download Jom Explore app
Kuil Berumur 1,200 Tahun Dijumpa Di Kedah?

Kuil Berumur 1,200 Tahun Dijumpa Di Kedah?

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 25 Sep 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Tular Jabatan Warisan Negara dan Universiti Sains Malaysia Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (GARC) telah menjumpai sebuah kuil berumur 1,200 tahun. Penemuan di Bukit Choras, Kedah menunjukkan bahawa terdapat kerajaan yang cukup canggih di negara kita.

Menurut 'Bapa Sejarah' Herodotus pernah berkata "Sejarah adalah penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan sebabnya berlaku sesuatu peristiawa". Merujuk kepada kepentingan tentang sejarah.

Penemuan struktur bangunan ini merupakan kejayaan yang cukup hebat. Ini dapat menunjukkan bahawa terdapat sebuah kerajaan besar pernah mendiami tanah negara kita pada satu masa dahulu.

Selain itu, struktur ini dapat menceritakan bagaimana empayar kerajaan dahulu hidup di muka bumi. Haa.. mana tau kita sebenarnya datang daripada keturunaan yang mempunyai kelebihan dalam seni pembinaan.

Tapak dijumpai di Bukit Choras, Kedah amat penting untuk sejarah negara kitaPhoto from TW: thepatriotasia

Oleh itu, apa kata kita tengok apa yang menariknya tentang struktur yang baru sahaja ditemui ini.

Tinggalan Kuil Berumur 1,200 Tahun Dahulu

Penemuan sebuah kuil dianggap sebagai penemuan penting dalam sejarahPhoto from TW: thepatriotasia

Kita sedia maklum bahawa terdapat beberapa kerajaan lama yang pernah ditubuhkan di tanah Malaysia. Selain daripada empayar masyhur Melaka, kerajaan seperti Johor, Kedah dan Terengganu turut mempunyai sejarah tersendiri.

Namun, masih banyak perkara kita tidak mengetahui tentang sejarah kerajaan ini. Perkara ini dapat menimbulkan tanda tanya sejauh mana kemajuan kerajaan ini telah capai pada waktu itu.

Adakah mereka juga mempunyai kemahiran jauh lebih hebat daripada kita? Haa.. sebab itulah pentingnya untuk kita menjumpai beberapa tapak sejarah yang ada dalam negara kita.

Dr Nasha Rodziadi Khaw menjadi ketua penyelidik GARC turut menemui dua patung bersaiz besar yang dipelihara dengan baik. Patung ini diperbuat daripada bahan stuko yang seakan sama dengan plaster.

Selain itu, seni bina dan plaster ini serupa dengan artifak Kerajaan Srivijaya purba yang ditemui di Sumatera dan Jawa Barat, Indonesia. Kerja penggalian mengambil masa selama dua minggu bermula pada 28 Ogos tau.

Kerja menggali tapak bersejarah memerlukan kepakaran tau bukan saja-sajaPhoto from TW: thepatriotasia

Ini boleh dianggap sebagai penemuan arkeologi paling penting untuk negara kita sejak pandemik.

Peninggalan Seni Bina Yang Masih Kukuh

Selain daripada penemuan kuil terdapat beberapa patung juga tauPhoto from TW: thepatriotasia

Apa yang membuatkan ramai terkejut adalah kekuatan serta keutuhan kebanyakan artifak yang telah dijumpa. Struktur kuil yang dijumpa dianggar berumur 1,200 tahun masih kukuh bertahan sehingga zaman ini.

Menurut Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara, Mohd Azmi Mohd Yusof berkata, "Ciri paling unik tentang kuil ini adalah masih utuh. Kuil masih mengekalkan struktur penuhnya.

Kami berharap dapat membuat lebih banyak penemuan untuk membawa elemen ke dalam tamadun Kedah. Selain itu, dapat menambah kepada produk perlancongan ke negeri ini melalui tarikan archaeo.

Beliau turut berkata, kerja penggalian telah mendedahkan keseluruhan dinding di bahagian barat kuil. Bukan itu je, separuh dinding bahagian utara dan selatan turut dijumpai bersama struktur tangga di pangkalannya.

Tapak baru ini juga boleh dijadikan tempat melancong sama seperti Lembah BujangPhoto from Trip Advisor

Macam tak percaya sahaja kan bahawa terdapat seni bina yang mampu bertahan beribu tahun lagi tau. Kalau nak dibandingkan dengan pembangunan pencakar langit di KL pun sudah cukup hebat.

Inskripsi Dalam Bahasa Pallava

Contoh inskripsi Pallava yang merupakan bahasa sanskritPhoto from Trip Advisor

Penemuan ini bukan lah hebat semata-mata kehebatan seni bina sahaja. Malah, pasukan ini turut menemui beberapa inskripsi dalam Pallava serta serpihan tembikar yang menunjukkan terdapat tanda kehidupan tau.

Pallava merupakan sebuah dinasti lama yang asalnya dari India. Lalu tapak ini dipercayai dibina antara abad ke-8 dan ke-9 Masihi berkemungkinan sama tahun dengan Lembah Bujan dan Zaman Srivijaya.

Segala penemuan artifak dan patung akan dibawa semula ke GARC USM untuk tujuan pemuliharaan. Penyelidikan secara mendalam akan turut dilakukan bagi memahami sepenuhnya kisah disebaliknya.

Kerja penggalian tidak akan terhenti dan akan disambung semula menjelang bulan Disember. Fasa kedua ini akan meneruskan pencarian pada tapak tersebut serta menggali baki struktur kuil yang tertinggal.

Bukan itu sahaja, menurut Naib Canselor USM Prof Datuk Ir Dr Abdul Rahman Mohamed berkata, "Masih banyak lagi yang perlu diterokai di Lembah Bujang. Kami memerlukan lebih masa untuk menjalankan kerja penggalian.

Penemuan ini sangat penting. Ia membolehkan kita mengkaji semula peristiwa sejarah yang ditulis oleh ahli sejarah barat," Haa.. mana tau selepas sudah selesai kerja penggalian tapak ini akan dibuka untuk pelancong melawat.

Lembah Bujang juga dapat menceritakan pelbagai kisah sejarah tentang negara kitaPhoto from TW: thepatriotasia

Maklumlah, kita pun dah bosan asyik pergi ke shopping mall sahaja kan. Kita ubah selera untuk menyinggah ke muzium bagi mempelajari kekayaan sejarah serta budaya yang negara kita ada.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok