BBQ Gaya Texas Ori di Beard Brothers BBQ
Korang pernah tak tengok barbeku gaya ala-ala Texas, Amerika Syarikat yang popular di media sosial? Daging yang disalai sehingga lembut dan juicy membuatkan kita terliur melihatnya tau. Psstt.. rupanya ada jugak dekat Malaysia ni yang dihasilkan oleh seorang pencita barbeku jugak tau!
Haa.. terletak di Tropicana Golf & Country Resort, Chef Nazri Jameson menyempurnakan skil menghasilkan barbeku gaya texas yang korang boleh dapatkan di Beard Brothers BBQ.
Untuk menghasilkan barbeku gaya texas yang digelar sebagai barbeku sebenar bukanlah satu perkara yang mudah tau. Sebaliknya ia dianggap sebagai satu karya seni yang korang boleh makan dengan penuh kenikmatan.
Ia memerlukan kemahiran yang dipelajari serta diasah oleh 'pitmaster' sepanjang hidup mereka untuk mendapatkan teknik dan hasil yang betul. Selain itu, ia mengambil masa yang tidak terkira banyaknya seperti percubaan dan kesilapan daripada pelbagai faktor ketika proses memasak.
Pelbagai aspek dapat menentukan barbeku korang menjadi ataupun tidak daripada sapuan rempah, kawalan suhu, pemilihan kayu api dan juga asap yang perlu dikawal untuk memecahkan potongan daging yang dimasak dengan perlahan.
Photo from Beard Brothers BBQ
Mesti terliur kan apabila korang dapat tahu dekat negara kita pun terdapat seorang pitmaster yang bersemangat untuk menghasilkan barbeku yang terbaik mampu menandingi di negara barbeku Amerika Syarikat. Jom tengok apa yang korang boleh dapat di Beard Brothers BBQ!
Texas-Style BBQ Bukanlah Satu Perkara Mudah
Photo from Beard Brothers BBQ
Ketua Pitmaster di Beard Brothers BBQ, Nazri Jameson merupakan seorang graduan seni kulinari beberapa tahun lalu berada di persimpangan jalan mencari kariernya. Beliau pernah bekerja di beberapa restoran tetapi tidak pasti langkah seterusnya.
Abang iparnya menasihati supaya mempelajari tentang cara masakan barbeku texas-style. Nazri terus terpikat dengan apa yang dilihatnya dan kemudian mengembangkan obsesi ini untuk menghasilkan barbeku paling sedap untuk peminat-peminat dalam negara.
Nazri turut menghabiskan hampir lima bulan untuk menyempurnakan teknik dan resipinya untuk mencapai visinya tentang barbeku sempurna tau. Tapi apa sebenarnya asas tentang Texas-Style BBQ yang popular di negara Amerika Syarikat sehinggakan mereka mempunyai pertandingan untuk mengetahui siapa pitmaster terbaik dalam negara mereka tau.
Texas BBQ boleh dikesan kembali ke zaman awal penempatan Eropah di kawasan itu. Penternakan lembu menjadi bahagian penting dalam cara hidup orang Texas kerana pendatang membawa tradisi masakan mereka. Kerana terdapat banyak lembu berkeliaran telah memberikan penduduk dengan banyak daging lembu.
Proses menyalai dengan perlahan di atas kayu api menjadi penyelesaian yang praktikal dan lazat untuk melembutkan potongan daging yang keras sekaligus melahirkan seni Texas BBQ.
Seni menyalai dengan perlahan dan rendah berpusat di negeri Texas. Pitmaster menggunakan mesin 'offset smoker' untuk memasak daging pada suhu rendah untuk satu jangka masa yang panjang. Memasak secara perlahan membolehkan daging menyerap intipati berasap kayu seperti oak, hickory atau mesquite untuk melembutkan lemak dan tisu daging untuk memberi kesan yang lembut, berair serta berperisa pada potongan daging tersebut.
Photo from Beard Brothers BBQ
Potongan bahagian 'brisket' dikenali sebagai "Holy Grail of Texas BBQ" yang datang daripada bahagian bawah dada lembu. Kerana bahagian ini banyak bergerak, ia menghasilkan potongan daging yang keras dengan banyak tisu berbanding lemak. Oleh itu, ia sesuai dengan kaedah memasak secara perlahan dengan cara menyalai.
Potongan Daging Sangat Lembut!
Photo from IG: Beard Brothers BBQ
Kalau korang nak makan dekat Beard Brothers BBQ, peraturan pertama yang korang datang dengan perut kosong tau! Rugi kalau korang datang dengan perut kenyang kerana dekat kedai ini memang wajib makan daging dalam kuantiti banyak.
Kepakaran Beard Brothers BBQ dalam menyajikan barbeku dari jam 12 tengahari sehinggalah habis dijual tau yang berlaku hampir setiap hari dengan potongan dan pilihan bukan sahaja bahagian brisket daing lembu je tau. Korang boleh pilih bahagian rusuk daging, bahu kambing, ayam dan pelbagai sosej tau.
Antara menu yang menjadi kegemaran pelanggan adalah seperti Triple Threat (RM 269 - 345) yang mempunyai 100g daging brisket, 100g burnt ends, rusuk pendek daging, kentang putar, slaw, woody chippy, 2 roti, cornbread, apply crumble dan 2 bottomless sparkling lemonade.
Haa.. sebab itulah korang kena datang dengan perut kosong tau! Kuantiti makanan yang sngat besar seperti korang makan di majlis bertujuan untuk menghidangkan 2-4 orang ataupun seorang individu yang sangat lapar.
Walapun set Triple Threat mempunyai pelbagai jenis potongan yang berbeza, setiap satu daripada bahagian daging itu sangat lembut, dipenuhi dengan jus membuatkannya berair serta lembap dan dipenuhi dengan rasa kaya daripada campuran rempah ratus terhasil daripada proses masakan selama 18 jam tau.
Photo from IG: beardbrothersbbq
Bahagian brisket daging yang mempunyai kesan bakar di sekeliling luar untuk menunjukkan bahawa tahap asap tinggi telah menembusi setiap serat daging menunjukkan ia dimasak dengan sempurna dipenuhi dengan rasa.
Mendapat Sambutan Baik Oleh Ramai Pelanggan Tetap
Photo from IG: beardbrothersbbq
Menurut Pitmaster Nazri Jameson, brisket daging terdapat di Beard Brothers BBQ adalah versi terbaik yang korang boleh dapatkan tau. Dagingnya telah hancur sepenuhnya menghasilkan tekstur lentur, lembut serta lembap tau.
Ia mungkin adalah wilayah yang asing bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang tidak biasa dengan potongan daging ini. Pastikan korang datang dengan pemikiran terbuka dan berkemungkinan menjadi peminat bagi barbeku gaya Texas.
Menurut pelanggan, daging yang dihasilkan berbaloi kerana kualitinya yang lembut penuh berperisa serta kuantiti yang banyak. Bukan itu je, mereka pun menawarkan beberapa pilihan sos untuk menambah sedikit umphh pada makanan korang.
Photo from IG: beardbrothersbbq
Sos terhasil merupakan resipi asli kerana banyak pelanggan suka makan daging bersama sos untuk menambah rasa yang unik. Antara pilihan sos yang ada adalah Memphis BBQ Style Sauce, Keramat Spicy BBQ Sauce dan Here's The Lamb Sauce, Gordon.