Rahsia Nak Dapatkan Kecantikkan Macam Jennie Blackpink
Baik perempuan mahupun lelaki memiliki paras rupa yang cantik pasti dapat mengubah hidup seorang individiu. Mempunyai kulit yang bersih sama macam artis kpop berkait rapat dengan keyakinan diri, harga diri dan keseluruhan kesihatan. Sebab itulah, ramai tengah cuba nak dapatkan kulit seperti kaca dikenali sebagai "Glass Skin"
Haa.. mesti korang pernah dengar jugak terma kulit muka cantik menyerupai kaca. Ini bermaksud ia kelihatan sempurna, tidak berpori, bersih dan lutsinar. Kebanyakkan artis korea mempunyai kulit muka seperti ini lalu terma "glass skin" diberikan.
Selain itu, trend ini bermula di Korea Selatan di mana hampir seluruh artis mahupun orang biasa inginkan kulit muka seperti ini. Ia sudah menjadi skala ideal kecantikan yang turut mendapat populariti meluas di seluruh dunia menarik perhatian sesiapa yang tengah mencuba untuk mendapat kulit muka yang cantik.
Maklumlah, kalau kulit muka cantik penampilan kita akan bertambah baik, Ia membuatkan individu kelihatan lebih menarik dan berseri sekaligus tingkatkan keyakinan diri.
Tetapi, untuk mendapatkan kulit umpama kaca bukanlah satu perkara mudah kerana korang perlu berusaha untuk amalkan rutin-rutin yang betul supaya mendapat apa yang korang idamkan.
Photo from Pinterest
Haa.. nak tahu apa yang perlu korang buat? Jom tengok apa yang Min dah tulis kat bawah ni:
Prinsip Di Sebalik Kecantikkan Macam Artis Korea Selatan
Photo from Pinterest
Macam Min dah kata sebelum ini, konsep kulit kaca muncul dari Korea Selatan yang terkenal dengan industri hiburan mereka. Industri hiburan mereka telah melahirkan industri kecantikkan yang membuatkan negara tersebut terkenal dengan rutin penjagaan kulit yang inovatif.
Ini telah menyebabkan mereka menjadi ketua dalam apa jua teknik kecantikkan. Piawaian kecantikkan Korea menekankan pentingnya mempunyai kulit licin dan bercahaya tau kerana ia dianggap sebagai simbol kesihatan dan kecantikan.
Kulit kaca diilhamkan oleh perkataan Korea "유리피부" (yuri pibu). Trend ini mula mendapat populariti setelah selebriti dan influencer menunjukkan kulit mereka yang lembap, berseri serta anjal menarik perhatian setiap orang yang melihatnya.
Untuk mencapai penampilan kulit kaca prinsip paling utama adalah memiliki kulit muka yang lembap. Ini akan memberikan penghidratan mendalam pada kulit muka memastikan ia dapat mengekalkan air dan kelihatan lembut, anjal dan gebu tau.
Selain itu, kulit muka korang perlu bebas daripada kecacatan, kemerahan serta bersih termasuklah mempunyai tekstur kulit licin pun penting jugak tau!
Photo from Pinterest
Kalau korang lihat kulit kaca ia mempunyai sinaran semulajadi membuatkan wajah penampilan lebih berseri dan sihat tau. Haa.. jangan risau ia nampak rumit tapi kalau korang ubah rutin penjagaan muka ia pasti membuahkan hasil nanti.
Rutin Penjagaan Muka Yang Perlu Diterapkan!
Photo from Pinterest
Perbezaan rutin penjagaan kulit kaca sedikit berbeza kerana trend penjagaan kulit muka sebelum ini memberi tumpuan kepada produk tertentu yang menjanjikan hasil yang dapat dilihat dengan segara. Manakala, untuk kulit kaca pula memerlukan pendekatan pelbagai variasi.
