download Jom Explore app
Stress Rambut Kusut? Amalkan Tips Ni Sekarang!

Stress Rambut Kusut? Amalkan Tips Ni Sekarang!

Kecantikan
By Muhammad Aliff on 24 Jul 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Tiap kali bangun pagi pasti stress lihat jumlah rambut gugur di sekitar katil dan terasa gatal serta kusut! Baik lelaki dan perempuan pasti menghadapi pelbagai masalah rambut tanpa mengetahui cara betul untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku lagi.

Siapa je tak idamkan rambut kelihatan sinar, segar, sihat berikal seperti seorang artis kan? Sebaliknya korang tengah menghadapi rambut kusut, kusam, kasar dan juga berminyak yang menyebabkan korang kecewa melihat rambut berguguran di lantai rumah.

Takpa Min faham sangat situasi seperti ini, rambut kusut ini memang bermasalah yang boleh menyebabkan kerosakan pada rambut korang tau. Malu betul apabila dah cuba pelbagai kaedah dan produk untuk menghilangkan serta menyihatkan kembali rambut kusut!

Namun, rambut korang masih kekal kusut dan semakin rosak menyebabkan korang bertambah stress lagi. Haa.. jangan risau, sebenarnya untuk menjaga rambut dengan baik ni mudah je tak kira korang lelaki ataupun perempuan.

Yang penting adalah korang kekal konsisten dan amalkan rutin untuk memastikan rambut korang sentiasa dilindungi oleh pelbagai punca kerosakan. Apa kata kalini korang baca tips yang Min nak kongsikan untuk dijadikan rutin baru untuk korang!

Siapa Je Tak Stress Menghadap Rambut Kusut Ni Kan?Photo from Pinterest

Jom tengok tips untuk mengelakkan rambut korang bertambah kusut. Psstt.. pasni confirm rambut korang cantik macam artis korea.

Janganlah Kasar Sangat Dengan Rambut Korang Tu!

Janganlah Berus Rambut Dengan Kasar! Berlembut Lah SikitPhoto from Pinterest

Terdapat pelbagai jenis rambut berdasarkan tekstur daripada lurus, beralun sehinggalah kerinting. Selain itu, setiap rambut mempunyai ketebalan dan warna yang berbeza mengikut setiap individu.

Ini membuatkan rambut kita sangat unik dan berbeza daripada satu sama lain tau. Haa.. sebab itulah korang kena kurangkan berkasar dengan rambut! Sebaliknya, korang kena mula berlembut sebagai langkah pertama bagi mengurangkan masalah kusut ni tau.

Seterusnya, amalkan memberus serta menyikat rambut menggunakan sikat bergigi lebar atau berus yang mempunyai bulu lembut sebelum korang mencuci rambut. Ini akan mengelakkan simpulan terbentuk ketika proses mencuci rambut.

Tambahan pula, memberus rambut dengan kerap adalah kunci bagi mencegah rambut kusut daripada terbentuk dan menjadi lebih teruk tau. Mulakan daripada hujung rambut sehingga lah ke akar rambut tau, jangan terbalik pulak!

Paling penting adalah korang kena berlembut dan sabar ketika melakukan proses ini bagi mengelakkan kerosakan dan kusut bertambah teruk. Kemudian, barulah korang mula mencuci rambut tau.

Tetapi, pastikan teknik mencuci pun dengan betul! Selain daripada berlembut, gunakan gerakan kebawah untuk mengikut aliran semula jadi rambut korang. Elakkan mengosok dengan kasar kerana ia hanya menambah kusut dan tidak membantu apa-apa pun.

Apa Kata Korang Gunakan Sikat Gigi Lebar Untuk Kurangkan KusutPhoto from Pinterest

Lebih baik jika korang menggunakan syampu dan perapi yang bebas sulfat untuk memastikan rambut tidak kering melindungi daripada masalah kusut.

Tak Kenal Lah Conditioner, Siapa Tu?

Jangan Tak Guna Conditioner Tau! Itu Kawan Baik Korang TuPhoto from Pinterest

Korang jangan terkejut tau kalau ada berberapa individu tidak mengetahui fungsi dan kebaikkan menggunakan perapi rambut. Perapi rambut adalah produk penjagaan rambut yang direka untuk meningkatkan tekstur, penampilan serta kelembapan rambut korang.

Ia digunakan selepas proses pencucian untuk memberikan kelembapan pada rambut bagi mengawal masalah seperti rambut kering daripada proses pencucian menggunakan syampu.

Apa yang korang perlu faham adalah bahan seperti gliserin, panthenol (provitamin B5) membantu untuk mengekalkan kelembapan dalam rambut korang memastikan rambut korang lembut dan lembap macam iklan kat tv! Selain itu, ia juga mempunyai bahan seperti emolien untuk mengurangkan geseran memudahkan rambut disikat.

Perapi rambut juga mempunyai protein seperti keratin untuk menambah kekuatan pada rambut yang bagus untuk membaiki rambut korang yang rosak tu. Cara untuk menggunakannya senangan sahaja, gunakan jumlah yang cukup untuk disapukan pada rambut korang.

Pastikan korang fokus kepada hujung rambut. Keluarkan sebarang simpulan dengna lembut yang korang temui dengan jari. Selepas memastikan rambut korang tiada simpulan, sikat rambut dengan lembut menggunakan sikat gigi lebar tau!

Amalkan Conditioner Untuk Dapat Rambut Secantik Ini!Photo from Pinterest

Produk perapi rambut akan memudahkan proses menyikat kerana rambut korang lebih licin dan lembut tau. Jadi, masalah kusut korang semakin berkurang lah lepas ni kalau korang mula mengamalkan perapi rambut dalam rutin penjagaan rambut.

Guna Produk Rambut Yang Betul

Apa Kata Amalkan Hair Oil Jugak!Photo from Pinterest

Antara penyebab utama rambut korang bertambah kusut adalah pemilihan produk yang bersesuaian dengan rambut korang tau! Kadang kala tidak semua produk sesuai dengan keadaan rambut korang.

Sebaliknya menggunakan produk secara berlebihan pun tidak membantu masalah korang kerana ia boleh membebankan rambut dan bertambah kusut sahaja. Oleh itu, lebih baik korang menggunakan produk secara sederhana memberi tumpuan kepada hujung rambut dan mengelakkan kulit kepala korang.

Selain itu, apa kata korang cuba hair serum ataupun hair oil? bagi mengelaklan kelembapan sepanjang hari tau. Amalan ini dapat mengurangkan masalah kusut dengan memastikan rambut sentiasa lembap!

Bukan itu je tau, korang juga boleh melakukan deep-conditioning treatment secara kerap untuk meningkatkan tahap kesihatan keseluruhan rambut korang. Amalkan rutin ini sekali ataupun dua kali sebulan je tau.

Lepas itu, jangan lupa untuk tukar sarung bantal korang! Pilih sarung bantal sutera ataupun satin kerana ia dapat mengurangkan kesan geseran pada rambut korang mengurangkan maslaah kusut semasa tidur.

Elakkan memakai fabrik kasasr seperti kapas terutamanya apabila rambut korang dilepaskan. Sebaiknya, ikat rambut dengan longgar bagi mengurangkan masalah kusut.

Haa.. mencegah rambut kusut memang memerlukan fokus yang lebih untuk memastikan rambut dijaga dengan baik serta betul. Kalau korang mula amalkan tips yang Min kongsikan nescaya rambut akan bertambah baik, licin serta mudah dikawal dan tiada lagi masalah kusut.

Sarung Bantal Satin Pun Membantu Untuk Kurangkan Rambut Kusut TauPhoto from Pinterest

Paling penting adalah korang kena konsisten untuk memastikan masalah korang ini tidak lagi menjadi satu isu yang besar!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok