Mamak Paling Best Kat Lembah Klang Untuk Lepak
Restoran Mamak adalah jantung kepada setiap rakyat Malaysia yang inginkan sebuah tempat lepak sambil menikmati makanan sedap sehingga lewat malam! Jom try lepak dekat kedai mamak yang sedap di kawasan Lembah Klang.
Dikenali sebagai "Greater Kuala Lumpur", Lembah Klang merupakan kawasan paling ramai penduduk Malaysia merangkumi pelbagai daerah dan bandar.
Kalau duduk di kawasan ini memang tak sah tak singgah ke kedai mamak yang boleh didapati di setiap pelusuk tempat tidak kisah lah dekat mana kan?
Photo from FB: orang wangsa maju
Haa.. sebab itulah min nak kongsikan dekat korang antara kedai mamak yang best dekat serata kawasan Lembah Klang ni!
Takkan lah korang taknak lepak pekena teh tarik dengan nasi kandar bersama-sama kawan borak sampai lewat malam hujung minggu ni. Jom!
Nasi Lemak Bumbung SS2 PJ Sea Park
Photo from IG: steven8963
Mamak adalah istilah biasa digunakan di Malaysia merujuk kepada restoran makanan India-Muslim. Mamak ni sudah menjadi asam geram dalam budaya negara kita.
Memang tak sah kalau tak lepak sambil menikmati makanan sedap, suasana santai, berborak dengan kawan-kawan sampai lewat pagi dengan harga yang berpatutuan.
Selalunya mamak akan menghidangkan makanan seperti roti canai, goreng-goreng ataupun nasi kandar kan? Tapi dekat Nasi Lemak Bumbung SS2 ni hidangan utama diorang adalah Nasi Lemak tau!
Siapa je tak suka Nasi Lemak kan, menurut pelanggan mereka nasi lemak yang dihidangkan di restoran ni antara paling sedap berbanding pertandingan mereka.
Photo from IG: steven8963
Terletak di lorong jalan dan dibuka lewat petang sehingga larut malam, kedai ni memang sesuai kalau korang mengidam nasi lemak dan ingin mencari tempat lepak baru bersama kawan korang.
Malam yang dingin bersama masakan panas menjadikan kedai Nasi Lemak Bumbung destinasi wajib korang pergi kalau nak melepak hujung minggu ni.
📍6, Jalan 21/11b, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor
⏰Setiap Hari (4 pm - 12 am)
Nasi Kandar Pelita
Photo from IG: sayday.japan
Sebut je Nasi Kandar Pelita memang beratur peminat-peminat mereka yang akan tetap berkata mamak ini lah paling sedap berbanding kedai mamak lain.
Antara rangkaian restoran mamak paling terkenal sehingga kan meliputi satu negara. Nasi Kandar Pelita berjaya memikat hati pelanggan mereka dengan Nasi Kandar dan Sup Mamak.
Pilihan kuah kari, ayam goreng dan berberapa lauk lain menjadikkan Nasi Kandar Pelita sangat popular kerana rasa serta aroma yang melazatkan tau.
Tidak kisahlah pukul berapa sekali pun, korang pasti dapat lihat pelanggan mereka makan dengan pilihan lauk masing-masing.
Photo from IG: sayday.japan
Selain itu, sup mamak mereka turut menjadi kegemaran ramai tau! Sup yang dimasak dengan perlahan-lahan dengan pelbagai jenis daging akan memastikan setiap rempah ratus dapat dirasai dengan setiap suapan.
Korang akan dapat merasai kepedasan rempah ratus dengan kelembutan serta kemanisan daging bercampur dengan nasi putih panas pasti membuatkan korang jatuh cinta dengan Nasi Kandar Pelita!
📍149, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
⏰24 Jam
Restoran Hakim, Shah Alam
Photo from IG: alifjohari9
Kalau korang tinggal di Shah Alam, tipulah tidak pernah dengar restoran Hakim kan?
Orang Shah Alam wajib bawak kawan mereka untuk lepak dekat sini kerana ia merupakan antara kedai mamak paling sedap di kawasan Shah Alam dan seluruh Lembah Klang tau.
Antara hidangan paling popular di kedai ni adalah Nasi Kandar dengan Ayam Goreng Hakim!
Ayam mereka digoreng sehingga ranggup menggunakan pelbagai jenis rempah ratus untuk menghasilkan ayam goreng berwarna merah penuh dengan aroma serta ranggup di setiap gigitan.
Campuran kuah kari bersama nasi putih akan menghasilkan kombinasi paling sempurna tau. Selain itu, roti naan bersama ayam tandoori juga menjadi pilihan utama menurut pelanggan mereka.
Ayam tandoori akan diperap dengan rempah ratus untuk berberapa jam untuk memastikan setiap rempah dapat membawa rasa tersendiri.
Jadi, apabila korang menikmati ayam tandoori mereka. Aroma rempah ratus itu pasti membuatkan korang nak order satu lagi tau!
Photo from IG: naddynadt
Haa.. jangan terkejut kalau korang boleh jatuh cinta dekat kedai ni kerana setiap penduduk Shah Alam akan mensyorkan kedai ni kepada rakan-rakan mereka yang bukan penduduk bandar itu.
Korang rasa nak singgah mana di antara tiga tempat untuk lepak bersama kawan korang? Rugi lah kan kalau tak dapat lepak sambil makan menghilangkan stress dengan gelak ketawa berkongsi cerita!
📍40 42, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
⏰24 Jam
❤️ Slow Wood Coffee: Kafe Cantik di Mont Kiara untuk Hilangkan Stress & Nikmati Kopi yang Berkualiti | Jom Explore
❤️ Sup Haji Abu di Jalan Dorasamy: Nikmati Sup Panas Rempah-Ratus Daging Lembut! | Jom Explore