik. Patty daging dibungkuskan dalam telur dihiasi dengan campuran sos cili, mayo dan bbq membuatkannya lebih sedap dan sedikit kotor. Tapi itulah yang membuatkannya lebih sedap kan!
Haa.. memang berair mulut kalau kita bercerita pasal burger Ramly. Namun, tak ramai tahu kisah disebalik makanan ini dan kenapa iannya menjadi sangat popular serta dekat dalam hati setiap rakyat Malaysia.
Photo from Pinterest
Oleh itu, jom kita tengok kisah disebaliknya.
Pencipta Burger Ramly Yang Genius
Photo from iluminasi
Setiap kali kita singgah ke kedai burger jalanan kegemaran kita. Apa yang kita akan nampak adalah jenama patty burger yang digunakan oleh mereka disusun dengan baik untuk memudahkan proses memasak.
Jenama tersebut adalah Ramly Burger. Logonya memang tidak pernah berubah sama sekali termasuklah dengan rasanya yang masih kekal sedap walaupun sudah lebih 10 tahun beroperasi. Sebab itu kita lebih selesa untuk pilih jenama ini berbanding jenama lain.
Sebaliknya siapa pencipta jenama ini? Adakah beliau seorang yang genius melihat sebuah peluang untuk mencipta daging patty sendiri bagi memenuhi kehendak rakyat Malaysia. Haa.. kalau korang tahu, Ramly Bin Mokni adalah pengasas disebalik jenama ini tau.
Beliau mengasaskan Ramly Burger pada tahun 1984 sehingga kini bersama isterinya. Dato' Haji Ramly mendapat idea untuk menghasilkan daging burger yang dijamin halal, bersih dan berkualiti tinggi.
Bermula tahun 1978, beliau berkerja sebagai pemotong daging mengambil peluang untuk membuat dan menjual sendiri daging burger dari rumah dengan bantuan isterinya. Ini kerana pada waktu itu terdapat isu tentang status halal daging burger di negara.
Bersama isteri beliau melakukannya secara manual tanpa bantuan mesin sahaja. Pada awalnya, beliau mendapati tak ramai orang Malaysia gemar makan burger. Namun, kecekalan beliau membuatkan ramai memilih untuk membeli burger dijualnya di kawasan Chow Kit.
Saban hari permintaan burger meningkat daripada 200 keping sehingga 3,000 keping sehari. Pada tahun 1980, beliau membuka syarikat dan berjaya membuka sebuah kilang untuk menghasilkan patty daging burger.
Photo from CampaignAsia
Kini, kalau kedai burger tidak menggunakan jenama Ramly memang terasa sedikit janggal kan? Mestilah kena pilih jenama ini barulah sedap!
Apa Yang Membuatkan Burger Malaysia Istimewa?
Photo from Forever In Hunger
Selain daripada penggunaan daging patty jenama Ramly. Apa yang membuatkan burger style Malaysia unik dan istimewa berbanding burger yang kita boleh dapatkan dari restoran makanan segera?
Semuanya bermula dengan daging patty sendiri. Tak kisah apa pilihan korang ayam, daging atau kambing, asalkan menggunakan jenama Ramly sudah terjamin sedap! Kadang kala ada peniaga akan potong di bahagian tengah untuk jadikannya patty lebih ranggup.
Seterusnya, tak lengkap kalau tidak dibaluti dengan telur. Telur pula tidak boleh terlalu tebal dan nipis, ia perlu garing sedikit dan dipenuhi dengan rasa. Perlu tambah sedikit garam, lada suluh dan secukup rasa dari Maggi.
Hiasan burger pula tak boleh kedekut betul tak. Pilihan sayur seperti kubis dan tomato wajib ada. Ada peniaga akan tambah jeruk untuk menambah tekstur dan rasa berbeza. Paling penting adalah dua sayur ini sahaja.
Akhir sekali, burger tersebut perlu dibanjiri dengan pilihan sos kegemaran kita. Ada yang suka pedas akan minta lebihkan sos cili sehingga setiap bahagian disaluti penuh dengan sos menyebabkan setiap gigitan akan meletup dengan rasa.
Kalau dah makan memang tak sah kalau tak mintak tisu sebab wajib bersepah. Kalau tak bersepah, bukan burger ramly lah tu kan? Itulah kriteria untuk menghasilkan burger style Malaysia yang sempurna.
Photo from Daily Makan
Keunikkannya terletak pada kriterianya. Kita takkan jumpa gaya burger ini di tempat lain kalau bukan di negara kita sahaja. Kaedah patty daging dibalut dengan telur sahaja pun sudah cukup untuk membezakan gaya kita dari gaya yang lain.
Kenapa Burger Ramly Penting Dalam Budaya Makan Kita!
Photo from TimeOut
Walaupun terdapat banyak jenama yang menjual makanan yang sama pada masa kini. Namun, memang susah untuk kita tolak tepi dan buang burger ramly daripada budaya pemakanan masyarakat setempat.
Apa yang membuatkan makanan ini penting adalah simbolnya sendiri pada kita. Harga murah yang menjaminkan rasa yang melazatkan memberikan peluang kepada sesiapa sahaja untuk menikmati makanan yang asalnya bukan makanan asas kita.
Selain itu, gayanya yang sangat berbeza membuatkannya mempunyai identiti tersendiri. Singgah ke setiap pelusuk dalam negara, kita mesti berpeluang untuk jumpa kedai burger dibuka tepi jalan menghidangkan makanan yang sama cuma berbeza resipi sahaja.
Itulah yang membuatkan makanan ini sangat unik dan perlu diangkat sebagai antara makanan yang wajib orang cuba apabila melawat ke negara kita!
Mungkin korang suka baca: