Roti Naan & Ayam Tandoori Paling Sedap Kat KL!
Nikmatnya menjadi orang Malaysia adalah kita dapat menikmati pelbagai jenis makanan yang mempunyai profil rasa unik seperti roti naan dan ayam tandoori! Haa.. tahu tak dekat mana nak cari yang terbaik?
Sebab itulah ada satu restoran terletak di Ampang, Kuala Lumpur berdiri sebagai mercu tanda menjual serta menyajikan pelanggan dengan masakan asli India. Nama restoran tersebut adalah Tandoori Hut yang menawarkan kombinasi roti naan dengan ayam tandoori paling sedap di KL ni tau.
Tandoori Hut telah menapak selama lebih 15 tahun dan hanya menjual roti naan dengan ayam tandoori sahaja tau. Ayam tandoori dimasak menggunakan ketuhar tanah liat tradisional untuk memberikan rasa berasap yang sinonim dengan ayam tandoori.
Apa yang membuatkan Tandoori Hut istimewa adalah komitmen mereka untuk memastikan masakan yang dikeluarkan memelihara intipati masakan India dengan menggunakan pelbagai rempah ratus yang biasa kita lihat dalam masakan India.
Haa.. sebab itu kalau korang datang je ke Tandoori Hut suasana serta aroma bau yang datang daripada restoran ini pasti membuatkan korang terliur menunggu pesanan naan dengan ayam tandoori korang siap.
Photo from Farrah Ain
Tetapi mestilah korang nak tahu dengan lebih kenapa Tandoori Hut ni menjual roti naan dengan ayam tandoori paling sedap di KL. Jom baca sampai habis!
Roti Naan Lembut & Gebu
Photo from Carmen Lee
Roti naan mempunyai tekstur dan rasa berbeza berbanding roti cana yang menjadi kegemaran setiap orang Malaysia untuk sarapan ataupun makan malam sekalipun tau.
Walaupun bentuk dan rupanya serupa tapi terdapat perbezaan antara dua roti ini. Roti canai adalah roti leper yang biasanya berbentuk bulat diperbuat daripada gandum, mentega, garam dan minyak sayuran.
Roti canai ini teksturnya sedikit berminyak tetapi iannya lembut dan ringan sesuai untuk dipadankan bersama beberapa kombinasi kuah kari mengikut citarasa korang. Manakala, roti naan pula dibakar menggunakan ketuhar khas yang korang selalu dapat lihat terutama di Tandoori Hut.
Roti naan secara tradisional memang dipadankan bersama ayam tandoori tau. Selain daripada dibakar, perbezaan paling ketara adalah roti naan tidak dicampur dengan minyak, tetapi digantikan dengan yis membuatnyya lebih gebu berbanding roti canai.
Apabila roti naan dibakar ia akan menghasilkan tekstur yang kering, tidak berminyak dan rangup apabila dimakan sesuai dipadankan dengan beberapa kuah kari dan ayam tandoori tau.
Selain roti naan kosong, terdapat juga pilihan seperti roti naan bawan putih untuk menambah sentuhan aromatik meningkatkan rasa yang tiada bandingan pun boleh korang order tau.
Keistimewaan di Tandoori Hut adalah roti naan kejut yang diisi dengna keju sehingga padat dibakar sehingga kejut tersebut cair setiap kali korang tarik tersebut untuk cicah ke kuah kari.
Photo from Hosein
Haa.. dengar sahaja boleh buat kita terliur tau belum rasa lagi! Sebab itulah kepelbagaain roti naan ini menjadi hidangan ideal untuk korang makan terutama pada waktu malam baru lah syok.
Jangan Lupa Ayam Tandoori Dipenuhi Dengan Rempah Ratus
Photo from Auntie Lily
Siapa je tak pernah jatuh cinta melihat ayam tandoori dimasak dengan sempurna kan? Ayam yang dipanggang sehingga sempurna membawa aroma bau yang pasti membuatkan sesiapa sahaja terliur melihatnya. Ia juga merupakan antara masakan India paling ikonik!
Ayam tandoori ini asalnya daripada negeri Punjab yang terhasil apabila ayam diperap dalam adunan rempah dan yogurt sebelum dipanggang ke dalam 'tandoor' (ketuhar tanah liat). Hasilnya adalah gabungan rasa yang sedap dengan tekstur lembut yang menjadi kegemaran ramai orang.
Di Tandoori Hut, ayam tandoori menjadi kegemaran kerana ayam diperap dalam pelbagai campuran rempah ratus seperti jintan manis, ketumbar, kunyit, garam masala, paprika dan serbuk cili bersama yogurt tau.
Yogurt membuatkan ayam kekal lembap membolehkan setiap rempah meresap sehingga menebusi lapisan daging ayam tersebut tau. Kemudian ayam dimasak dalam tandoor menggunakan suhu tinggi menghasilkan bahangian luar berasap sambil kekalkan ayam lembap tau.
Tandoor memberikan profil rasa yang unik hanya boleh didapatkan daripada ayam tandoori dan roti naan tau. Nikmat ayam tandoori memenuhi mulut dengan letupan rasa pedas bercampur dengan rasa jintan dan ketumbar. Rasa masam daripada yogurt meningkatkan serta mengimbangi keseluruhan rasa ayam tersebut.
Photo from Scott J.Wong
Haa.. lepas ni pastikan korang order ayam tandoori lebih dekat Tandoori Hut kerana rasanya yang unik menjadi padanan wajib bersama pilihan roti naan korang tau.
Rugi Kalau Tak Cuba Makan Dekat Sini Tau
Photo from Sheikh MD
Tandoori Hut fokus kepada roti naan dengan ayam tandoori sahaja memastikan setiap masakan dimasak dengan sempurna dengan penuh teliti tau. Kerana fokus mereka kepada menu yang kecil sahaja membenarkan mereka menciptakan menu yang sungguh sempurna tau.
Menurut pelanggan mereka, roti naan yang dihidangkan sangat lembut dan gebu tau! Ramai rekomen untuk cuba roti naan bawang putih dan roti naan keju pasti membuatkan korang terliur dengan profil rasa berbeza.
Selain itu, roti naan disini disediakan menggunakan resipi tersendiri untuk memastikan setiap roti segar dan mematuhi kualiti restoran tersebut. Ayam tandoori juga diperap sehingga sempurna untuk memastikan setiap gigitan dipenuhi dengan rasa rempah ratus!
Photo from Mohd Aminuddin
Jangan terkejut kalau ramai beratur kalau korang singgah tau kerana ia menjadi lokasi popular untuk mendapatkan roti naan dengan ayam tandoori paling sedap di KL!
📍 449-G, Jalan 5, One Ampang Avenue, 68000 Ampang, Selangor
⏰ Isnin - Ahad (6pm - 12am)
📞 019-282 3320