Sedapnya Resipi Ikan Bakar Portugis Ini!
Bersiar-siar di bandar Melaka memang takkan rasa lengkap kalau tak pekena seafood mereka. Makanan seperti asam pedas atau ikan bakar portugis menjadi agenda utama kalau melawat ke bandar bersejarah. Tetapi, ramai kata kalau cuba masak di rumah prosesnya susah serta resipinya rumit terutama ikan bakar portugis. Betul ke?
Haa.. apabila hujung minggu sahaja sudah menjadi kewajipan untuk mencuba pelbagai resipi masak bagi mengenyangkan perut kita dengan masakan sedap. Kalau asyik makan di luar pula tak boleh sebab semakin mahal.
Disebabkan itu, ramai yang mencuba untuk menghasilkan beberapa masakan tradisional mengikut negeri masing-masing. Antara yang paling popular adalah masakan dari negeri Melaka seperti asam pedas atau ikan bakar portugis.
Namun, masih ramai gagal untuk menghasilkan ikan bakar portugis hasilnya sama seperti makan di kedai. Kadang kala kurang masak, rempahnya tidak terasa atau rasa sedap berubah tawar. Haa.. kalau korang hadapi situasi macam ni jangan risau tau.
Kerana, Min akan kongsikan dekat korang resipi untuk hasilkan ikan bakar portugis dengan mudah untuk korang cubaa di rumah sahaja. Prosesnya juga tidak rumit pun dan sangat mesra bagi orang bujang yang baru masuk ke dapur.
Photo from my resipi
Kita pun terasa juga nak makan ikan bakar yang sedap kan? Apa kata korang baca sampai habis untuk ketahui resipi serta tips untuk membantu korang dalam proses memasak.
Asal-Usul Ikan Bakar Portugis
Photo from Pinterest
Tapi sekejap, ada perbezaan ke antara ikan bakar dan ikan bakar portugis atau kedua-duanya sama sahaja. Kalau korang nak tahu, ikan bakar portugis adalah variasi kepada ikan bakar dengan mengubah beberapa rempah sahaja.
Namun, kadang kala ada beberapa orang beranggapan iannya adalah masakan yang sama. Korang pun takkan sedar bezanya apabila makan di kedai nasi campur yang menjual ikan bakar menggunakan resipi yang lebih kurang sama.
Asal-usulnya resipinya tiada rekod yang kukuh. Namun, kebanyakkan sumber mengatakan ia terhasil daripada negeri Melaka kerana pengaruh penaklukan Portugis ketika zaman kesultanan dahulu.
Masakkan ini terdiri daripada ikan yang dibakar menggunakan sambal yang diperbuatkan menggunakan beberapa campuran rempah. Ini akan menghasilkan rasa lebih mendalam sesuai untuk isi ikan yang berlemak manis.
Selain itu, pengaruh Portugis memberi kesan dalam teknik masakan. Mereka sering masak ikan dengan teknik membakar dan menggunakan cabai merah dalam masakan mereka.
Mereka turut mengenalkan beberapa rempah dan bahan yang bukan asli di bumi Melaka ketika itu. Portugis sering membawa bersama rempah yang diambil daripada negara lain untuk digunakan dalam masakan mereka.
Photo from Pinterest
Sekaligus, rempah yang digunakan diadaptasi ke dalam masakan tempatan menghasilkan ikan bakar portugis. Sambal serta teknik masakan terhasil daripada pengaruh budaya asing ketika itu.
Resipi Ikan Bakar Portugis Yang Mudah!
Photo from foodpanda
Sumber asli resipi ikan bakar portugis ini daripada Azie Kitchen yang memudahkan proses memasak di rumah. Korang juga boleh mengubah serta mengeluarkan resipi tersendiri mengikut rasa dan selera lidah korang tau!
Seterusnya, bukan semua ikan sesuai untuk digunakan. Lebih baik korang menggunakan ikan siakapa, pari dan selar kerana isinya yang manis berlemak lebih sesuai untuk resipi ini. Tetapi, kalau korang nak mencuba nasib dengan ikan lain pun tiada masalah tetapi hasilnya kemungkinan sedikit berbeza.
Bahan-Bahan Diperlukan:
1 ekor ikan siakap (kelar siap-siap)
5 helai daun limau purut (potong halus)
3 sudu besar minyak bawang putih
1 sudu kecil garam (ubah mengikut rasa)
1 sudu besar gula (ubah mengikut rasa)
Daun pisang atau aluminium foil
Bahan Kisar:
3 sudu besar cili kering (tambah kalau nak sedikit pedas)
2 biji buah keras (candlenut)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih, batang serai, hiris lengkuas
Photo from halal seafood kl
Langkah-Langkah Masak:
- Mula-mula ambil 6 ulas bawang putih ditumbuk dengan kulitnya. Panaskan 1/2 cawan minyak dan tumiskan bawang putih tadi sehingga garing naik bau. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
- Bersihkan ikan dan kelas sedikit sahaja. Gaulkan bahan kisar bersama garam dan gula.
- Letakkan ikan atas foil atau daun pisang dan lumurkan sepenuhnya dengan campuran bahan kisar. Pastikan korang sapu sehingga rata pada setiap permukaan untuk memastikan rempah dapat diserap ke setiap bahagian ikan.
- Tuang minyak bawang putih dan letak daun limau.
- Bungkus ikan dengan foil dan bakar sehingga ikan masak.
- Setelah masak, buka sedikit foil dan teruskan membakarnya dengan foil terbuka. Teruskan proses memasak sehingga tahap garing yang korang suka!
Resipi Mudah & Sedap
Photo from spice n' pans
Haa.. senang sahaja kan cara nak hasilkan ikan bakar portugis di rumah korang. Proses membakar pula boleh menggunakan ketuhar atau periuk ikan bakar yang mudah untuk dicari di kedai serbaneka menjual peralatan memasak.
Selain itu, untuk tingkatkan pengalaman lebih sedap. Korang boleh buat sambal kicap atau air asam yang sesuai dipadankan bersama masakan ini. Nasi putih gebu memang sedap dicampurkan dengan sambal ikan bakar.
Biarkan hidangan korang lebih simple supaya ikan bakar tersebut dapat menyerlah berbanding lauk-lauk yang lain. Jika korang menggunakan ikan segar, lebih sedap hasilnya kerana isi ikan tersebut lebih berlemak.
Tak salah untuk korang mencuba resipi ini di hujung minggu ketika mencari idea untuk masak apa. Selamat mencuba!
Mungkin korang suka baca ini: