download Jom Explore app
10 Filem Chick Flicks Yang Pasti Anda Semua Tahu (Dulu Hingga Kini)

10 Filem Chick Flicks Yang Pasti Anda Semua Tahu (Dulu Hingga Kini)

Lifestyle
By Nurul Khaleeda on 21 Dec 2022
Digital Editor

Ada masa anda terasa nak cantikkan diri, pakai mekap dan baju yang cantik lepas tu keluar bersuka-ria dengan rakan-rakan. Tapi kadang-kadang, anda lebih memilih untuk hanya duduk di rumah atau pun buat ‘movie night’ dengan rakan-rakan.

Bila dah rancang nak buat ‘movie night’ ni, mestilah kena pilih filem mana yang sesuai kan? Anda tahu tak sebenarnya ada banyak koleksi filem ‘chick flicks’?

Haa, kalau anda nak tahu, chick flicks bermaksud filem yang menarik minat wanita, contohnya seperti filem bergenrekan romantik komedi.

Namun begitu, kini filem-filem ini tidak lagi hanya menarik minat wanita malah ada juga lelaki tau. Kali ini, Jom Explore ingin berkongsi 10 filem chick flicks yang semua orang tahu. Mari kita!

?Charlie’s Angel (1976- 2019)

Ini merupakan filem ikonik chick flicks yang memperkasakan wanita. Jangan tak tahu filem ini sebenarnya ada banyak versi tau. Original Charlie’s Angel bermula pada tahun 1976 menerusi satu siri televisyen yang dibintangi oleh Farah Fawcett, Jaclyn Smith dan Kate Jackson.

Pada tahun 2019, Charlie’s Angel sekali lagi memasuki panggung dengan 3 muka baru iaitu Naomi Scott, Kristen Stewart dan Ella Balinska. Filem ini mengisahkan tiga orang perisik yang bekerja untuk Charlie bagi memastikan keadaan kekal aman tanpa ancaman.

?Ocean 8 (2018)

Fuh, dalam filem ini ada ramai muka-muka A-list Hollywood okay. Siapa je yang tak kenal Sandra Bullock, Anne Hathaway, Cate Blanchett, Rihanna, Helena Bonham Carter, Sarah Pulson dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan, filem ini merupakan versi wanita daripada filem Ocean 11, Ocean 12 dan Ocean 13. Masih berkisarkan plot yang sama dengan tiga filem sebelumnya, Ocean 8 mengisahkan Debbie Ocean yang baru keluar dari penjara dan merancang untuk merompak sebuah rantai yang berharga daripada leher seorang selebriti terkenal.

?To All The Boys I Loved Before (2018, 2020 & 2021)

Sejak mula ditayangkan di Netflix pada tahun 2018, nama Peter Kavinsky dan Lara Jean sememangnya menjadi sebutan terutamanya kepada generasi Z. Malah, trend untuk meluahkan perasaan melalui surat juga kembali menjadi popular.

Merupakan adaptasi daripada novel tulisan Jenny Han bertajuk sama, Siri To All The Boys I Loved Before menjadi peneman setiap kali Hari Valentine.

Mengisahkan Lara Jean yang menulis surat kepada lima orang lelaki yang pernah disukainya. Namun, dia tidak pernah menghantar surat tersebut sehinggalah satu hari kesemua surat itu berjaya sampai ke tangan pemilik. Salah seorang daripadanya adalah Peter Kavinsky. Sejak itu bermulalah episod kucar-kacir dalam hidup Lara Jean.

?High School Musical (2006, 2007, 2008)

Bila sebut tentang High School Musical, mesti anda teringat babak di mana Troy dan Gabriella menyanyikan lagu Breaking Free di auditorium kan?

Filem ini sangat meletup apabila mula ditayangkan di saluran Disney. Mengisahkan percintaan Troy dan Gabriella dan bagaimana mereka memecahkan status quo di sekolah tersebut apabila menyertai persembahan musikal.

Untuk pengetahuan anda, Disney ada membuat siri baru berkaitan filem ini bertajuk High School Musical The Musical The Series dan ditayangkan di Disney+, siri tersebut menaikkan nama Olivia Rodrigo dan Joshua Basset yang memegang watak utama.

?The Notebook (2004)

ezgif.com-gif-maker (64)

Filem yang diadaptasikan daripada novel Nicholas Spark ini merupakan filem romantik komedi paling diminati ramai. Mengisahkan kisah cinta epik Noah dan Ellie yang bertemu semasa zaman remaja namun terpisah kerana halangan keluarga.
Setelah dewasa, mereka bertemu kembali di saat Ellie telah bertunang dengan jejaka pilihan hatinya.

?A Walk To Remember (2002)

ezgif.com-gif-maker (65)

Filem ini juga diadaptasikan daripada novel Nicholas Spark. Filem dan buku ini sangatlah menyentuh hati dan pasti membuatkan anda mengalirkan air mata.

A-Walk-To-Remember

Mengisahkan kisah percintaan Jamie yang merupakan anak seorang pastor dan Landon, seorang pelajar yang bermasalah di sekolah. Jamie menolong Landon untuk kembali ke landasan yang betul dan bermula bibit-bibit cinta antara mereka. Namun, Jamie menyimpan satu rahsia yang besar.

?White Chicks (2004)

Jika anda mahukan malam yang santai dan dipenuhi dengan gelak tawa, filem komedi inilah yang harus menjadi pilihan anda!

Mengisahkan dua FBI lelaki yang harus menyamar menjadi dua kembar wanita yang menjadi sasaran penjahat. Pelbagai aksi dan babak lucu terjadi terutamanya ketika bersama rakan-rakan wanita kembar tersebut.

?Cluesless (1995)

Filem ini dianggap sebagai salah satu filem remaja terbaik sepanjang zaman. Sehingga kini, filem ini masih ditonton dan sebelum ini juga disiarkan kembali di Netflix.

HONEY MOON MUSE - 80scandles_ bellecs_ Clueless, 1995 ✯✯✯

Mengisahkan kehidupan Cher di Beverly Hills, fashionista yang kaya dan pandai memanipulasi keadaan supaya berpihak padanya. Dia dengan rakannya Dionne bertemu dengan Tai dan cuba menukar gadis itu menjadi seperti mereka.

Psst… dalam filem ini ada Paul Rudd, ala dia sekarang Ant Man dalam siri Marvel tu lah.

?Mean Girls (2004)

ezgif.com-gif-maker (69)

Masa zaman sekolah dulu, anda mesti geng masing-masing kan? Ada geng popular, ada geng pengawas, geng perpustakawan, dan banyak lagi lah. Filem ini sama macam itu jugak lah.

Mengisahkan geng popular yang terdiri daripada Regina George, Gretchen Wieners dan Karen Smith yang suka membuli pelajar-pelajar lain. Sehinggalah pelajar baru, Cady Heron memasuki sekolah tersebut dan cuba menghancurkan geng tersebut dari dalam.

?50 First Date (2004)

ezgif.com-gif-maker (71)

Siapa je yang tak tahu mengenai 50 First Date? Filem ikonik romantik komedi yang menampilkan Drew Barrymore dan Adam Sandler sebagai watak utama.

Mengisahkan Henry yang bertemu dengan Lucy di sebuah bar di Hawaii, bagaimanapun, apabila bertemu dengan wanita yang sama keesokan harinya, Lucy tidak mengingatinya.

ezgif.com-gif-maker (72)

Setelah diselidik, rupa-rupanya Lucy mempunyai sindrom Goldfield di mana dia hanya mempunyai memori jangka pendek. Selama setahun, Lucy menjalani kehidupan hari yang sama.

?Sumber Foto: Pinterest

Anda mungkin suka:

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok