Melantak Sotong Bakar Sebesar Tangan Di Warung Hijau, Melaka!
Dah bosan asyik makan asam pedas je bila bercuti di Melaka? Apa kata korang tukar selera pulak melantak sotong bakar gemuk dan besar-besar menggunakan resipi turun-temurun keluarga dengan harga berpatutan tau. Nak tau kat mana? Korang kena baca sampai habis.
Haa.. terletak di bandar bersejarah di Melaka. Warung berwarna hijau ini sangat popular di kalangan penduduk di sekitar kawasannya dan juga termasuk seluruh Melaka tau!
Warung ini terletak di Kampung Durian Daun sekitar 10 minit dari bandar Masjid Tanah je tau. Warung ini memang terkenal dengan sotong bakar dan berberapa makanan warung melayu menjadikkan iannya destinasi wajib untuk korang cuba bila dah sampai di Melaka.
Photo from FB: Warung Hijau Rojak Sotong
Tapi mesti korang nak tahu lebih betul tak? Jom Min kongsikan apa yang menarik tentang warung ini!
Diberi Nama Warung Hijau Rojak Sotong Kerana Berwarna Hijau!
Photo from Muhd Faiz Abdul Rahim
Haa.. senang sahaja kalau nak cari warung ini di Kampung Durian Daun, Melaka. Korang cari sahaja warung berwarna hijau yang diberi nama Warung Hijau Rojak Sotong!
Warung ini memang terkenal dengan menu istimewa mereka iaitu sotong bakar sebagai hidangan utama yang membuatkan ramai pelanggan makan di sini. Selain itu, korang wajib cuba Rojak Sotong yang menambah reputasi warung ini tau.
Rojak Sotong secara tradisional menggunakan campuran sayur, sos rojak dan sotong kembung tau. Tapi, Warung Hijau menggunakkan sotong putih bersaiz besar untuk memberi lebih kepuasan serta mengeyangkan korang sampai esok hari!
Photo from Muhammad Firdaus
Gabung bahan-bahan ini bersama sos masam manis pedas memberi rasa yang sukar digambarkan tau kerana gabungan rasa manis, masam dan juga pedas pasti membuahkan rasa sedap! Bukan itu je tau, sotong di warung ini dibakar untuk menambah aroma bakar yang korang tidak boleh dapat di kedai lain.
Sotong Yang Dibakar Dengan Sempurna Memberi Nikmat Rasa Setiap Gigitan Menggunakan Resipi Keluarga Turun-Temurun!
Photo from Aliff Daniel
Walaupun warung ini sederhana sahaja tetapi pemilik warung hijau ini komited hanya untuk menggunakan bahan-bahan segar sahaja untuk memberi kepuasan sepenuhnya kepada pelanggan macam korang!
Harga rojak sotong jumbo bermula dari RM23.00 sepinggan tau dan bergantung kepada saiz sotong yang digunakan. Selain itu, sotong jumbo ini dibakar sehingga teksturnya dimasak sempurna untuk buat korang lebih terliur!
Bukan itu je tau, sotong yang dibakar ini menggunakan resipi turun-temurun daripada keluarga pemilik warung ini. Sotong ni turut mempunyai pelbagai sos seperti sambal belacan, kicap manis untuk lebih menambah rasa serta aroma menyelerakan.
Photo from FB: Warung Hijau Rojak Sotong
Korang jangan risau tau sotong yang dibakar ini bukan sahaja lembut malah aroma panggang itu korang boleh rasai setiap gigitan tau. Dicampur lagi dengan sos rojak dan berberapa sos tambahan pasti buat korang jatuh cinta dekat warung ini kan! Korang dah terliur ke tak bayangkan rojak sotong ni?
Bukan Sotong Bakar Je Korang Boleh Melantak, Masakan Lain Pun Ada Tau Dengan Harga Yang Berpatutan
Photo from FB: Warung Hijau Rojak Sotong
Sotong yang sebesar tangan korang ni bukan sahaja sedap tetapi harga yang berpatutan tau. Selain itu, bukan rojak sotong sahaja korang boleh melantak tetapi pelbagai masakan warung tradisional Malaysia pun korang boleh nikmati dengan rojak sotong tu!
Masakan seperti mee goreng, kuetiaw goreng dipadankan bersama sotong jumbo korang tu baru lah puas hati nak makan sampai kenyang kan! Kalau korang nak makan nasi lemak dengan sotong jumbo ni pun boleh tau!
Memang pilihan ada di tangan korang untuk menikmati pelbagai jenis hidangan tradisional Malaysia bersama sotong jumbo. Selain itu, warung ini dibuka dari pukul 2 petang sehingga 9 malam memang sesuai untuk korang makan tengah hari dan malam tau.
Photo from Faizal Azreen
Warung ini bukan sahaja memberi korang kenikmatan aroma sotong bakar yang besar untuk korang melantak tapi dengan harga yang berpatutan memang wajib lah korang singgah untuk nikmati hidangan unik di Melaka tau.
Walaupun terletak di luar bandar, Min pastikan pengalaman serta makanan yang sedap memang berbaloi untuk korang cuba tau! Memang rugi kalau dah sampai melaka tak singgah di warung ini.
📍 Batu 19 3/4, Kampung Durian Daun, 78300 Masjid Tanah, Melaka
⏰ 2:30 pm - 9 pm (Isnin Tutup)
❤️ Tips Pakaian Untuk Tarikh Pertama Lelaki: Buat Impresi pada Pasangan Calon Anda! | Jom Explore
❤️ Lepak di Kedai Kopi Empat Petang: Nikmati Kopi & Cipta Memori Indah di Bandar Temerloh | Jom Explore