Rutin penjagaan kulit korang perlu konsisten yang terdiri daripada pembersih, toner, serum, eksfoliasi dan pelembap. Asas rutin kulit kaca adalah lakukan pembersihan secara teliti. Ia bermula dengan pembersih berasaskan minyak untuk menghilangkan solek dan kotoran, diikuti oleh pembersih berasaskan air untuk membersihkan kulit sepenuhnya.
Korang pun perlu lakukan eksfoliasi secara berterusan penting untuk mengeluarkan sel-sel kulit mati bagi menggalakkan penggantian sel kulit dan mendedahkan kulit yang lebih cerah. Tapi, korang perlu lakukan dengan lembut tau kerana terlalu kuat boleh merosakkan kulit muka korang!
Jangan lupa untuk guna Toner tau, orang Korea percaya kepada "Kaedah 7 Lapisan" yang melibatkan penggunaan tujuh lapisan toner pelembap untuk meningkatkan tahap penghidratan. Seterusnya, serum juga penting untuk lawan masalah kulit tertentu seperti mencerahkan atau masalah jerawat.
Selain itu, cari face mask pun penting untuk tingkatkan kesan kulit kaca korang tau! Akhir sekali, barulah korang gunakan krim pelembap bagi mengekalkan kelembapan sepanjang hari.
Photo from Pinterest
Bukan itu je tau, negara kita kan panas dan matahari bukan lah kawan baik kita kerana ia mempunyai sinaran UV berbahaya. Pastikan korang gunakan pelindung matahari untuk kekalkan kulit yang sihat yang dapat mencegah kesan penuaan pramatang.
Gaya Hidup Pun Kena Ubah Jugak Tau
Photo from Pinterest
Walaupun rutin penjagaan kulit muka korang dah berubah, jangan lupa untuk mengubah gaya hidup korang jugak tau! Membazir rutin penjagaan kulit kita kalau tiada gaya hidup yang sihat dan seimbang jugak tau.
Apa yang korang perlu ubah dalam rutin gaya hidup pertama sekali adalah pentingnya tidur. Kita semua pasti telah bangun tanpa tidur yang mencukupi dengan muka bengkak dan sembap memberikan pengalaman yang kurang baik.
Tidur nyenyak membantu untuk meningkatkan aliran darah ke kulit korang membolehkan ia membina semula kolagen dan menambah awet muda secara semula jadi. Ini akan menyumbang kepada kesan kulit kaca yang gebu serta fleksibiliti.
Selain itu, jangan lupa bersenam. Dari berjalan kaki sehinggalah bersenam di gim, ia penting untuk memastikan darah membekalkan oksigen dan nutrien ke sel kulit kita tau. Ia akan memastikan kulit kelihatan lebih bertenaga dan bukannya kering serta tidak bermaya.
Diet yang baik pun penting untuk beri manfaat kepada badan kita dalam pelbagai cara pun penting untuk kulit muka. Antara perubahan diet yang korang boleh lakukan adalah lemak sihat untuk memastikan kulit kelihatan dan terasa lembap dan anjal tau. Lemak sihat boleh didapati daripada salmon, makarel, sardin dan tuna.
Korang pun boleh amalkan buah-buahan, sayur-sayuran dan kacang untuk membuatkan kulit lebih berseri. Makanan yang kaya dengan antioksidan termasuk sayuran, anggur akan tingkatkan keseluruhan kesihatan badan dan muka korang tau.
Photo from IG: jennierubyjane
Trend kulit kaca adalah kunci bagaimana untuk korang memiliki kecantikan dengan kulit sempurna. Perjalanan untuk mendapatkan status kulit kaca memerlukan konsisten dalam rutin serta gaya hidup korang. Kalau korang mula ubah gaya hidup dan amalkan berberapa langkah pasti korang akan lihat bagaimana kecantikan korang mula berubah!
❤️ Temui dunia mewah pengelupasan dan khasiat untuk kulit yang cantik | Jom Explore
❤️ Rahsia Rawatan Jerawat Berkesan untuk Kulit Cantik dan Sihat | Jom Explore