Mee Goreng Mamak Mudah, Cepat Dan Paling Sedap!
Perut mula berbunyi waktu lewat malam dan korang terpaksa mencari makanan. Nak keluar singgah ke kedai mamak pun sudah malas lalu terpaksa masak lah jawabnya. Nak masak tu korang tau ke resipi yang mudah? Apa kata cuba belajar buat mee goreng mamak.
Kalau makan di kedai mamak terdapat pelbagai jenis makanan untuk kita pilih mengikut selera kita. Dari nasi kandar, menu panas, roti, ayam tandoori dan goreng-goreng cukup untuk memuaskan nafsu makan.
Min pula wajib order mee goreng mamak, mee lebih dan buat pedas kalau tengah sedap melepak dengan kawan-kawan. Lagi sedap kalau kita tambah ayam goreng dicampurkan ke dalam pinggan kita sekaligus.
Haa.. untuk yang tak biasa makan, rasa mee goreng ini sama sahaja seperti kuey teow goreng, nasi goreng dan bihun goreng cuma perbezaanya adalah penggunaan mee kuning. Ada yang kata mee kuning jika tidak dibersihkan dengan betul ada rasa kapur.
Disebabkan itu ramai mengelak untuk pilih mee ini. Namun, apabila digoreng bersama sayur, cucur udang, ayam akan menghasilkan rasa yang menyelerakan ditambah dengan hirisan limau memang puas hati.
Photo from Pinterest
Perut pun dah lapar ni, jom Min kongsikan resipi mudah untuk korang hasilkannya di rumah!
Perbezaan Mee Goreng Mamak
Photo from Pinterest
Kadang kala kita akan diberi pilihan untuk mee goreng mamak, mee goreng biasa atau basah bila melakukan pesanan. Setiap versi ini ada perbezaan ketara yang membezakannya antara satu sama lain tau. Jangan pukul sama rata!
Photo from Pinterest
Resipi Untuk Menghasilkan Mee Goreng Mamak Paling Sedap!
Photo from Pinterest
Korang ikut sahaja apa yang Min tulis untuk korang. Untuk lebih memudahkan proses memasak pastikan korang sediakan bahan terlebih dahulu sebelum mula langkah memasak supaya tidak hangus masakan nanti.
Ada rahsia untuk membuatkan masakan lebih sedap adalah menggunakan air rebusan daging atau stok daging. Ini akan memberikan rasa 'umami' yang mendalam dan rasa manis semulajadi menjadikan lebih sedap!
Photo from Pinterest
Bahan-Bahan Diperlukan:
- 1/3 daripada sebungkus mee kuning
- 1/2 tauhu lembut (boleh gantikkan dengan tauhu biasa)
- 2/3 cili api diketuk (tambah jumlah kalau nak pedas)
- 1 sudu besar cili kisar atau cili boh
- 1 biji bawang merah dipotong halus
- 2 ulas bawang putih diketuk
- 1/2 biji tomato dipotong menjadi 8
- 2 helai daun sawi ketuk bahagian batang dan potong kecil
- 1 1/2 sudu kecil gula (boleh kurangkan jika terlalu manis)
- 1 sudu kecil rempah kari daging/ayam
- 1 biji telur
- 2 sudu minyak
- 1 kentang dipotong dadu dan direbus
- Setengah sudu serbuk perasa
- Tauge
- Air
- Kicap manis
Langkah-Langkah:
Photo from Pinterest
- Masukkan minyak dalm kuali, potong tauhu dan masukkan terus. Bila sudah separuh masak masukkan bawang putih dan bawang merah.
- Gaulkan sedikit sehingga sedikit layu. Masukkan cili kisar dan serbuk kari.
- Tumis sampai pecah minyak, masukkan tomato, cili api dan sawi. Gaul sampai sebati
- Kemudian, masukkan mee kuning yang dicuci. Gaul dan masukkan gula dan serbuk rasa.
- Sentiasa gaul untuk memastikan bahan perasa sebati dengan bahan-bahan lain
- Masukkan tauge dan tuangkan kicap sedikit. Jangan terlalu banyak tau nanti boleh jadi pahit.
- Letakkan sedikit air dan masukkan ketang yang sudah direbus
- Teurskan menggaul dan masukkan telur pula. Jangan tunggu telur mengeras tau.
- Akhir sekali, gaul sehingga sebati dan siap untuk dihidang!
Mudah, Ringkas & Pantas
Resipi ini sangat sesuai kalau korang tengah lapar lewat malam dan inginkan sesuatu yang cepat dan mudah. Cara masaknya pula senang sahaja dan tidak memerlukan teknik rumit seperti masakan lain.
Antara tips yang Min boleh kasi ketika korang masak resipi ini adalah jangan biarkan mee lama sangat dalam kuali. Ini akan menyebabkan mee korang kembang dan pastikan dibasuh menggunakan air bersih dengan betul.
Selain itu, korang juga boleh ubah sedikit mengikut resipi asal untuk memenuhi cita rasa dan jangan lupa untuk picit sedikit air limau untuk memberi rasa masam yang seimbang. Haa.. tak terkejut lepas ni korang akan lebih pandai masak daripada mamak kegemaran korang!
Mungkin korang suka baca ini: