download Jom Explore app
Camna Nak Tiru Gaya Tyler, the Creator!

Camna Nak Tiru Gaya Tyler, the Creator!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 14 Jul 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Mencari gaya tersendiri dalam dunia fesyen memerlukan sebuah inspirasi untuk mengembangkan daya kreativiti serta personaliti untuk menghasilkan sebuah seni. Tak salah untuk korang melihat sesiapa sahaja dan tiru gaya mereka untuk mengembangkan lagi gaya fesyen korang tau.

Haa.. sebab itulah korang perlu melihat bagaimana artist tekemuka Tyler, the Creator telah mencorak nama dalam bidang fesyen dengan menghasilkan sebuah gaya yang unik dan tidak lapuk ditelan zaman walaupun tidak mengikuti mana-mana trend fesyen.

Untuk meniru sebuah gaya, korang perlu memahami personaliti gaya korang terlebih dahulu. Sense of style bermula dengan kemampuan korang untuk meluahkan personaliti, kreativiti, individualistik melalui pakaian dan cara berpakaian tau.

Ia tidak akan mengikuti sebuah trend ataupun mengikut norma berpakaian masyarakat tetapi melibatkan membuat pilihan untuk mencipta satu estetik yang unik dan mampu menarik mata orang secara visual.

Melalui pehaman ini, korang mampu melatih gaya untuk menjadi sebuah bentuk ekspresi diri yang kuat dan dapat mempengaruhi bagaimana orang lain melihat gaya kita tau. Menarik kan?

Gaya Tyler, the Creator Menghasilkan Sebuah Gaya Tersendiri & UnikPhoto from Pinterest

Kalau macam tu apa kata jom kita tengok apa yang membuatkan gaya Tyler, the Creator unik dan apa yang korang boleh tiru melalui gaya ini. Jom!

Sebuah Gaya Matang & Tak Lapuk Ditelan Zaman

Gaya Matang Yang Tak Lapuk Ditelan ZamanPhoto from Pinterest

Tyler, the Creator merupakan seorang artis yang terkenal dengan bidang muzk beliau. Pengaruhnya dalam dunia muzik membuatkannya seorang artis yang mempunyai gaya unik dan visi kreatif yang jarang dilihat pada artis yang lain tau.

Beliau telah menjadi ikon fesyen dengan gaya fesyennya yang dan pemilihan gaya yang berani. Gaya eksperimenya yang digambarkan sebagai gabungan pelbagai genre pakaian telah menghasilkan penampilan visual yang menarik serta matang.

Salah satu elemen utama dalam gaya Tyler adalah keupayaannya untuk mencampurkan pakaian yang berbeza untuk menghasilkan rupa baru. Beliau juga telah mengambil inspirasi daripada trend-trend sebelum ini untuk mencerminkan keunikkan dan ekspresinya sebagai seorang artis.

Apa yang Min boleh rekomenkan untuk korang cuba meniru adalah memahami terlebih dahulu bagaimana gaya Beliau di mata korang. Adakah cara Beliau gayakkan sesetengah pakaian dapat dicipta semula oleh korang? Haa.. dari situ barulah korang dapat megambil inspirasi tau!

Selain itu, apa yang korang perlu tahu adalah gaya Tyler mempunyai berberapa pakaian yang timeless. Sebagai contoh, Tyler sering memakai baju t, kemeja lengan pendek dan panjang, seluar jeans, seluar slack, seluar pendek dan berberapa jaket seperti suit jacket, corduroy jacket, sweater dan cardigan.

Gaya Yang Terhasil Daripada Pakaian Asas Je TauPhoto from Pinterest

Melalui pemilihan pakaian ini, korang boleh mula eksperimentasikan pakaian apa yang bersesuaian dengan gaya hidup korang serta paling dekat dengan gaya Tyler.

Haa.. dari sini barulah korang boleh mula kembangkan gaya korang tau!

Jangan Takut Untuk Bermain Dengan Warna

Jangan Takut Untuk Bermain Dengan Warna!Photo from Pinterest

Selain daripada gayanya yang eccentric, Tyler sering kali menggabungkan pelbagai kombinasi warna cerah atau corak berani dengan siluet yang berbeza dalam gayanya.

Ini mungkin akan nampak sedikit berbeza daripada apa yang selalu korang lihat tapi inilah satu cara untuk korang kembangkan gaya tanpa menjadi bosan tau. Tetapi, ada cara yang membuatkan setiap kombinasi warna yang dipakai oleh Tyler berjaya berkejasama dan tidak merosakkan mata dengan terlampau banyak warna.

Apa yang korang perlu tahu adalah memahami Colour Theory dan Colour Wheel terlebih dahulu. Ini akan mengajar korang bagaimana warna dapat menghasilkan sebuah gaya yang unik dan kombinasi warna apa yang bersesuaian untuk dipadankan bersama tau.

Haa.. jangan la pulak korang padankan warna ungu dengan hijau dah rosak gaya korang! Memahami konsep warna membenarkan korang untuk mula mencari padanan warna yang bersesuaian antara satu sama lain tau.

Sebagai contoh, mungkin pakaian korang mempunyai kombinasi warna seperti putih, hitam, biru muda dan hijau muda. Setiap warna ini mampu untuk dipadankan bersama dan menghasilkan kombinasi warna yang sangat cantik!

Macam tulah Tyler berjaya hasilkan dalam gayanya. Beliau menghasilkan kombinasi warna yang memainkan peranan masing-masing untuk dipadankan bersama menarik perhatian mata korang tau.

Kombinasi Warna Dapat Menghasilkan Gaya Yang TersendiriPhoto from Pinterest

Jadi, jangan sesekali takut untuk bermain dengan warna dalam gaya korang pulak.

Apa Kata Korang Cuba Masukkan Aksesori Pulak Ke?

Pemakaian Seperti Scraf, Topi Menjadikan Tyler UnikPhoto from Pinterest

Antara satu elemen yang membuatkan gaya Tyler mempunyai personaliti tersendiri adalah keupayaan Beliau untuk memiliki pelbagai aksesori untuk menambah sedikit rasa dalam setiap pakaian beliau.

Kalau korang lihat gambar Tyler. Beliau wajib mempunyai salah satu jenis aksesori seperti topi, bag tangan kecil, rantai, permata, gelang ataupun stokin yang berwarna supaya Beliau mampu mengekspresikan diri dengan pemilihan aksesori.

Aksesori turut memainkan peranan penting untuk menghasilkan gaya korang tau. Antara aksesori paling mudah adalah pemilihan jam tangan kerana setiap jam tangan dihasilkan dengan pelbagia jenis gaya untuk memenuhi pelbagai gaya hidup.

Selain itu, korang boleh beli topi yang berbeza ataupun memakai rantai atau gelang yang sama seperti Tyler. Apa yang korang perlu beri fokus di bahagian aksesori adalah pastikan iannya mempunyai personaliti bersesuaian dengan gaya hidup korang.

Aksesori akan menjadi lebih cantik dan bermakna jika ia dipilih mengikut citarasa korang dan bukanlah untuk meniru semata-mata.

Secara keseluruhan, Tyler, the Creator merupakan seorang artis yang mempunyai sebuah gaya yang unik kepada dirinya. Terdapat pelbagai gaya daripadanya yang korang boleh cuba tiru untuk menghasilkan gaya korang tersendiri tau!

Setiap Aksesori Mempunyai Cerita Tersendiri TauPhoto from Pinterest

Fesyen adalah satu platform untuk korang cuba dan ekspreskan diri untuk menghasilkan sebuah gaya tersendiri. Ia akan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman dan sama seperti korang jugak tau. Korang juga akan berubah, citarasa pun akan berubah. Itulah yang membuatkan gaya korang unik sama seperti Tyler.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok