Perkara Boleh Potong Mood Tengok Bola Dekat Mamak!
Musim bola dah tiba dan aktiviti wajib geng kaki bola untuk lepak mamak beramai-ramai menonton pasukan kegemaran bermain di tv sambil menikmati suasana yang meriah merupakan budaya bagi segilintir orang kita. Namun, ada beberapa perkara berlaku yang boleh potong mood kita ketika menyaksikan perlawanan langsung! Haa.. apakah perkara itu?
Budaya melepak mamak ini memang sebati sangat dalam kehidupan seorang lelaki. Teman wanita yang sedang membaca ni janganlah buat-buat terkejut kalau pasangan korang asyik meliar lepak je pada waktu malam.
Mereka bukan curang tetapi mereka ingin menyaksikan pasukan kelab kegemaran bersaing untuk meraih kejuaraan! Ini adalah perkara norma bagi seseorang lelaki kerana ia adalah salah satu hobi mereka.
Hobi amatlah penting bagi seseorang lelaki tau. Haa.. sebab itulah ramai lelaki bujang wajib tengok bola dekat mamak bersama kawan lain, barulah seronok katanya. Tetapi untuk yang dah berkahwin tu, pandai-pandailah pujuk isteri korang.
Photo from TW: myjoe_
Walaupun menyaksikan perlawanan langsung ni menyeronokkan terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan korang potong mood betul sehingga suasana riang bertukar muram kalau iannya berlaku tau.
Buat Bising Tak Tentu Hala Sehingga Orang Sekeliling Terganggu
Photo from Semuanya Bola
Biasalah kedai mamak ni tak pernah tak bising kan? Kalau korang nak makan di kedai yang senyap dan mempunyai lagu-lagu menenangkan korang dah cari restoran mahal! Justeru itu, sudah lazim kita melihat orang bersorak ataupun memberi reaksi ketika perlawanan penting berlangsung.
Namun, kadang kala ada segelintir penonton bising betul sehingga orang sekeliling pun turut terasa terganggu dengan perangai mereka. Min faham, menjeri ini semua tiada masalah biasalah untuk meriahkan suasana.
Tetapai kalau dah sampai terjerit-jerit, herdik sana sini dan paling teruk bercakap dengan lantang kuat sehingga kita nak makan pun tak tenang memang potong mood betul! Itu belum dia berdiri menutup TV apabila pasukannya kalah!
Haa.. ini sedikit nasihat untuk orang macam ni, tak salah untuk memberi reaksi tetapi bertimbang lah rasa dekat orang lain juga. Mereka juga berada di situ untuk menikmati suasana yang meriah dan makanan sedap!
Janganlah buat bising sehingga menganggu orang sekeliling, itu pun boleh menyebabkan pergaduhan tau! Sebaliknya, beri lah reaksi secukupnya dan bergelak ketawa dengan orang sebelah korang tu.
Mamak Tukar Program Lain Waktu Genting!
Photo from The Star
Sesiapa yang selalu tengok bola kat mamak ni memang dah biasa sangat dengan mamak tukar program lain waktu-waktu genting sampai korang terlepas gol menentukan pasukan korang menang ataupun kalah!
Aduh, lagi teruk kalau mamak tu tukar ke program drama ataupun tutup tv terus dengan pelbagai alasan diberikan. Haa.. kita dah pesan macam-macam makanan dengan minuman pun dia boleh selamba je tukar ke program lain.
Lain kali kalau perkara sebegini berlaku korang tengok ajalah perlawanan bola tu dekat telefon. Maklumlah kini semua model telefon ada rangkain internet yang cukup laju untuk strim secara online tanpa menganggu mood keseluruhan.
Selain itu, korang juga boleh melihat mamak yang selalu kaki bola kerap kunjungi supaya perkara sebegini tidak berlaku dekat korang lagi. Biasalah kan siapa je suka tengah hangat dalam perlawanan tiba-tiba kena tukar program!
Kalau cerita mamak tu tukar best takpa lagi, kalau dapat cerita yang hampeh memang potong mood betul.
Sembang Dunia Ini Dia Punya
Photo from CARI infonet
Menonton bola di mamak ni seronok kerana terdapat pelbagai gelagat watak yang korang akan biasa nampak. Selalunya kaki bola ni wajib ada geng mereka dan dalam kalangan mereka wajib ada seorang yang sembang 'world'!
Maksudnya, kalau dia sembang memang dari mula sehingga habis dua perlawanan bola pun takkan berhenti. Seterusnya, apa yang dia sembang tu kalah pemain yang tengah bermain di atas padang tu.
Hanya dialah pemain, jurulatih, pengulas dan lebih teruk dialah yang mempunyai pengalaman paling tinggi dalam dunia bola sepak. Ada yang paling teruk, analisis dari setiap sudut kenapa pasukan ini lebih baik dari pasukan sekian.
Min faham, korang taksub dengan bola sepak tetapi beringat lah sikit, tiada siapa nak dengar kalau korang asyik berbual je memanjang! Baik Min tengok bola dekat rumah aman sedikit daripada dipaksa melayan orang perangai sebegini.
Walhal wakil sekolah pun tak pernah orang sebegini. Haa.. korang mesti pernah jumpa kan orang macam ni?
Order Macam-Macam Sampai Penuh Satu Meja
Photo from Foodpanda
Sudah menjadi kewajipan untuk memesan ketika menonton perlawanan bola barulah seronok! Min pula jenis biar perut kosong dan makan sambil menyaksikan perlawanan bak kata peribahasa sambil menyelam sambil minum air kan.
Rasa macam tak lengkap pulak kalau tak pekena nasi kandar sambil tengok pemain kegemaran menjaringkan gol dan selalunya makanan itu menjadi lebih sedap kalau kelab kegemaran kita menang betul tak?
Haa.. tetapi kadang kala ada juga perangai kawan kita kalau order pula macam-macam sampai penuh satu meja tu. Lagi teruk kalau kena tambah satu meja kerana makanan dan minuman terlalu banyak.
Min faham, memang seronok melepak sambil makan dan minum tetapi kalau dah penuh satu meja macam mana korang nak menikmatinya? Akhir sekali, berlakunya pembaziran makanan kerana terlalu syok menonton sehingga lupa segala perkara yang dipesan.
Tetapi ada lagi satu perkara memang boleh buat kita potong mood betul!
Waktu Nak Bayar, Macam-Macam Alasan Keluar!
Photo from Jom Jalan
Haa.. inilah perkara memang boleh buat kita potong mood sehingga bergaduh mulut pun boleh jadi tau. Waktu asyik menonton order macam-macam jenis air yang mahal. Makan pula tak ingat dunia.
Paling kurang pun nasi kandar lauk kambing, kalau rasa berani sikit dia pesan lauk sotong! Memang persis seperti Raja melantak makanan sambil menonton bola. Kita dekat sebelah tengok je kawan kita melantak lauk mahal-mahal.
Tetapi, bila waktu nak bayar je macam-macam alasan dikeluarkan! Haa.. itulah waktu segala cerita dimuntahkan pada kita. Alasan yang biasa kita dengar seperti "gaji tak masuk lagi, bulan ni hutang aku banyak lah" atau "aku payment client lambat masuk", kita lah jadi bank sementara pada waktu itu.
Kadang kala sebelum tamat perlawanan kawan kita dah hilang dulu dengan alasan bini panggil balik rumah padahal dia bujang lagi tu. Haa.. nasihat Min dekat korang dekat luar tu janganlah buat perkara sebegini tak baik tau!
Korang dah order tu korang bertanggungjawab lah, jangan lah tolak kepada kawan korang. Kita sendiri tak tahu status kewangan beliau, mana tau dia ada cukup-cukup duit je waktu itu untuk melepak?
Haa.. perkara sebegini memang boleh buat kita potong mood! Namun, tidak dapat dinafikan itulah budaya menyaksikan perlawanan bola di mamak. Kalau takda perkara sebegini tak menarik lah suasana pada waktu itu.
Photo from Pinterest
Kalau korang pula, apakah perkara yang boleh menyebabkan mood korang potong?
Mungkin artikel ini dapat menarik perhatian korang:
❤️Tempat Terbaik untuk Mendapatkan Asam Pedas di Melaka | Jom Explore
❤️Restoran Mamak Terbaik di Lembah Klang untuk Lepak Malam | Jom Explore