download Jom Explore app
Tergoda dengan Kereta Impian Geng Lelaki? Saksikanlah Model Pilihan yang Mengasyikkan!

Tergoda dengan Kereta Impian Geng Lelaki? Saksikanlah Model Pilihan yang Mengasyikkan!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 04 Jul 2023
Digital Editor

Lumrah kehidupan seorang lelaki pasti mempunyai kereta idaman masing-masing yang menjadi pembakar semangat bagi mencapainya dalam kehidupan. Setiap kereta tersebut mempunyai seribu satu kisah yang sukar digambarkan kenapa ia menjadi idaman bagi mereka. Haa.. perempuang sedang membaca ni apa kata ambik tahu sikit model kereta ini untuk buat crush korang lebih tertarik dengan pengetahun pasal kereta!

Kereta merupakan sebuah lambang dan bukti kepada kemajuan manusia dalam biudang pembuatan, kemahiran dan kesenian. Daripada garis halus kepada setiap lengkungan diberi perhatian sepenuhnya. Kereta bukan sahaja mempunyai fungsi malah ia mampu diklasifikasikan sebagai seni.

Kereta mempunyai keupayaan untuk membangkitkan emosi sama seperti sebuah lukisan. Sama ada keanggunaan dan kecantikkan kereta klasik vintaj, kereta berprestasi tinggi ataupun kereta eksekutif mewah mempunyai personliti unik serta identiti tersendiri.

Garis dan kontur kereta dapat menyampaikan perasaan kelajuan, kuasa, keanggunan dan menghidupkan perasaan nostalgia yang hanya boleh dirasai dengan pengalaman membawa kereta idaman.

Setiap Lelaki Wajib Mempunyai Kereta Idaman Mereka!Photo from Pinterest

Nilai estetika daripada bahagian luar sehingga ke kabin dalam merupakan antara aspek kecantikkan sebuah kereta yang diberi perhatian dengan penuh teliti oleh jurutera automotif. Haa.. sebab itulah setiap lelakiu memang wajib mempunyai kereta idaman kerana ia bukanlah sebuah kereta semata-mata, iannya merupakan cinta pertama mereka dalam dunia permotoran!

Apa kata kita tengok antara model kereta yang sering kali menjadi idaman buat para lelaki. Jom!

Honda Civic Type-R

Rupa Yang Agresif Menjadikan Idaman Setiap LelakiPhoto from Pinterest

Antara kereta yang paling popular dalam dunia dan menjadi idaman oleh setiap lelaki yang mempunyai keinginan untuk menjadi pelumba profesional. Honda Civic yang dikeluarkan oleh jenama automotif terkemuka, Honda sejak tahun 1972 lagi tau. Sekarang ni dah masuk generasi ke-11!

Civic generasi pertama diperkenalkan pada Julai 1972 sebagai model coupe dua pintu, diikuti oleh hatchback tiga pintu pada bulan September. Civic menjadi popular kerana ia memberikan ruang dalaman yang baik walaupun dengan saiz kecil. Ia juga mendapat reputasi jimat minyak dan tidak banyak ragam.

Setelah populariti Civic meningkat, Honda mengeluarkan model variasi memberi fokus kepada kejuruteraan, keseronokan memandu dan kelajuan iaitu Civic Type-R. Variasi ini menarik perhatian korang dengan reka bentuk lebih agresif dan aerodinamik untuk membantu meningkatkan prestasinya.

Lambang Honda bertukar menjadi warna merah menjadi simbol variasi Type-R dengan setiap aspek kereta ini diubah dengan tujuan bukanlah estetika semata-mata. Ia adalah hasil daripada kajian yang dilakukan oleh jurutera Honda untuk menambah baik setiap kelemahan model Civic untuk mencapai kelajuan lebih tinggi dengan kestablian optimum ketika memandu.

Bahagian dalamanya pun diubah untuk memberi tempat duduk pemandu lebih sokongan. Bahagian kabin berorientasikan pemandu menampilkan stereng agresif, tombol gear aluminium dan aksen merah untuk memberikan sentuhan gaya.

Walaupun berorientasikan prestasi dan kelajuan, Type-R tidak mengorbankan keselesaan dan kepraktisan sebuah kenderaan. Ruang dalaman tetap mempunyai ciri-ciri keselesaan dengan teknologi moden serta ciri keselamatan untuk memastikan pengalaman memandu korang tidak terbatas.

Komitmen Honda untuk mencapai kejayaan dalam bidang sukan permotoran dapat dilihat pada simbol Civic Type-R. Sebuah kereta praktikal yang boleh dipandu setiap hari dengan prestasi kelajuan tinggi. Ia mencapai keseimbangan antara kereta trek dan kereta selesa untuk menampung perjalanan harian dan keperluan praktikal tua.

Walaupun Ruang Dalamnya Agresif Tetapi Masih Selesa!Photo from Pinterest

Haa.. sebab tulah memang ramai betul lelaki memang jatuh cinta dekat Honda Civic Type-R ni! Tu yang sanggup berkerja keras untuk menjadikan Honda Civic sebagai kereta pertama mereka.

Nissan Skyline GTR R-34

Rupa Dan Seni Reka Yang Ikonik Menjadikan Kereta Ini Sangat PopularPhoto from Pinterest

Seni reka gaya dan bentuk sebuah kereta amatlah penting kerana ia memberi gambaran adakah iannya sebuah kereta yang cantik ataupun tidak? Bagi Nissan Skyline GTR R-34 iannya boleh dikatakan sebuah kereta yang mempunyai gaya dan bentuk yang sempurna dan masih cantik jika dibandingkan dengan kereta pada masa kini.

Nissan Skyline merupakan kereta dihasilkan oleh Prince Motor Company pada tahun 1957. Kemudian oleh Nissan setelah dua jenama ini bergabung pada tahun 1967. Korang boleh dapatkan Skyline dalam bentuk coupe ataupun sedan. Identiti sebuah Skyline adalah lampu belakang berbentuk bulat menjadi simbol kereta lagenda ini.

GT-R Skyline pertama muncul pada bulan Februari 1969 yang diberi gelaran "Hakosuka" oleh peminatnya. GT-R awalnya hadir dalam bentuk sedan tetapi versi coupe 2 pintu diperkenalkan pada Oktober 1970.

Setelah meraih pelbagai kemenangan dalam pelbagai acara sukan permotoran. Nissan mengeluarkan generasi ke-10 Skyline pada May 1998 iaitu Nissan Skyline R34. Manakala variasi GT-R muncul kembali pada tahun 1999 dengan perubahan pada rangka serta penambah baikkan dalam prestasinya.

Dipopularkan oleh pelakon lama, Paul Walker. Kereta ini mempunyai bentuk lebih agresif dengan garisan badan lebih aerodinamik serta lampu belakang bulat menjadi simbol utama GT-R R34. Sesiapa sahaja akan berhenti untuk melihat kecantikkan model kereta ini tau!

Fender lebar dan spoiler belakang bukan sahaja meningkatkan kehadiran visualnya malah membuatkan iannya lebih stabil pada kelajuan tinggi. GT-R R34 mencapai keseimbangan sempurna antara bentuk dan fungsi menjadi simbol kereta sukan.

Pelakon Paul Walker Menjadikan R34 Sangat Popular Dalam Kalangan LelakiPhoto from Pinterest

Reka bentuk yang sangat ikonik serta kelajuan berprestasi tinggi, setiap lelaki pasti mempunyai gambar GT-R R34 dalam galeri mereka kerana simbol ikoniknya yang memang sukar untuk ditandingi.

BMW M3

Kalau Korang Bawak Kereta Ni Memang Ramai Perempuan Akan CairPhoto from Pinterest

Menggabungkan prestasi kelajuan dengan kemahiran dalam membina kereta mewah. Jenama automotif terkenal daripada Eropah, BMW turut menjadi impian hampir setiap lelaki yang telah melihat kereta mereka di jalan raya dalam negara.

BMW M3 pula merupakan variasi prestasi tinggi daripada BMW 3 series yang dibangunkan oleh bahagian motosport dalam syarikat mereka yang dikenali sebagai BMW M GmbH. Model M3 telah dihasilkan untuk setiap generasi 3 series sejak model M3 E30 diperkenalkan pada tahun 1986.

M3 dengan pantas mendapatkan reputasi untuk pengendalian dinamiknya serta pengalaman memandu yang menyeronokkan dengan keselesaan yang mewah. M3 telah berkembang dengan setiap generasi memperbaiki diri dengan menerima teknologi baru serta meneroka batas kejuruteraan automotif.

Generasi kedua M3 E36 memperkenalkan reka bentuk yang lebih halus, aerodinamik yang lebih baik serta pelbagai pilihan enjin untuk korang pilih. Manakala, model M3 E46 ditambah baik dengan reka bentuk lebih agresif, prestasi juga ditingkatkan dengan pengenalan engine ikonik BMW iaitu S54.

Haa.. generasi kini iaitu M3 G80 merupakan antara kereta sedan sukan yang terpantas serta cekap di pasaran tau! Ruang dalaman pula menggabungkan unsur mewah dan kecergasan dengan menyediakan persekitaran memandu fokus kepada pemandu. Bahan-bahan premium dan teknologi canggih pun digunakan sepenuhnya.

Dari tempat duduk yang direka bentu secara ergonomik sehingga kawalan intuitif dan sistem infotainment maju, setiap butiran direka dengan teliti untuk meningkatkan pengalaman memandu korang tau. Elemen khas M, seperti stereng sukan, hiasan karbon dan papan pemuka khas logo M menjadi ikon bagi model M3.

Ruang Dalaman Dia Pnu Selesa Dan Mempunyai Pelbagai Teknologi Baru Dari BMWPhoto from Pinterest

Haa.. walaupun iannya sebuah kereta sukan yang laju, BMW masih mengekalkan identiti mewah untuk memastikan korang sentiasa tersenyum ketika memandu.

Mercedes AMG A-45

Saiz Kompak Menjadikan A45 Sebuah Hot Hatch Kegemaran Ramai LelakiPhoto from Pinterest

Walaupun jenama terkemuka ini terkenal dengan menghasilkan kereta mewah yang dipandu oleh bos-bos dan tokey balak. Mercedes juga mampu menghasilkan kereta prestasi tinggi dengan bahagian permotoran mereka iaitu Mercedes Aufrecht, Melcher and Großaspach (AMG).

Mercedes AMG A45 merupakan versi prestasi daripada model A-Class merupakan sebuah hatchback prestasi tinggi kompak yang menggabungkan kuasa tinggi, pemanduan dinamik dan ciri kemewahan.

Reka bentuk agresif dan bentuk kereta yang ditambah baik oleh AMG pasti akan menarik perhatian korang di jalan raya. Grill depan, bonet diukir dan jalur udara bukan sahaja meningkatkan daya tarikan visual, tetapi mengoptimumkan aliran udaran untuk penyejukan dan aerodinamik yang lebih baik.

A45 mencapai keseimbangan sempurna antara kesukanan dan keanggunan, mencerminkan kehebatan jenama AMG dalam membina sebuah kereta berkuasa tinggi.

Selain itu, pengalaman memandu sangat selesa ditambah baik dengan kepakaran Mercedes dalam menghasilkan sebuah kabin yang tiada tandingan tau. Menggunakan bahan berkualit tinggi seperti kulit, karbon dan menggunakan teknologi canggih mencipta suasana mewah berbanding kereta jenama lain.

Mercedes Memang Terkenal Dengan Menghasilkan Ruang Dalaman Yang MewahPhoto from Paul Tan's Automotive News

Walaupun saiznya yang kompak, para lelaki tetap mengimpikan A45 berada dalam tangan mereka kerana saiznya serta prestasinya membuatkan sesiapa sahaja akan jatuh cinta melihatnya di jalan raya.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok