Warong Tiga Lima, Tempat Dengan Hidangan Kampung Autentik di Shah Alam
Apabila anda melihat sekeliling dan mendapati ramai yang sibuk membuka kafe dengan hiasan estetik yang menarik dan pelbagai sudut yang instagramable, perlu diingat bahawa terdapat satu tempat yang benar-benar unik di Shah Alam - Warong Tiga Lima. Warung ini semakin mendapat perhatian dan populariti dikalangan penduduk tempatan dan pengunjung.
Photo from IG | Warong Tiga Lima
Ia adalah sebuah tempat yang unik dan menarik yang membawa anda kembali ke zaman dahulu. Dengan konsep klasik yang terinspirasi dari tahun 60-an dan 70-an, ia membawa nostalgia yang kuat kepada pelanggan. Jadi, apa yang membuatnya begitu istimewa?
Suasana Nostalgia Penuh Dengan Kenangan
Namanya sendiri merupakan satu perwakilan nostalgia. ia diilhamkan daripada buku hutang yang terkenal dulu iaitu buku tiga lima atau 555 yang sangat terkenal sebagai buku 'hutang' atau semasa zaman sekolah, buku pengawas untuk mencatat nama pelajar yang bermasalah. Nama ini memunculkan kenangan manis akan masa kanak-kanak bagi ramai orang.
Photo from IG | Warong Tiga Lima
Apabila anda melangkah masuk ke dalam warung ini, anda akan merasakan seperti anda telah kembali ke zaman dahulu. Barangan-barangan antik dan hiasan-hiasan klasik menghiasi tempat ini, memberikan suasana nostalgia yang sejati. Pemilik warung turut menyumbangkan barang-barangan antik peribadi mereka untuk menambah lagi atmosfera klasik ini.
Photo from IG | Warong Tiga Lima
Selain daripada reka bentuk dalaman, ia juga mengekalkan nostalgia lama melalui penampilan staf mereka. Semua kakitangan akan berpakaian seperti zaman dahulu dan muzik yang dimainkan adalah dari filem-filem popular oleh seniman legenda seperti P. Ramlee dan penyanyi-penyanyi terkenal pada waktu itu.
Makanan Ikut Resipi Lama di Warong Tiga Lima
Bagi penggemar makanan, di sini juga tidak mengecewakan. Mereka menawarkan pelbagai hidangan yang mengambil inspirasi dari zaman dahulu, tetapi dengan sentuhan moden yang sedikit. Campuran kopi terpilih menghasilkan aroma yang memikat rasa, membuatkan pengalaman makan dan minum di sini benar-benar istimewa.
Photo from IG | Warong Tiga Lima
Hidangan yang paling popular adalah nasi lemak signatur mereka yang menjadi pilihan utama. Nasi lemak ini disajikan dengan ikan masin bulu ayam dan dibungkus dengan daun pisang, memberikan rasa yang autentik dan mengasyikkan. Selain itu, terdapat juga menu lain seperti roti titab, cucur, lempeng, roti jala, roti bakar, kuih-muih, dan banyak lagi.
Photo from IG | Warong Tiga Lima
Namun, perlu diingat bahawa iasering menjadi pilihan utama penduduk tempatan dan pengunjung. Oleh itu, jika anda merancang untuk mengunjungi, pastikan anda datang awal atau bukan pada waktu puncak untuk mengelakkan kesesakan.
Photo from IG | Warong Tiga Lima
Dengan suasana yang mengasyikkan dan nostalgia yang teramat kuat, ia adalah tempat yang wajib dikunjungi oleh sesiapa yang ingin mengalami keunikan dan kenangan zaman dahulu dalam hidangan dan suasana yang menarik. Jadi, jangan lupa untuk merancang lawatan anda ke sini dan nikmati pengalaman yang benar-benar istimewa!
Photo from IG | Warong Tiga Lima
📍Taman Majlis, Seksyen 10, Shah Alam
⏰ Selasa-Ahad (Isnin tutup), 8 pagi -11 pagi, 4 petang - 10 malam
Anda mungkin suka:
❤️ Nikmati Kopi Dalam Suasana Rumah Kampung Melayu Lama Di Nomad.Kopifi!
❤️Panduan Cari Kedai Makan Sedap Di Kuala Terengganu!