Jom Perbaiki Gaya Fesyen Korang Dengan Mudah!
Korang pasti pernah berada dalam situasi tak tahu nak pakai pakaian apa lagi untuk pergi ke kerja, lepak ataupun dating kan? Tiap kali buka je almari tu korang tiada lagi perasaan gembira untuk bergaya. Haa.. kemungkinan gaya korang semakin teruk mula bermain dalam minda dan perlu diubah sekarang jugak!
Bawak bertenang dulu, Min faham perasaan di mana satu hari korang merasakan seperti seorang artis yang mempunyai gaya tersendiri yang menyerlah. Kini, perasaan itu tiada lagi dan semakin hari semakin teruk pilihan pakaian korang.
Korang mula melihat trend fesyen yang mendominasi landskap fesyen dalam negara dan beli pakaian tersebut dan makin lama makin hilang gaya asal yang mempunyai keunikkan invidividu digantikkan dengan pakaian trendy sahaja.
Selang beberapa bulan, pakaian trendy tersebut tidak lagi menarik di mata korang dan tersepit di situasi yang sama lagi sekaligus menyebabkan pembaziran wang serta pakaian. Haa.. situasi macam ni akan sentiasa dihadapi pada setiap individu yang masih bergelut untuk mencari identiti mereka dalam dunia bergaya fesyen.
Maklumlah, penampilan adalah perkara paling penting untuk menilai sesuatu watak tidak kisahlah di kawasan berkerja ataupun kawasan kasual ketika melepak. Sebab itulah korang terdesak untuk ubahkan gaya sepenuhnya supaya penampilan korang kekal menarik.
Tetapi itu hanya membuatkan gaya korang semakin sempit dan tersekat di satu tahap sahaja tiada ruang untuk bertambah baik! Jangan risau, Min sedia membantu untuk memberi korang tips bagaimana untuk tingkatkan semula gaya fesyen korang sekaligus membuahkan selera fesyen baru dalam kehidupan korang.
Photo from Pinterest
Perkembangan selera fesyen sangat penting bagi memastikan korang sentiasa mengetahui apa yang korang boleh lakukan untuk perbaiki segala cacat cela dalam gaya korang tau. Oleh itu, apa kata korang baca sampai habis untuk ketahui langkah untuk perbaiki gaya korang.
Kenali Bentuk Badan Korang Terlebih Dahulu!
Photo from Pinterest
Fesyen merupakan salah satu tempat untuk membolehkan kita menceritakan diri tanpa mengeluarkan kata-kata. Pemilihan pakaian akan membuatkan bagaimana orang sekeliling tafsirkan penampilan kita. Jika kita memilih pakaian yang selekeh, tak bersesuaian kemungkinan orang akan tafsir kita sedemekian.
Jelaslah, jika korang memilih pakaian yang tidak bersesuaian dengan bentuk badan korang. Pakaian tersebut pasti akan nampak pelik ataupun selekeh memberi implikasi bahawa postur badan korang tidak cantik tau.
Sebab itu memang penting untuk mengetahui ukuran badan serta bentuk badan korang supaya setiap pakaian baru yang korang pilih akan tingkatkan postur badan membuatkan penampilan korang lebih menarik.
Untuk mengukur diri apa korang perlu adalah pita pengukur yang fleksibel untuk memastikan setiap ukuran adalah tepat. Sebelum korang mula mengukur diri elakkan pakaian longgar atau tebal yang boleh menghalang korang mendapat ukuran badan dengan tepat.
Seterusnya, beridir dengan tegak dan pastikan postur korang santai tetapi lurus tau. Apa yang korang perlu ukur adalah ketinggian, leher, dada, pinggang, kelebaran bahu, panajng lengan.
Jangan lupa untuk ukur inseam korang yang penting untuk seluar tau! Ukur dari bahagian kelangkan sehinngga kaki untuk mengetahui berapa panjang seluar yang sesuai dengan kaki korang tau.
Selepas dah dapatkan semua ukuran, pastikan korang simpan dalam telefon ataupun buka nota yang mudah untuk korang ingat dan kemas kini dengan kerap jika terdapat perubahan pada fizikal badan korang tau.
Photo from Pinterest
Mengambil ukuran badan penting untuk memastikan setiap pakaian yang akan korang beli dapat tingkatkan penampilan fizikal badan korang membuat ia lebih menarik berbanding memakai pakaian yang tidak sesuai membuatkan korang tampil lebih selekeh tau.
Mula Semula Dengan Pakaian Asas!
Photo from Pinterest
Untuk perbaiki semula gaya korang pasti memerlukan satu pelan yang kukuh. Kalau korang beli semua pakaian yang mengikut trend semata-mata akan tidak akan membantu malah akan menghancurkan lagi gaya korang tau.
Sebaliknya, apa kata korang mula semula perjalanan gaya dengan pakaian asas terlebih dahulu. Pakaian asas seperti baju t kosong, baju kemeja, seluar jeans serta seluar slack yang membolehkan korang membina semula kerana ia mudah untuk dipandakan dengan pakaian yang lain.
Selain itu, korang pasti memiliki pakaian yang tidak selesa ataupun sesuai dengan gaya hidup kita. Kadang kala kita akan membeli sesuatu secara sesuka hati kerna kita melihat orang lain memakainya ataupun kita merasakan ia akan kelihatan cantik dengan kita. Tetapi ia tidak membuatkan korang terasa yakin ataupun selesa.
Apa yang korang perlu buat adalah fokus semula kepada pakaian asas dan teroka konsep gaya baharu secara beransur-ansur. Pastikan setiap gaya baharu tersebut membuatkan korang selesa dan yakin serta mudah dipandankan dengan pakaian asas terlebih dahulu.
Kemudian, korang boleh mengambil satu langkah di luar zon selesa dengan memakai sesuatu yang tidak pernah dipakai sebelum ini tetapi mulakan dengan sehelai pakaian sahaja tau! Jangan banyak sangat.
Photo from Pinterest
Seterusnya, pilih lah warna neutral seperti hitam, putih, tan yang mudah untuk dipadankan dengan pelbagai jenis pakaian tanpa merosakkan pelan kukuh ini tau! Haa.. macam ni lah baru korang boleh tingkatkan gaya dengan lebih efisien.
Ketahui Pakaian Apa Yang Korang Suka Dan Tidak Tau
Photo from Pinterest
Kitaran fesyen dan trend memang tidak dapat dipisahkan. Setiap tahun pasti trend baru akan menyusul dan mendominasi cara masyarakat berpakaian. Kalau korang lihat pada masa kini, ramai lelaki dan perempuan mula memakai seluar dengan gaya potongan flare yang popular pada zaman 70-an sebelum ini.
Tetapi, untuk tingkatkan dan perbaiki semula gaya korang bermula dengan pemilihan pakaian korang. Korang perlu mengetahui pakaian apa yang korang suka dan tidak suka untuk membina almari pakaian yang serbaguna.
Fesyen juga tidak semestinya mahal tau, sediakan belanjawan untuk membeli-belah pakaian baru dan tumpukan pada pakaian yang berkualiti yang sesuai dengan gaya korang dan boleh dipakai dalam pelbagai cara tau.
Selepas itu, apa kata korang semak almari korang semula. Keluarkan pakaian yang tidak pakai ataupun korang suka kerana almari yang berterabur akan menyusahkan proses ini kerana ia tidak dapat membantu untuk melihat pakaian yang korang suka.
Kemudian, pastikan setiap pakaian korang selari dengan aliran fesyen yang korang idamkan ataupun gaya yang korang bayankan akan berubah. Jangan ikuti setiap secara membuta dan fokus kepada yang sesuai dengan gaya korang sahaja.
Ingat fesyen adalah subjektif dan paling penting ialah perasaan korang dalam pakaian dan gaya. Perbaiki gaya korang adalah perkara normal kerana ia akan mengajar korang untuk sentiasa perbaiki kesilapan kecil yang membuatkan gaya korang semakin teruk.
Photo from Pinterest
Sentiasa cuba untuk ekspresi kan diri dan menikmati perjalanan untuk tingkat semula gaya korang tau!
❤️ Kulit Kaca: Panduan untuk Mendapatkan Kulit Sempurna seperti Artis K-pop | Jom Explore
❤️ Tips untuk Mencegah Rambut Kusut & Mencapai Rambut Cantik yang Menawan | Jom Explore