Port Terbaik Untuk Dapatkan Asam Pedas Paling Sedap Di Melaka!
Kalau pergi ke Melaka memang wajib korang singgah ke pelbagai lokasi bersejarah Melaka kan? Maklumlah bandar bersejarah kan! Tapi Melaka ni memang syurga untuk peminat masakan asam pedas dan korang wajib pergi ke lokasi ini untuk dapatkan asam pedas paling sedap di Melaka!
Haa.. boleh pening kepala tau kalau cari kedai makan yang hidangkan asam pedas sebab memang banyak sampai tak terkira!
Maklumlah, asam pedas merupakan menu yang unik di Melaka sehingga kan ramai sanggup beratur untuk menikmati hidangan yang menggabungkan rasa pedas dan masam yang memikat nafsu makanan korang tu kan.
Photo from Che Nom
Tapi, Min nak share dekat korang port asam pedas terbaik kat Melaka sampai kan orang sanggup beratur lama semata-mata untuk menikmati hidangan unik ini tau. Nak tau kat mana? Korang kena baca artikel ni sampai habis!
Sedap Ke Asam Pedas Ni? Kenapa Ia Sangat Popular Di Melaka?
Photo from Asam Pedas Claypot
Haa.. Asam Pedas ni hidangan yang berasal dari negara kita tau dan boleh didapati di pelbagai kawasan serata Asia Tenggara tau. Nama 'asam' berasal dari perkataan Bahasa Melayu merujuk kepada asam jawa.
Kalau takda asam jawa, maka tak jadi lah Asam Pedas tau kerana ia memberikan rasa masam khas pada hidangan ini. Bukan itu sahaja, rasa masam itu digabungkan dengan cili untuk memberikan sengsasi pedas sekaligus meningkatkan aroma yang memikat selera korang tu.
Selalunya, asam pedas ini dimasak menggunakan ikan air tawar yang dimasak dalam sup campuran asam jawa, cili, bawang merah, bawang putih, serai dan berberapa rempah lain. Ikan yang digunakan direndam dalam campuran kunyit, garam dan jus limau sebelum dimasak dalam sup.
Photo from Asam Pedas Premier
Selain itu, asam pedas memang sesuai untuk dihidangkan bersama nasi putih panas tau dan sayur seperti bendi menambah kelazatan serta nikmat hidangan ini. Haa.. sebab itulah asam pedas sangat popular tau walaupun nampak simple tapi rasa yang kompleks pasti buat korang terliur melihatnya.
Amat popular di Melaka kerana negeri tersebut terletak berdekatan dengan pelbagai sumber air yang menawarkan pelbagai jenis ikan segar yang sesuai dipadankan dalam asam pedas membuatkan korang dapat merasai kelembutan serta kemanisan ikan dan sup pedas masam ni tau.
Sampai Je Melaka, Cari Pasar Borong, Batu Berendam Untuk Dapatkan Asam Pedas Terbaik Di Melaka!
Photo from Asam Pedas Premiere
Haa.. bila korang sampai je Melaka, cepat-cepat cari Pasar Borong, Batu Berendam untuk dapatkan asam pedas terbaik di Melaka tau! Pasar Borong ini memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan serta bahan-bahan mentah yang segar.
Perbezaan asam pedas di sini berbanding kedai-kedai lain adalah kuah yang pekat berwarna merah memberikan kombinasi rasa masam pedas yang unik tau. Selain itu, ikan digunakan seperti ikan tenggiri segar untuk berikan korang rasa rempah yang unik tersendiri tau.
Photo from Qamarul Qareem
Selain daripada menikmati asam pedas. Pasar Borong ini turut mempunyai berberapa kedai yang menjual bahan masakkan untuk korang menikmati sesi membeli belah dengan harga yang berpatutan tau.
Pastikan Korang Datang Awal Lagi-Lagi Waktu Hujung Minggu! Kalau Tak Menangis Lah Korang Menunggu
Photo from Mohd Azim
Melaka ini merupakan negeri yang sangat popular dengan pelancong tau baik dalam negara mahupun di luar negara. Jadi, min pesan awal-awal dekat korang untuk datang awal kalau tak menangis lah korang menunggu giliran untuk makan.
Dekat sini korang jangan terkejut tau ramai dah booking tempat! Jadi pastikan korang pelan terlebih dahulu supaya korang tidak perlu menunggu lama untuk dapatkan meja. Selain itu, kedai-kedai di sini buka sebelah malam sehingga lewat pagi tau.
Kalau korang datang waktu tengah hari memang tak dapat lah! Ingat, Min dah pesan awal-awal tau. Bukan itu saja tau, daripada Plaza Tol Ayer Keroh hanya mengabil masa 15 minit je tau.
Manakala, dari bandar utama Kuala Lumpur hanya mengambil masa 2 jam sahaja perjalanan korang. Jadi, apa kata hujung minggu ini korang bawa sekeluarga makan asam pedas di bandar bersejarah sambil makan angin di berberapa lokasi bersejarah di Melaka.
Photo from Terrance Junior
Haa.. selain itu, Min rekomen korang untuk cari asam pedas claypot yang sangat popular dekat Pasar Borong ni! Dengan harga berpatutan dan rasa asam pedas yang asli memang tak terkejutlah nak lihat satu Malaysia datang ke sini untuk menikmati hidangan yang popular ini.
Min pun terliur tulis artikel ini, jom kita ke Pasar Borong Batu Berendam hujung minggu ini!
Photo from Mohd Syukri
❤️Reespi Asam Pedas Daging Tetel di Melaka - Selamat Datang ke Melaka dan Rasa Kenikmatan Asam Pedas Daging Tetel! | Jom Explore
❤️Tinyscale Homestay Melaka - Homestay Selesa dan Menarik hanya 15-20 Minit dari Bandar! | Jom Explore