download Jom Explore app
Tips Mudah Memahami Gaya Smart Casual

Tips Mudah Memahami Gaya Smart Casual

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 05 Jul 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Korang pernah dengar gaya Smart Casual? Gaya yang selalu sangat lelaki nak cuba tetapi asyik gagal kerana kurang pengatahuan tentang gaya ini. Tapi, gaya ini sangat sesuai kalau korang ingin menambah pengetahuan dalam dunia fesyen ataupun ingin tingkatkan gaya ke fasa baru!Psst.. gaya ini memang sesuai kalau nak pergi dating jugak tau! Sebab ia menggabungkan dua elemen berpakaian secara formal dan kasual untuk menghasilkan penampilan yang kemas, formal tetapi masih mengekalkan ciri-ciri santai kasual.

Gaya ini menawarkan fleksibiliti dengan membuatkan korang nampak moden dan hip tetapi ia harus mengandungi dua elemen serta perlu seimbang dengan sempurna bukanlah bertentangan tetapi bergabung untuk menciptakan sebuah pakaian lengkap bukanlah sekadar gabungan dua pakaian berbeza sahaja.

Haa.. sebab itulah kebanyakkan orang selalu salah faham kalau nak membina gaya smart casual sehinggakan mereka merasakan iannya satu perkara yang sukar kerana mereka mencuba untuk mencampurkan dua jenis pakaian yang tidak boleh digayakan sama sekali.

Menggabungkan Dua Elemen Formal & Kasual Untuk Menghasilkan Sebuah Gaya Unik!Photo from Pinterest

Kalau korang tengah mencuba untuk memahami gaya smart casual korang jangan risau kerana Min akan bagitau korang bagaimana cara mudah untuk mendapatkan gaya ini dengan membaca sampai habis je tau. Jom!

Korang Kena Ada Kasut Gaya Minimalis! Elakkan Berwarna-warni & bergaya

Kasut Gaya Minimalis Akan Memudahkan Proses Korang Untuk BergayaPhoto from Pinterest

Dalam apa-apa gaya selalunya bermula dengan pemilihan kasut yang betul. Kalau korang lihat gaya yang formal selalunya wajib memakai kasut kulit manakala gaya santai pula pemilihan kasut lebih bebas untuk memberikan korang peluang untuk bermain dengan lebih banyak warna serta bentuk.

Tetapi untuk gaya ini, korang perlu mencari keseimbangan antara dua gaya berbeza. Haa... sebab itulah korang perlu ada kasut sukan yang mempunyai gaya minimalis tau! Lebih baik kalau iannya diperbuat daripada kulit dan bahan berkualiti tinggi.

Ciri utama kasut gaya minimalis adalah kebolehan mereka untuk dipadankan serta digayakan dengan mudah membuatkan korang boleh pakai dengan apa-apa sahaja.

Selain itu, gaya kasut minimalis mempunyai gaya rekaan yang berkekalan sepanjang zaman serta masih memberikan korang keselesaan sepanjang hari berjalan kaki tau. Haa.. tapi bagaiamana nak pilih kasut gaya macam ni?

Senang sahaja, antara paling mudah adalah Adidas Stan Smith yang mempunyai bentuk tirus dan diperbuat daripada kulit. Kasut ini juga sangat selesa walaupun diperbuat dengan gaya yang sangat mudah.

Senang Untuk Dipadankan & Digayakkan Dengan Kasut Macam NiPhoto from Pinterest

Min rekomenkan korang untuk pilih warna putih untuk memudahkan proses korang memilih pakaian lain untuk digayakkan bersama. Selalunya, kasut ini bukanlah watak utama tetapi watak sampingan yang akan melengkapkan seluruh gaya pakaian korang tau!

Elakkan Pakai Jeans! Lebih Baik Pilih Seluar Chinos

Cuba Pakai Seluar Chinos Pulak Ke!Photo from Pinterest

Haa.. antara kesalahan kerap dilakukan kalau nak mencuba gaya smart casual adalah memakai jeans dengan sut formal! Jeans merupakan antara pilihan yang diminati oleh ramai lelaki tetapi iannya lebih kepada pakaian kasual dan gabungannya bersama sut formal akan menghasilkan rupa yang sangat pelik tau.

Kalau macam tu lebih baik korang pakai seluar chinos yang selalu dikenali sebagai seluar khaki! Tetapi dua nama itu merujuk kepada dua jenis seluar yang berbeza tau. Seluar chino mudah untuk dicari dalam pelbagai gaya potongan, saiz dan juga warna.

Apa yang membuatkan chino ini menarik adalah kebolehannya dalam menghasilkan gaya pakaian yang kemas, formal tetapi masih kasual! Seluar ini selalunya diperbuat daripada kain kapas ringat dan lembut membuatkan korang selesa sepanjang masa.

Selain itu, min rekomenkan untuk korang pilih gaya potongan klasik seperti straight cut ataupun wide cut untuk gaya lebih klasik dan akan menghasilkan satu siluet yang menarik pada bahagian kaki korang tau.

Pilihan Yang Lebih Kasual Berbanding Seluar JeansPhoto from Pinterest

Bukan itu je, pilihlah warna asas seperti hitam, kelabu, khaki dan biru gelap untuk dipadankan bersama warna pakaian yang lain tanpa menghasilkan dua warna yang kontra antara satu sama lain tau.

Jangan Main Pakai Je Semua Jenis Warna, Korang Kena Pandai Pilih Warna!

Pemilihan Warna Yang Betul Dapat Menghasilkan Pakaian Yang Lengkap TauPhoto from Pinterest

Kalau kita bercerita tentang pemilihan warna sudah tentu ramai antara korang yang gagal betul tak? Memang tidak dapat dinafikan, pemilihan warna yang betul bukanlah sebuah perkara yang mudah.

Pemilihan warna dapat mengubah mood suasana pakaian korang sepenuhnya tau. Ini kerana, warna dapat menentukan mood dan emosi korang jugak tau. Kadang kala, sesetengah warna berkait dengan sebuah emosi. Haa.. nampak mudah je kan nak pilih warna ni tetapi masih ramai yang gagal!

Takpa, cara paling mudah untuk korang mula belajar untuk menguasai aspek ini adalah melalui memahami spektrum warna. Warna yang lebih gelap lebih sesuai untuk acara lebih formal manakala warna terang lebih sesuai untuk acara kasual.

Jadi, sebelum korang memilih pakaian untuk harini apa kata ambil masa untuk memikirkan pilihan warna apa yang bersesuaian dengan gaya hidup korang. Kalau korang berada dalam persekitaran ofis, lebih wajar korang memilih warna seperti hitam, kelabu, putih, biru gelap bercampur dengan palet warna earthy tones seperti coklat dan zaitun!

Selain itu, korang juga boleh fokus kepada satu bahagian spektrum warna sahaja untuk memudahkan proses korang tanpa merumitkan kepala ketika memilih pakaian nanti.

Kalau Nak Mudah Apa Kata Korang Tiru Je Warna Macam Ni

Kesimpulannya, gaya smart casual memang sesuai dipakai pada bila-bila masa tidak kisahlah korang berada dalam kawasan professional ataupun tengah dating bersama crush! Paling penting adalah gaya ini buat korang tampil modern, kemas, teratur dan stylish tau! Dengan bermain dengan kombinasi pakaian yang tetap nescaya korang akan gagal untuk mencuba gaya ini.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok