Resipi Nasi Ayam Hainan Original Yang Mewah
Nasi ayam merupakan salah satu makanan yang digemari oleh kebanyakan orang kerana ia ringkas, sedap dan harga berpatutan. Bagaimanapun, korang sanggup tak untuk bayar RM35 untuk sepinggan nasi ayam?
Kalau makan di kedai mewah berbaloi lah Min sebab pengalaman serta proses untuk menyiapkan nasi ayam itu memerlukan kepakaran. Tetapi, kalau korang makan di warung adakah harga tersebut berbaloi?
Tular di platform media sosial FB, seorang pengguna bernama Edwin Lu berkongsi kisahnya menikmati nasi ayam yang berharga RM80 untuk dua orang makan. Beliau bertanya berbaloi ke sampai harga macam ini.
Menurut netizen yang pernah makan disitu, ramai mengatakan harganya memang sedikit premium. Ini disebabkan kedai tersebut telah mendapat pengiktirafan daripada Michelin yang sangat terkenal dalam industri masakan.
Sijil daripada syarikat ini menunjukkan bahawa masakan korang dianggap antara paling sedap dalam dunia tau. Oleh itu, ramai setuju bahawa untuk harga tersebut amat berbaloi berbanding restoran Michelin yang lebih mewah.
Photo from Pinterest
Kalau korang tak sanggup nak bayar jangan risau. Apa kata korang cuba belajar buat nasi ayam hainan dengan cara mudah dan dijamin sedap. Selain itu, resipi ini juga sesuai untuk korang yang ingin tingkatkan kemahiran masak dan belajar resipi baru.
Asal-Usul Nasi Ayam Hainan
Photo from Pinterest
Sukar untuk dinafikan kenikmatan serta sedapnya sepinggan nasi ayam panas siap dihidang di atas meja makan. Nasi wangi dimasak sempurna mempunyai sedikit bau halia cukup ditambah dengan sup panas untuk menambah rasa pekat ayam.
Kemudian, sambal cili dan kicap dicurahkan sedikit ke atas nasi dan pilihan ayam yang kita suka. Ayam panggang atau rebus semuanya penuh berperisa dan lembap menjadi padanan sempurna dengan nasi panas tersebut.
Kombinasi ini terhasil daripada orang Cina yang tinggal di Pulau Hainan, China. Namun ada sedikit perbezaan antara nasi ayam hainan dan nasi ayam Malaysia tau. Antaranya adalah nasi mereka bukan berwarna kuning seperti kita selalu makan.
Nasi mereka berwarna putih. Bukan itu saja, sambalnya pula lebih biasa kerana menggunakan minyak, jeruk kalamansi, bawang putih dan halia sahaja. Tujuannya adalah untuk memberi lebih fokus menyempurnakan ayam.
Photo from Dish by lli
Untuk mendapatkan nasi ayam hainan sempurna ciri utama ayam perlu berair dan nasi penuh aroma. Kemudian, pastikan ada halia hanucr, kicap dan sambal cili sebagai penambah rasa. Baru lengkap hidangan korang tau.
Resipi Nasi Ayam Hainan
Photo from Pinterest
Kebanyakkan orang selalunya akan buang air rebusan ayam ketika proses memasak. Ini adalah kesilapan yang paling besar korang boleh lakukan tau kerana air ini mempunyai rasa pati terhasil daripada ayam!
Pastikan korang simpan air rebusan ayam untuk menambah rasa lebih sedap pada nasi ayam korang. Ada beza menggunakan stok ayam yang dibeli berbanding buat sendiri kerana korang dapat mengawal rasa yang terhasil daripada rebusan tersebut.
Resipi ada di bawah dan boleh diubah mengikut kesukaan korang. Namun, kalau nak rasa yang paling asli korang ikut sahaja setiap langkah.
Bahan-Bahan
Bahan untuk bahagian ayam:
- 1 ekor ayam
- 2 inci halia jangan dibuang kulit
- daun bawang
- 1/2 sudu kecil garam secukup rasa
- 1 ketul kiub pati ayam
- 2 liter air
- 1 sudu besar minyak bijan
Untuk bahagian halia:
- 3 inci halia
- daun bawang ambil bahagian pangkal
- garam secukup rasa
- 1/4 minyak panas
Bahan nak buat sambal cili:
- 5/4 tangkal cili padi
- 2-4 cili merah
- 4 ulas bawang putih
- 5 biji limau kasturi
- 1 inci halia
- Air rebusan ayam
- 1/2 sudu besar gula
- Garam
Hasilkan nasi beraroma sedap:
- 2 cawan beras
- 3 cawan air rebusan ayam
- Minyak dari lemak ayam
- 2 ulas bawang putih
- 1/4 biji bawang holland
- 2 helai daun pandan
- garam
Langkah Untuk Hasilkan Nasi Ayam Hainan Yang Sedap!
Photo from Pinterest
Senang sahaja nak hasilkannya cuma memerlukan beberapa bahagian untuk melengkapkan hidangan ini. Jangan risau, Min dah mudahkan setiap langkah untuk korang supaya korang boleh ikut dengan senang hati.
Langkah-Langkah:
Ayam Hainan Paling Sedap:
- Potong halia dengan kasar dan asingkan daun bawang potong sebesar 2 inci
- Ayam perlu dipotong dan ambil sedikit bahagian lemak di bahagian punggung dan leher
- Sapukan garam pada ayam
- Tumbuk halia sampai pecah. Masukkan halia dan daun bawang dalam periuk
- Masukkan ayam, kiub pati ayam, garam dan air
- Pastikan ayam tenggelam dalam air tau!
- Rebus ayam dengan api perlahan selama 45-60 minit
- Terus angkat ayam dan rendam dalam air sejuk (kena ada ais batu)
- Tapis rebusan ayam dan ambil sup sahaja
Tak lengkap kalau takda pes halia:
- Kupas kulis halia dan potong secara halus
- Potong daun bawang secara halus juga
- Masukkan halia, daun bawang dan garam
- Tumbuk sehingga lumat dan sebati
- Panaskan minyak masak sampai naik asap dan tuangkan bahan tersebut
- Kacau sehingga sebati dan siap
Penyediaan nasi mudah sahaja:
- Ketuk bawang putih sampai pecah
- Potong bawang holland secara kasar
- Masak bahagian lemak ayam dengan minyak sikit sahaja sehingga kecut
- Bawa keluar lemak itu dan tumis bawang korang
- Masukkan daun pandan dan beras. Goreng terlebih dahulu selama 2/3 minit
- Jangan lupa air dan garam. Kacau sampai sebati dan biarkan nasi masak
Sambal cili untuk kasi sikit pedas:
- Kupas kulit halia dan potong halus
- Cili merah, cili padi dan bawang putih potong dengan kasar
- Kemudian, kisar sampai halus
- Campurkan semua bahan tersebut dan tambah gula dan garam
- Perahkan jus limau sikit dan air rebusan ayam
Photo from foodpanda
Kuah kicap special:
- Siram sayur taugeh dengan air panas
- Toskan dan simpan air tersebut
- Campurkan air taugeh, air rebusan ayam, kicap masin cair
- Kicap manis dan minyak bijan
- Tambah secukup rasa sikit dan campurkan kesemuanya bersama taugeh
Siap Pun Nasi Ayam Hainan Original
Photo from Pinterest
Haa.. kalau korang baca sekali lalu memang nampak merumitkan setiap langkahnya. Jangan risau, semuanya mudah sahaja dan korang tidak perlu memerlukan teknik hebat pun untuk hasilkan nasi ayam yang sedap.
Pastikan korang ikuti masa yang ditetapkan dengan betul dan sentiasa rasa apa yang korang masak itu. Selain itu, jangan lupa untuk menambah apa yang kurang pada lidah korang supaya kena dengan selera tekak.
Selamat mencuba!
Mungkin korang suka baca: