10 Lagu K-Pop Yang Semua Orang Tahu, Termasuklah Non K-Poppers!
Fenomena Korean Pop atau lebih dikenali sebagai K-Pop kini telah pun melanda Malaysia. Jika anda perasan, negara kita juga kini semakin mendapat tempat selebriti Korea Selatan untuk singgah melakukan konsert jelajah ataupun sesi bertemu peminat.
Jika dahulu, ramai yang sedikit skeptikal dengan kehadiran lagu-lagu K-Pop ini, bukannya bahasa kedengaran asing malah lirik lagunya juga tidak difahami.
Namun, benar kata orang bahawa ‘Muzik adalah bahasa universal’, ia boleh menyatukan kita semua walanpun tidak mengerti bait-bait lagu tersebut.
Di sini kami ingin berkongsi 10 lagu K-Pop yang semua orang pasti tahu walaupun anda bukanlah seorang K-Poppers! Tak percaya? Cuba lihat senarai di bawah!
?Gangnam Style - Psy
Siapa je yang tak pernah dengar lagu ini? Memang sangat meletop sejak dilancarkan pada tahun 2012 hinggalah kini. Nama Psy juga melonjak naik disebabkan lagu ini.
Setakat hari ini, lagu ini telah dimainkan sebanyak 4.6 bilion kali di Youtube. Untuk pengetahuan, lagu ini mengisahkan mengenai cara hidup orang di daerah Gangnam yang hip dan trendy, berkerjaya dan juga ‘upper-class’. Disebabkan lagu ini juga, Gangnam menjadi kawasan tumpuan pelancong untuk melawat apabila ke Seoul, Korea Selatan.
?Nobody - Wonder Girls
Lagu ini betul-betul menjadi fenomena di Malaysia satu ketika dahulu. Malah, ia turut menjadi topik lawak jenaka oleh pelakon dan pelawak terkenal Malaysia, Harith Iskander di dalam program Lawak Ke Der.
Disebabkan lagu ini sangat popular, ia turut mempunyai dua versi iaitu dalam bahasa Hangul dan juga Inggeris.
?Fire - BTS
Oh my! Siapa je yang tak kenal nama BTS kan? Boleh dikatakan bahawa kumpulan ini adalah yang paling popular sekali tidak hanya di Malaysia malah di seluruh dunia! Bila sebut je nama BTS, terngiang-ngiang fan-chant grup ini - Kim Namjoon, Kim Seokjin, Min Yoongi, Jung Hoseok, Park Jimin, Kim Taehyung, Jung Jungkook, BTS!
Sebenarnya BTS mempunyai banyak lagu yang popular namun lagu yang betul-betul menaikkan nama mereka adalah Fire. Untuk pengetahuan, Lagu ini terlalu banyak kali dimainkan sehinggakan ada yang terus jadi peminat kumpulan ini.
?Bang Bang Bang - Big Bang
Ini adalah kumpulan yang lejen dari YG Entertainment. Dikhabarkan bahawa Big Bang adalah penyebab mengapa banyak rakan artis dari Korea Selatan mudah untuk mengorak langkah melebarkan sayap mereka ke luar negara.
Lagu Bang Bang Bang ini merupakan salah satu lagu di dalam album M.A.D.E. Malah, lagu inii juga turut menjadi salah satu trend di TikTok.
?Gee - Girl’s Generation
Anda ingat lagi tak trend seluar jean berwarna-warni yang pernah popular satu ketika dahulu? Mereka lah penyebabnya! Di dalam video muzik lagu ini, semua ahli memakai seluar jean dengan warna yang berbeza. Nah, terus jadi ikutan remaja tau.
Lagu Gee ini sangatlah popular di Malaysia, dengan genre yang rancak dan tarian yang mudah untuk diikuti, memang tak hairanlah mengapa ia sangat digemari orang ramai.
?TT - Twice
Twice merupakan salah satu girl group generasi ketiga yang popular baik di Korea Selatan mahupun di Malaysia. Tapi, lagu TT ini memang ramai orang minat kerana ia sangat ‘catchy’ dan juga tariannya sangat mudah dan nampak comel.
Fakta menarik mengenai Twice, mereka sudah menjejakkan kaki sebanyak dua kali di Malaysia namun hanya sekali sahaja beraksi di pentas Malaysia iaitu pada tahun 2019. Konsert pertama mereka pada tahun 2018 dibatalkan kurang 12 jam sebelum konsert berlangsung atas sebab keselamatan. Susulan itu, para peminat hadir ke KLIA dan beramai-ramai menyanyikan lagu popular mereka (TT antara salah satunya) sebagai hadiah perpisahan.
?How You Like That - BLACKPINK
Yass! Nama BLACKPINK sememangnya sangat popular di Malaysia. Menggunakan trademark ‘Blackpink In Your Area’, anda boleh dengar lagu kumpulan ini di mana-mana sahaja!
Lagu ini menjadi fenomena apabila dilancarkan pada tahun 2020. Setakat ini, video muzik lagu ini mempunyai tontonan sebanyak 1.1 bilion di laman Youtube. Berita gembira buat peminat juga kerana Jennie, Rose, Lisa dan Ji Soo akan kembali ke pentas Malaysia untuk konsert jelajah mereka pada Mac depan!
?Replay - SHINee
Lagu ini merupakan lagu debut kumpulan SHINee pada tahun 2008 dan terus mendapat perhatian warga Korea Selatan ketika itu. Namun bagaimana pula lagu ini mendapat perhatian rakyat Malaysia? Senang sahaja, melalui TikTok lah.
Untuk pengetahuan, lagu ini kembali menjadi trend di TikTok menyebabkan ramai generasi Z turut mengetahui mengenai lagu ini.
?Sorry Sorry - Super Junior
Super Junior juga merupakan salah satu kumpulan yang lejen di Korea Selatan. Pasti bila anda membaca tajuk lagu Sorry Sorry ini, dah terbayang-bayang tarian ikonik lagu ini.
Kalau anda nak tahu, Super Junior juga pernah merakamkan penggambaran muzik video untuk lagu Dancing Out di Malaysia. Berlatar belakangkan Menara Berkembar PETRONAS, Bukit Bintang, Dataran Merdeka, Masjid Putra dan banyak lagi di sekitar Kuala Lumpur.