Nak Rasa Kari Kepala Ikan Sedap Di KL? Singgah Anuar's Fish Head Curry
Hidangan Kari Kepala Ikan merupakan antara pilihan paling popular untuk belanja diri menikmati makanan yang sedap. Isi lemak manis ikan bercampur kuah kari pekat berempah pedas masam cukup untuk buat sesiapa sahaja terliur melihatnya. Sebab itu, dekat bangsar ada lokasi yang sangat popular tau.
Memang sukar untuk dinafikan bahawa makanan india mamak amat popular dalam negara kita sehinggakan pelancong luar pun akan datang menikmati beberapa hidangan popular dari kedai mamak.
Sebut sahaja kedai mamak lebih dari satu jenis masakan yang kita boleh pilih mengikut mood dan selera kita. Selalunya, kita akan pesan nasi kandar kuah campur, roti kosong atau menu goreng-goreng.
Tak kisahlah yang penting kedai mamak cukup buat kita kenyang dengan harga munasabah dan paling penting adalah rasa yang sedap! Dari mana rasa sedap itu datang sebenarnya?
Kebanyakkan kedai mamak menggunakan resipi sendiri yang datang daripada negara India. Negara ini pula memang terkenal dengan kepelbagaian serta kemewahan jenis rempah yang ada. Rempah mereka gunakan pula berkualiti tinggi.
Penggunaan rempah dalam resipi mereka dapat menghasilkan pelbagai masakan kari yang sedap sehingga menjilat jari terutama hidangan istimewa iaitu Kari Kepala Ikan. Haa.. siapa tak pernah cuba memang rugi tau.
Korang boleh bayangkan sendiri isi ikan lembut dimasak dalam kuah kari dicampurkan ke dalam nasi putih panas adalah kombinasi paling susah untuk lawan! Kalau korang mencari kedai kari kepala ikan yang sedap jangan khuatir.
Singgah je ke Anuar's Fish Head Curry di Bangsar, Kuala Lumpur yang telah berniaga lebih kurang 30 tahun memfokuskan kepada masakan kari kepala ikan!
Kari Style South Indian Berbeza Tau
Photo from Pinterest
Antara ciri-ciri membuatkan Anuar's Fish Head Curry istimewa berbanding kedai lain adalah gaya masakannya datang daripada Selatan India. Ciri masakannya terdiri daripada penggunaan rempah dan santan tau.
Lada yang digunakan selalunya lada cili, kunyit, ketumbar dan jintan manis. Setiap rempah ini penting untuk memberikan rasa unik dalam masakan kari yang kita biasa rasa apabila menyuapnya ke dalam mulut.
Kari di kedai ini mempunyai rasa tersendiri. Karinya amat pekat dan rasa berlemak melalui penggunaan santan serta rasa masam dari asam jawa cukup untuk memberi rasa seimbang apabila dimasak dengan kepala ikan.
Rasa berlemak santan memang penting dalam masakan Selatan India kerana menambah tekstur berkrim, berlemak dan sedikit manis pada keseleruhan rasa kari untuk mengimbangi rempah ratus yang ada.
Selain itu, rasa rempah pula meningkatkan keseluruhan aromatik kuah kari tersebut dengan memberi rasa pedas untuk menyengat lidah kita dengan manja. Tak lengkap pula kalau takda sedikit kepedasan kan?
Photo from Patrick Austin
Takkan nak rasa lemak dan pedas je kan. Sebab itulah pentingnya seimbang dan rasa masam kuah kari menjadi pelengkap menggabungkan setiap komponen secara harmoni tanpa merosakkan keseleruhan masakan!
Keistimewaan Kari Kepala Ikan
Photo from Hassan Zarikah
Antara keistimewaan negara kita adalah kelebihan untuk menikmati masakan seperti kari kepala ikan. Ini adalah hidangan popular di Asia Tenggara terutama negara kita. Di kedai Anuar, mereka menggunakan Ikan tenggiri dan Ikan merah tau.
Ikan ini akan direbus dalam kari yang dimasak menggunakan resipinya sendiri! Walaupun bersepah kedai menjual menu yang sama namun korang sendiri akan rasa perbezaan ketara kalau makan di kedai ini.
Kepala ikan pula adalah bahagian paling berharga kerana mempunyai isi lembut dengan rasa lemak manis cukup berperisa tau. Ditambah pula dengan campuran rempah ratus sudah cukup untuk tingkatkan rasa isinya.
Menu di kedai ini pula tak banyak dan ini adalah perkara yang sangat bagus kerana dapat memberi fokus untuk menyempurnakan setiap masakan yang dihidangkan kepada para pelanggan.
Haa.. korang jangan takut! Setiap hari rasa kari kepala ikan di kedai ini takkan mengecewakan korang langsung. Malah mungkin korang akan pesan lagi satu untuk dibawa balik ke rumah untuk menjamu selera.
Photo from IG | gluttonbanker
Selain itu, korang turut boleh tambah lauk sotong sebagai lauk sampingan untuk dinikmati bersama.
Jangan Lupa Ayam Goreng Mamak!
Photo from Auntie Lily
Pelanggan tetap di kedai ini selalunya akan pesan nasi putih bersama ayam goreng, kari kepala ikan dan sayur taugeh! Menu simple ini cukup untuk memberikan rasa padu dan buat korang tersenyum sepanjang hari.
Maklumlah, ayam goreng disini pun bukan calang-calang tau. Ayam diperap dengan penuh teliti menggunakan campuran rempah digoreng sehingga ranggup panas sentiasa menjadi keutamaan pelanggan Anuar's.
Bukan itu je, sayur taugeh pula bukanlah hiasan sahaja. Taugeh yang lembut tetapi ranggup memberikan tekstur dan rasa segar sedap digaulkan dengan nasi dan pilihan lauk korang tau! Kalau makan camtu je tak sedap pula nanti.
Haa.. menurut pelanggan tetap korang kena datang awal atau elak waktu puncak kerana memang menjadi tumpuan orang untuk makan ketika waktu tengah hari di kedai sini. Kedainya pula hanyalah bawak pokok sahaja.
Photo from Ray Leowh
Kalau rasa tidak selesa, Min rekomenkan korang untuk bawa bungkus sahaja untuk dinikmati di rumah. Korang dah teliur belum baca artikel ini? Ada rasa nak singgah ke bangsar untuk rasa keistimewaan kari kepala ikan tak untuk hari esok.
📍 6A, Lorong Ara Kiri 3, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
⏰ Setiap hari (10 am - 5 pm)
Mungkin korang suka baca ini: